Asfan Ash ISN 8.34 PAGI assalamualaikum tuan adakah apa-apa cara untuk saya mendapatkan sijil sebagai pembaca pruf (Bahasa Inggeris) yang berdaftar secara sah? | Wa alaikum salam, Tuan yang budiman, Pihak tuan boleh menghubungi no. tel. ini (03-2147 9534/ 9494/9452) untuk mendapatkan maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.06.2017 |
Mohon untuk dapatkan istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah berikut: calcined natural bone ash adakah: 1. abu tulang bakar asli atau 2. abu tulang asli bakar Ayat penuh: Bone china ertinya apa-apa chinaware atau porselin yang mengandungi 25 peratus atau lebih calcined natural bone ash atau trikalsium fosfat dan penyerapan air tidak lebih daripada 0.4 peratus Segala bantuan amat dihargai. Terima kasih. | Cadangan kami untuk terjemahan calcined natural bone ash ialah abu tulang bakar asli. | Tatabahasa | 04.05.2012 |
Apakah padanan yang diberikan bagi “ash insoluble in water” sebagai “abu tidak larut dalam air” dalam ayat di bawah ini sesuai? Kami bercadang untuk menggunakan padanan “abu yang tidak larut dalam air”. Adakah ia boleh digunakan? 276. (2) Cocoa paste, cocoa mass, cocoa slab or cocoa liquor shall not contain, on water-free and fat-free basis, more than 5.5 per cent of ash insoluble in water. 276. (2) Pes koko, jisim koko, kepingan koko atau likuor koko tidak boleh mengandungi, atas asas tanpa air dan tanpa lemak, lebih daripada 5.5 peratus abu tidak larut dalam air. | Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan bagi ash insoluble in water ialah abu tak larut air. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.07.2021 |
Kami ingin memohon nasihat berkenaan ayat “Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea” dalam ayat di bawah ini yang dipadankan dengan “Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh”. Adakah ayat ini menunjukkan serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu melalui proses penyerbukan, kipasan atau ayakan (perbuatan)? atau serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak itu ialah serbuk, kipasan atau ayakan teh (kata nama). Tea dust, tea fanning or tea sifting 261. Tea dust, tea fanning or tea sifting shall be the dust, fanning or sifting of tea as specified in regulation 260. Tea dust shall pass through holes of 0.707 mm size (707 µm). It shall not yield more than 5 per cent of ash insoluble in boiling water. For all other purposes, it shall comply with the standard for tea prescribed in regulation 260. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak 261. Serbuk teh, teh kipasan atau teh ayak hendaklah serbuk, kipasan atau ayakan teh yang dinyatakan dalam peraturan 260. Serbuk teh hendaklah boleh melalui lubang bersaiz 0.707 mm (707 µm). Ia tidak boleh menghasilkan lebih daripada 5 peratus abu tidak larut dalam air didih. Bagi apa-apa maksud lain ia hendaklah mematuhi standard bagi teh yang ditetapkan dalam peraturan 260. | Sila rujuk lampiran. | Makna | 01.07.2021 |