Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.wah] | ارواح

Definisi : Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg diguna­kan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayah-nya; ~ Pak Mat; mengarwahkan membaca doa (mengada­kan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.wah] | ارواح

Definisi : 1 roh atau jiwa orang yg telah meninggal. 2 Allahyarham; almarhum: ~ ayahnya telah berpesan supaya dia menyekolahkan adiknya hingga ke peringkat universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arwah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak tanya, orang bukan islam panggil apa kepada orang islam yang dah meniggal dunia? allahyarham atau arwah atau ada nama lain?Gelaran untuk orang lelaki beragama Islam yang telah meninggal dunia ialah allahyarham, manakala gelaran untuk orang perempuan Islam pula ialah allahyarhamah. kata arwah digunakan apabila menyebut orang Islam yang telah meninggal dunia. Harap maklum.Makna05.12.2007
Yang mana satu betul? 1. anti-lelaki/ anti lelaki/ antilelaki 2. kadangkala/kadang kala 3. rumah tangga/ rummahtangga 4. aruah/arwah 5. saudaramara/saudara mara/ saudara-mara 6. ramah tamah/ ramah-tamah/ramahtamah 7. seringkali/sering kali 8. tanahair/tanah air 9. pasaraya/ pasar raya 10. tengah hari/ tengahari 11. perkapita/ per kapita 12. hubungkait/hubung kait1. antilelaki
2. kadangkala
3. rumah tangga
4. arwah
5. saudara-mara
6. ramah-tamah
7. sering kali
8. tanah air
9. pasar raya
10. tengah hari
1. per kapita
12. hubung kait
Ejaan07.08.2014
"Assalamualaikum... Boleh saya tau maksud 'ketipang payung'? yang lagu arwah tan sri p.ramlee"Dalam pangkalan data DBP, tidak ada perkataan ‘ketipang’. Ada perkataan ‘ketipung’ iaitu sejenis gendang. Daripada pengamatan kami, terdapat juga pendapat yang menyatakan frasa ini bagi menunjukkan kasih sayang seperti ‘intan payung’.Makna07.05.2014
Kematian Profesor Ungku Abdul Aziz, perlu disertakan penggunaan Allahyarham ataupun Almarhum?, kerana arwah juga adalah keluarga diraja Negeri JohorSekiranya kerabat diraja, penggunaan yang tepat ialah Almarhum. Walau bagaimanapun, Allahyarham boleh juga digunakan.Istilah16.12.2020
Pelajar-pelajar saya telah membuat lagu Puisi berdasarkan sajak DIRUANG GEMANYA karya arwah DHARMAWIJAYA. Mereka ingin merakamkan lagu tersebut dan 'upload' dekat youtube. Pada siapakah mereka perlu memohon kebenaran penggunaan sajak itu untuk dibuat lagu?Perlu mohon izin daripada penerbit asal buku itu dan juga pencipta karya.Lain-lain15.04.2013
Assalamualaikum tuan/puan Berhubung dengan buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan arwah Cikgu Anuar Abdul Wahab terbitan tahun 1992. Diharap pihak tuan/puan dapat mengulang cetak buku berkenaan kerana kami generasi yang terkemudian tidak dapat menikmati hasil karya tulisan beliau. Ini dilihat sangat penting memandangkan beliau sudah tiada dan kami masih memerlukan seberapa banyak rujukan mengenai Silat Melayu. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan ini demi warisan bangsa kita Melayu. Izhar bin Mat Isa 850807-05-5143 Ampang, SelangorTerima kasih atas cadangan tuan. Cadangan ini akan dikemukakan kepada Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain10.07.2009
Selamat sejahtera..sudah tiga bulan saya menanti jawapan daripada DBP tentang royaliti buku arwah ayah saya iaitu Tn Hj Ibrahim Omar yang bertajuk Desa Pingitan.Jawapannya.. masih menunggu jawapan daripada pihakpencetakan.Persoalannya ialah tidak adakah tindakan susulan daripada pihak tuan?Sampai bilakah harus saya menunggu?maka..lambatlah urusan keluarga saya dapat diselesaikan..Berdasarkan rekod kami, royalti buku Desa Pingitan edisi pertama cetakan ketiga yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dibayar penuh 100% pada 19 November 1997. Oleh itu tiada lagi royalti yang perlu dibayar kecuali jika buku ini diulang cetak.Lain-lain22.02.2012
1. Adakah ayat ni betul 'ke hentian bas'? 2. Adakah ayat in betul ' Selesai memandikan arwah saya pandang jam.' 3.Dapat di terimakah perkataan 'Dek kerana itu' 4. adalah perkataan ini betul ' titianSiratul Mustaqim'?1. Ayat itu betul.
2. Ayat tersebut tidak gramatis.
3. Dek bermaksud kerana, frasa deka kerana itu tidak gramatis penggunaannya.
4. Frasa 'siratal mustakim' bermaksud jalan yang lurus, penggunaannya harus sesuai dengan konteks maknanya.
Tatabahasa20.03.2012
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak.Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan.
1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah.
2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini.
3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya.  
4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai.
5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak
Tatabahasa05.04.2013
Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan/puan, Mohon pihak DBP dapat mengulang Cetak buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan Arwah Tuan Haji Anuar Abd Wahab dan buku bertajuk Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya tulisan Abd. Rahman Ismail. buku-buku tersebut penting sebagai rujukan bagi dunia persilatan. sekian terima kasihAssalamulaikum dan salam sejahtera tuan. Pihak DBP akan melihat dan mengkaji keperluan buku tersebut. Pihak DBP juga akan melihat aras atau baki stok buku tersebut sebelum dilakukan cetak ulang. Sekian terima kasih.Lain-lain26.07.2009
12

Kembali ke atas