Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asasnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum WBT. Mengapa "carrot" dipadankan dengan kata "lobak merah" yang pada asasnya berwarna jingga jika dilihat dengan mata kasar? Dalam bidang morfologi, "merah" berfungsi sebagai penerang bagi kata nama "lobak". Walaupun begitu, kata "merah" dilihat tidak sesuai untuk menerangkan kata "lobak merah" yang dipadankan dengan "carrot" dalam bahasa Inggeris. Minta penjelasan daripada pihak tuan.Dalam Kamus Dwibahasa: Bahasa Inggeris - Bahasa Malaysia, terbitan DBP, 1979 telah ada perkataan carrot dan diterjemahkan kepada lobak merah, malah Kamus Dewan, terbitan DBP, 1970 telah ada entri lobak dan dimasukkan juga di bawahnya lobak merah. Hal ini bermakna perkataan dan padanan lobak merah bagi carrot telah ada sekian lama tetapi tidak diketahui etimologinya dan sumber rujukan kami tidak menemukan maklumat yang berkenaan.Lain-lain25.09.2021
macam mana nak mulakan karangan yang berbentuk fakta?Setiap karangan format asasnya sama, iaitu ada pendahuluan, isi dan kesimpulan. Sila rujuk guru atau buku yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang terperinci.Lain-lain12.11.2009
Selamat malam,Puan.Bolehkah saya tanya apakah maksud sistem insurans islam dari segi perniagaan?Pada asasnya sesuatu sistem yang bersandarkan Islam termasuklah insurans ialah peraturan yang mengikut asas dan hukum agama Islam. Untuk maksud yang lebih terperinci, sila rujuk artikel atau jurnal yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Makna18.11.2021
maksud serta penggunaan perkataan selenggara dan senggara. Apa perbezaan antara 2 perkataan ini?

Tuan Jol,

Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata selenggara dan senggara pada asasnya mempunyai mana yang sama. Hal ini demikian, kerana kata selenggara dan senggara ialah sesuatu perbuatan mengurus dan mengerjakan, mengelolakan, mengusahakan: ladang yg luas diselenggarakan mengikut pengetahuan sains; 2. menjalankan, melaksanakan (rancangan, perintah, dll).  Penjelasan terperinci tentang kedua-dua kata ini boleh dirujuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. 

  • senggara; menyenggarakan

    mengurus, mengendalikan, menyelenggarakan;
  • penyenggaraan

    perbuatan menyenggarakan, pengendalian, pengurusan;  lihat juga selenggara.
  • Istilah25.03.2009
    Saya ingin bertanya mengenai perbezaan perkataan tidak sahih dengan tidak berasas. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas.
    Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat dalam perkataan.
    Tatabahasa30.04.2013
    Saya ingin bertanya maksud perkataan: 1. Tidak sahih 2. Tidak berasas Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat sahih ditakrifkan sebagai pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima) manakala berasas ialah mempunyai asas, ada asasnya (dasarnya): tuduhan melulu yang tidak berasas.
    Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk carian makna kata dan penggunaan ayat.
    Makna30.04.2013
    Saya ingin tahu mengenai penulisan resensi novel . Adakah buku terbaru terbitan DBP saja yang boleh dibuat resensi di majalah kumpulan Dewan ? Kalau yang resensi novel bukan terbitan DBP dimana saluran yang sesuai dikirimkan ?Salam, Puan.  Pada asasnya, hanya resensi buku terbitan DBP yang disiarkan dalam majalah terbitan  DBP. Walau bagaimanapun, resensi buku penerbit lain, terutamanya yang berkaitan dengan bidang ekonomi dan budaya ada juga disiarkan mengikut keperluan. Berkaitan dengan resensi novel yang bukan terbitan DBP, saya cadangkan puan kemukakannya kepada akhbar ataupun penerbit majalah yang lain.Lain-lain08.06.2012
    Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke?

    Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama.

