Terjemahan bagi People-Centered Asean? Adakah betul Asean Berpaksikan Rakyat? | Cadangan kami People-Centered Asean diterjemahkan kepada Asean Berpusatkan Rakyat. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.11.2014 |
Frasa yang manakah betul? ASEAN Komuniti atau Komuniti ASEAN? | Frasa yang betul ialah Komuniti ASEAN. | Tatabahasa | 10.09.2014 |
Yang manakah betul? Sukan Sekolah-sekolah ASEAN atau Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN? | Sukan Sekolah-sekolah ASEAN. | Ejaan | 27.10.2014 |
Encik, Antara dua ayat berikut yang manakah betul? 1. Ketua-ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? 2. Ketua negara ASEAN sedang bersidang di Manila? * Persoalannya, perlukan perkataan 'ketua' digandakan padahal 'bersidang' sudah membawa maksud jamak? Terima kasih! | Kedua-duanya betul. Namun yang lebih tepat dan tidak lewah ialah 'Ketua negara ASEAN...'. Pandangan kami adalah sama dengan pandangan saudara kerana 'bersidang' 'negara ASEAN' sudah menggambarkan ramai. | Tatabahasa | 04.10.2008 |
Setiap negara ASEAN mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Bolehkah kata bilangan pisahan setiap dan masing-masing digunakan serentak di awal dan di akhir ayat. | Masing-masing, setiap, tiap-tiap merupakan kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Oleh itu gunakan salah satu sahaja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 288 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 03.11.2010 |
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara? | ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerjasama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial). | Lain-lain | 04.01.2018 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'Chairmanship'? Adakah 'kepengerusian' boleh digunakan? Contoh ayat "Malaysia assumes the chairmanship of ASEAN Labour Sector" diterjemah menjadi "Malaysia mengambil alih kepengerusian sektor perburuhan ASEAN". Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk "chairmanship" ialah jawatan pengerusi. Oleh itu, terjemahan yang dicadangkan ialah "Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi sektor perburuhan ASEAN." | Istilah | 09.01.2017 |
Untuk 'Ketua-ketua Negara ASEAN', adakah 'k' perlu huruf besar untuk 'ketua-ketua'. terima kasih | ketua-ketua negara ASEAN. k huruf kecil. | Ejaan | 22.09.2011 |
Mohon terjemahan tepat bagi perkataan berikut: MALAYSIA CHAIRMAN OF ASEAN 2015 | Frasa tersebut boleh diterjemahkan kepada "Malaysia, Tuan Rumah/Pengerusi/Penganjur Persidangan ASEAN 2015" dan sila kenal pasti konteks frasa tersebut sama ada tuan rumah, pengerusi atau penganjur. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.09.2014 |
Atie Atiya Aug 15th, 5:16am assalamualaikum... boleh saya tahu bila keputusan asean young writer award akan keluar.. terima kasih.. | Keputusan Asean Young Writer Award akan diumumkan di dalam sidang media dalam tempoh yang terdekat. | Lain-lain | 15.08.2014 |