| Assalamualaikum. Mohon pencerahan. Bagaimanakah mahu mengenal pasti perkataan "orang asli" ditulis menggunakan huruf besar di pangkal kata atau sebaliknya. Contohnya, "Orang Asli", "orang Asli" atau "orang asli". Sekiranya, perkataan "Orang Asli Negrito", adakah semua huruf pada pangkal kata perlu menggunakan huruf besar? Terima kasih. | Untuk makluman, orang asli bermaksud penduduk asal sesebuah negeri. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali jika diletakkan di permulaan ayat atau selepas titik, perkataan "O" perlu ditulis dengan huruf besar. Jika merujuk kepada kepada sesuatu kaum, tetap juga perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh, orang asli Negrito. | Ejaan | 17.11.2016 |
| orang asli/Orang Asli? Dalam Kamus Dewan Perdana ada kedua-dua jenia ejaan. Mohon pencerahan. | Ejaan yang betul ialah "Orang asli" dan "orang asli" bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 145 dan 1563. | Ejaan | 15.01.2025 |
| ejaan untuk orang asli atau orang Asli atau Orang Asli? | Encik Yu, Jika ungkapan itu digunakan secara umum ia ditulis sebagai orang asli, tetapi apabila digunakan untuk penulisan secara khusus ialah Orang Asli. | Istilah | 30.03.2010 |
| Assalamualaikum w.b.t Bagaimanakah ejaan bagi perkataan orang asli yang sebenar-benarnya? 1. Orang Asli 2. orang Asli 3. orang asli Terima Kasih. | Salam, Ejaan yang betul ialah orang asli kerana ia merupakan kata nama am, bukannya kata nama khas yang perlu dieja dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.12.2015 |
| adakah ejaan orang asli dieja dengan huruf kecil atau besar. orang asli atau Orang Asli. terima kasih | Perkataan orang asli dieja dengan huruf kecil iaitu orang asli. | Ejaan | 26.07.2019 |
| Dalam khidmat nasihat prpm, ada yang nyatakan "orang asli" sebagai kata nama am, dan "orang Asli" sebagai kata nama khas. Dalam carian prpm, hanya ada orang asli sebagai kata nama am sahaja. Adakah hanya "orang asli" kata nama am sahaja yang boleh digunakan atau ada kemungkinan dibolehkan dijadikan kata nama khas "orang Asli"? Mohon rujukan. terima kasih. | Perkataan orang asli sebagai kata nama am atau Orang Asli sebagai kata nama khas digunakan bergantung pada konteks dalam ayat. Jika ungkapan itu digunakan secara umum, ejaan orang asli dieja dengan huruf kecil pada pangkal huruf. Jika merujuk nama kaum, ejaan Orang Asli sebagai kata nama khas dengan huruf besar pada pangkalnya. Contoh ayat: (i) Pelancong juga boleh merasai sendiri aktiviti bersumpit dan bersewang, iaitu tarian tradisi masyarakat orang asli di sana. (kata nama am) (ii) Suku bangsa Jahai merupakan Orang Asli daripada suku Negrito. (kata nama khas) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Ejaan | 16.12.2025 |
| Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan untuk perkataan orang asli kerana maklumat yang diberikan oleh pihak Khidmat Nasihat DBP terdapat kekeliruan. Ada yang mengatakan ejaannya ialah orang asli kerana ia kata nama am bukan kata nama khas. Namun, terdapat juga yang mengatakan ejaannya ialah orang Asli kerana Asli itu bersamaan dengan kaum seperti orang Melayu, orang Siam. Jadi yang sebenarnya, manakah ejaan yang betul? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah orang asli kerana orang asli merupakan kata nama am, iaitu penduduk jati atau asal yang mula-mula menduduki sesebuah negeri sejak diketahui pada peringkat awal sejarah tamadun manusia. Bagi penulisan nama khas, contohnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), barulah huruf ‘O’ dan ‘A’ ditulis dengan huruf besar. | | Ejaan | 07.04.2017 |
| Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Compressed Natural Gas Mother Station 1. Stesen Induk Gas Asli Termampat 2. Stesen Utama Gas Asli Termampat 3. Stesen Induk Gas Asli Mampat 4. Stesen Utama Gas Asli Mampat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, Ikhwan | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Stesen Induk Gas Asli Termampat. | Istilah | 18.05.2016 |
| Adakah betul penggunaan ejaan orang asli dalam konteks ayat di bawah? Memorandum Persefahaman (MoU) penyerahan sepenuhnya sekolah-sekolah Orang Asli di bawah... Saya melalui perkampungan orang Asli yang terletak jauh di pedalaman... | Penggunaan perkataan orang asli betul dari segi ejaannya. | Ejaan | 20.04.2010 |
| Selamat sejahtera Saya ingin mertanya. ejaan untuk masyarata Orang Asli di tulis dengan huruf besar atau huruf kecil - orang asli. | Untuk makluman, orang asli bermaksud penduduk asal sesebuah negeri. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali jika diletakkan di permulaan ayat atau selepas titik, perkataan "O" perlu ditulis dengan huruf besar. Jika merujuk kepada kepada sesuatu kaum, tetap juga perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh, orang asli Negrito. | Ejaan | 26.07.2019 |