    Makna20.05.2023
    Assalamualaikum dan salam sejahtera.., saya ingin bertanya tentang maksud sebenar kata "tampuk" pada buah manggis. Dalam KD, tampuk diberikan maksud "bahagian tangkai hujung tempat buah melekat". Ini jelas menurut beberapa sumber yang menterjemahkan "tampuk manggis" ini sebagai "pedicel of a mangosteen" (cth dalam "Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving" halaman 129 dan 134). Tapi agak mengelirukan apabila ia turut dipakai untuk merujuk pada parut di bawah buah manggis (yang bentuknya macam bunga tu). Adakah penggunaan yang kedua itu tepat?Makna kedua tersebut kurang tepat. Tampuk pada asasnya berada pada pangkal buah, berkeliling kelopaknya dan melekat pada tangkai. Jika tampuk dianalogikan seperti dalam tampuk pemerintahan, maknanya berkait dengan pemerintahan atasan atau tertinggi serta berpusat. Tampuk dalam bentuk corak pula melambangkan tampuk buah yang dilihat dari pandangan atas. Tampuk pada cerek, pistol dsb pula dikaitkan dengan berpemegang. Tampuk bunga pula ialah bahagian hujung tangkai yang berkelopak dan memegang bunga. Jadi, makna tampuk adalah bercirikan berpusat/berkeliling, memegang dan berada di pangkal atau di bahagian atas sesuatu.

    Tampuk buah manggis juga dipanggil tapak lawang. Tidak dinafikan ada kalangan masyarakat yang memanggil bunga di bahagian bawah pada buah manggis itu dengan nama tampuk manggis. Mungkin kerana tidak arif dan menyamakan maknanya dengan motif atau corak pada songket, sulaman dsb. Padahal, motif atau corak tersebut juga adalah gambaran pandangan atas tampuk buah manggis yang berkelopak dan bertangkai itu. Atau mereka mungkin juga terkeliru dengan motif atau corak bunga lawang.
    Makna18.06.2023
    Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai kaedah pengejaan diftong [ei] (taling) dalam tulisan Jawi yang digunakan oleh DBP. Berdasarkan penelitian saya, terdapat ketidakseragaman dalam pengejaan diftong [ei] dengan sekurang-kurangnya empat cara berbeza: # 1. Ya sahaja: - kaleidoskop: کاليدوسکوڤ - kempeitai: کيمڤيتاي - gay: ݢي (KDP 2020) # 2. Ya + Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - gay: ݢيئي (PRPM terkini) - aparteid: اڤرتيئيد - teisme: تيئيسمى # 3. Ya + Ya: - kafein: کافيين - esei: ايسيي # 4. Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - Kei: کئي Justeru, saya ingin mengetahui **apakah kaedah atau prinsip yang digunakan pihak DBP untuk menentukan cara pengejaan yang sesuai bagi setiap perkataan yang mengandungi diftong [ei]?** Sekian, terima kasih.

    Salam sejahtera tuan/puan. Secara asasnya, bunyi [ei] tidak tergolong sebagai diftong bahasa Melayu. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, huruf diftong terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu:

    [ai], [au], dan [oi]

    Bunyi [ei] merupakan gabungan vokal yang lazimnya muncul dalam kata pinjaman, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Oleh itu, kaedah pengejaannya dalam tulisan Jawi tidak tertakluk kepada pola diftong bahasa Melayu dalam tulisan Rumi. Bagi tujuan penyeragaman ejaan gabungan vokal [ei], huruf ي digunakan sebagaimana yang terdapat dalam beberapa contoh ejaan dalam KDP 2020 yang tuan/puan nyatakan. Pada masa yang sama, DBP sedang giat mengemas kini dan menyeragamkan ejaan Jawi, termasuk membetulkan bentuk ejaan yang dikenal pasti mempunyai kesilapan teknikal.

    Ejaan11.08.2025
    12

    Kembali ke atas