| Yang manakah lebih tepat. Pendatang wanita asing atau pendatang asing wanita atau migran wanita asing. Contoh ; Lambakan migran wanita asing dalam sektor perniagaan semakin meruncing. | Frasa yang betul ialah pendatang asing wanita atau migran asing wanita. | Tatabahasa | 15.03.2016 |
| Assalamualaikum. Saya ingin membuat soalan morfologi berkaitan imbuhan asing. Jadi, bagaimanakah bentuk soalan yang dapat saya hasilkan? Adakah wujud kata terbitan asing? Atau kata berimbuhan asing? Mohon bantuan. Terima kasih. | Kata berimbuhan asing telah dipinjam ke dalam bahasa Melayu untuk menampung kemasukan kata pinjaman, terutama yang dihubungkan dengan keperluan peristilahan. Namun, tidak semua imbuhan asing yang dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu bertaraf imbuhan tetapi sekadar bentuk asing yang dipinjam keseluruhannya sebagai sebahagian daripada satu unit perkataan. Imbuhan awalan dan akhiran asing ada dijelaskan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 303 – 336. Puan boleh merujuk buku tersebut untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 28.02.2026 |
| 1)Apakah maksud 'bangsa asing' dari segi bahasa dan istilah? 2)Perbincangan mengenai pengajaran bahasa melayu kepada bangsa asing. | Bangsa asing bermaksud bangsa di luar kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Contohnya, bangsa asing yang datang dari negara- negara Afrika dan benua Asia yang lain ke Malaysia untuk tujuan melancong, berniaga atau bekerja. Pengajaran bahasa Melayu yang sesuai kepada kumpulan ini perlu dilihat dari segi keperluan dan latar belakang kumpulan berkenaan. | Makna | 03.02.2008 |
| 1. Ketua kampung itu tidak asing lagi bagi para penduduk. Adakah perkataan asing digunakan dengan betul? | 1. Ketua kampung itu tidak asing lagi bagi para penduduk. penggunaan asing dalam ayat ini betul; tidak asing bermaksud tidak lain atau tidak tersendiri. | Makna | 22.02.2011 |
| yang manakah digunakan secara rasmi, buruh asing atau pekerja asing? apakah maksud migran dalam konteks pekerja/buruh asing? | Kedua-duanya digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 18.11.2008 |
| 1) Asing pada pandangan matanya / Asing daripada pandangan matanya. 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. / Selain dari pak cik adalah ayah saudaranya.....Nadia suka. | 1) Asing pada pandangan matanya 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
| apakah maksud pekerja asing | Pekerja asing ialah individu daripada negara luar yang diambil bekerja di negara kita. | Makna | 20.07.2009 |
| apakah maksud bangsa asing? | Bangsa asing merupakan kumpulan manusia yang tidak terikat dalam satu ikatan ketatanegaraan. Ini bermaksud kumpulan bukan warganegara yang memasuki sesebuah negara untuk tujuan tertentu. | Makna | 03.02.2008 |
| Saya ingin bertanya, apakah kepentingan penguasaan bahasa asing untuk kemajuan negara? Bagaimanakah cara untuk mengekal dan mendaulatkan bahasa Malaysia di samping menguasai bahasa asing sperti bahasa Jepun, Rusia dan Inggeris? | Bahasa asing perlu juga dikuasai untuk menambahkan pengetahuan dan ilmu dalam pelbagai bidang. masih terdapat banyak buku rujukan dalam bahasa asing yang belum lagi diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Cara yang terbaik untuk mengekalkan dan mendaulatkan bahasa Melayu adalah dengan mengamalkannya dalam urusan harian kita dan juga di peringkat antarabangsa. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa kebangsaan kita dan mengamalkannya seharian hingga ke peringkat antarabangsa. | Lain-lain | 27.04.2008 |
| Bagaimanakah saya boleh menganjurkan kursus Penutur asing dan cendekia Bahasa yang diadakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia(DBP)?Hal ini dikatakan demikian kerana Saya belum menganjurkan kursus Penutur Asing pada Mac | Salam sejahtera, Kursus Penutur Asing Kursus penutur asing akan diadakan setiap hari selasa dan khamis. Diadakan dari pukul 10pagi-12tghari. Peserta akan didedahkan dengan empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Jika berminat boleh hubungi pegawai projek, Puan Amirah Syafawani binti Ab Aziz melalui talian 03-21470211 atau e-mel syafawani@dbp.gov.my. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.07.2021 |