Saya ingin mengetahui apakah ejaan untuk solat zuhur, asar, maghrib, isyak dan subuh perlu menggunakan huruf besar seperti nama khas atau huruf kecil. Sekian. Terima kasih. | Perkataan subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
bagaimana penggunaan huruf besar untuk 'pasar raya keramat" | Ejaan yang tepat ialah Pasar Raya Keramat. | Lain-lain | 30.10.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang kerelevanan penggunaan huruf kecil dan besar yang digunakan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat. Mengapakah istilah keagamaan seperti hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar, subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak (saya hanya namakan sebahagian, sedangkan terdapat lebih banyak perkataan lain lagi) yang dieja dengan huruf kecil? Sedangkan hari Buruh, Gawai serta Hell, Heaven, Apocalypse, Halloween (dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan) dieja dengan huruf besar? Bukankah istilah keagamaan yang saya namakan tadi dianggap khusus dan sangat besar maknanya dalam isu keagamaan? Mengapakah hari yang darjatnya tidak setinggi hari kiamat, syurga, neraka, lailatulqadar dan sebagainya itu dieja dengan huruf besar tetapi perkataan yang kritikal seperti istilah tersebut digunakan huruf kecil? | Pihak kami mengambil maklum atas pandangan puan dalam penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Pihak kami mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkenaan dan akan menjawap pertanyaan puan dalam masa terdekat. Terima kasih atas kepekaan puan dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Tatabahasa | 19.08.2019 |