yang mana satu betul? 1. asal usul / asal-usul 2. sosio-ekonomi / sosioekonomi / sosio ekonomi 3. temu ramah / temuramah : menemu ramah / menemuramah 4. temubual / temu bual 5. barangkali / barang kali | Ejaan yang betul ialah: 1. asal usul 2. sosioekonomi 3. temu ramah, menemu ramah 4. temu bual 5. barangkali | Ejaan | 04.08.2014 |
asal usul bahasa melayu kuno asal usul bahasa melayu klasik asal usul bahasa melayu moden | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 03.03.2009 |
Mana satu ayat yang betul. "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan Cikgu Amran kepada murid-muridnya. atau "Apabila sudah berjaya, jangan lupa asal-usul kalian," pesan cikgu Amran kepada murid-muridnya. | Kedua-dua ayat yang diberikan adalah sama. Untuk makluman, ayat yang diberikan adalah betul. Walau bagaimanapun, ejaan yang betul ialah asal usul bukan asal-usul. | Tatabahasa | 09.11.2013 |
Tuan/Puan, Mohon diterjemahkan perkataan ini. Traceability origin of pepper Jong Chian Lai | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: Asal-usul lada yang dapat dikesan atau maklumat asal-usul lada yang dapat dikesan | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2014 |
Salam Sejahtera, Nak tanya ada tak Dewan Pustaka menerbitkan buku “ Sejarah Tamadun Alam Melayu” yang berjudul Asal-Usul Melayu Induknya Di Alam Melayu | Dewan Bahasa dan Pustaka tiada menerbitkan buku yang bertajuk Asal-Usul Melayu Induknya di Alam Melayu. Tuan boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mencari bahan atau rujukan. | Lain-lain | 13.03.2014 |
Saya ingin tahu asal usul & makna kalimah "tuan tanah kedaung". Apa sebenarnya "kedaung" itu? Pohon petai? | Makna "kedaung" dalam Kamus Dewan ialah sejenis tumbuhan (pokok) yang boleh dibuat ulam dan ubat, atau disebut jua beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur. Untuk mengetahui asal usul perkataan sila rujuk buku atau hasil kajian yang dibuat tentang tumbuhan tersebut. | Makna | 21.06.2009 |
unsur perlambangan dalam peribahasa dan asal usul bermula peribahasa | Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa telah lama digunakan/wujud dalam masyarakat Melayu atau masyarakat lain juga. Untuk melihat asal usul, jenis dan ciri-ciri (termasuklah perlambangan)sila lihat kajian/buku tentang peribahasa. | Lain-lain | 26.01.2008 |
Ada sesiapa yang mengetahui asal usul perkataan "sanubari"? | Salam sejahtera, Sanubari bermaksud hati, jantung hati dan perasaan dalam hati atau batin. Tiada maklumat secara terperinci mengenai asal usul perkataan sanubari dalam sumber rujukan kami. | Lain-lain | 05.11.2012 |
Apa maksud bahasa Melayu? Sejarah bangsa Melayu? Asal-usul bahasa Melayu? | Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan yang telah termaktub dalam Akta 152, Perlembagaan Persekutuan. Bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu, bahasa formal dan digunakan sebagai pengantar dalam kebanyakan institusi kerajaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan sejarah bangsa Melayu dan asal-usul bahasa Melayu, saudara boleh merujuk buku Susur Galur Bahasa Melayu hasil tulisan Prof.Emeritus Datuk Dr.Asmah Haji Omar. Terima KAsih kerana menggunkan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 01.12.2006 |
1) Apakah yang dimaksudkan dengan etimologi. 2) Apakah sumbangan etimologi dalam sejarah perkembangan perkataan | Etimologi ialah cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata. Antara sumbangan etimologi dalam bahasa Melayu ialah mengenal pasti asal-usul kata bahasa Melayu. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. Harap maklum. | Tatabahasa | 31.07.2008 |