Aspek-aspek kesalahan morfologi.saya perlukan buku yang berkaitan dengan subjek ini.terima kasih | Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bahagian II - Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, dan Bab 10; atau buku-buku lain berkaitan dengan aspek morfologi yang ada di pasaran. | Tatabahasa | 25.09.2009 |
saya ingin tahu proses dan aspek -aspek penting dalam pembakuan bahasa melayu.sekian terima kasih. | Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Anda bolehlah merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,1994. | Makna | 26.12.2006 |
saya ingin tahu proses dan aspek -aspek penting dalam pembakuan bahasa melayu.sekian terima kasih. | Pembakuan bahasa Melayu bermaksud proses penyeragaman sistem bahasa mengikut rumus-rumus dan peraturan bahasa yang ditetapkan dan digunakan dalam suasana rasmi. Komponen yang terdapat dalam bahasa baku ialah ejaan, tatabahasa, peristilahan, perbendaharaan kata, gaya atau laras bahasa dan sebutan. Anda bolehlah merujuk buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,1994. | Lain-lain | 26.12.2006 |
Boleh berikan bagaimana sejarah pembakuan bahasa Melayu dan juga aspek-aspek pembakuannya secara terperinci. | Bahasa baku atau bahasa standard ialah suatu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk dan fungsi (Haugen, 1972). Menurut Furgusan (1960:8), salahbsatu ciri bahasa standard ialah bahasa yang telah mengalami standardisasi, iaitu proses pemilihan satu variasi daripada satu bahasa yang diterima secara meluas. Menurut Harvanek (1964:3 - 16), bahasa standard digunakan dalam hal-hal yang sifatnya akademik, falsafah dan profesional. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa standard ialah satu dialek antarabeberapa dialek lain yang dituturkan oleh sesebuah masyarakat bahasa. Za'ba pula menyatakan bahasa baku menggunakan konsep gaya bahasa surat. Untuk mendapatkan huraian lanjut, sila rujuk artikel bertajuk Sebutan Baku dalam Media Massa : Ke Arah Kesempurnaan Bahasa Melayu oleh Ab. Razak Ab. Karim dalam Jurnal Dewan Bahasa, keluaran bulan Ogos 1994, halaman 734 - 747. | Makna | 09.01.2008 |
1. ADAKAH DBP MASIH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENERBITAN CARA BIASA(BUKAN MELALUI PORTAL),YANG MELIPUTI ASPEK-ASPEK EDITING(KUALITI KANDUNGAN, BAHASA,FORMAT), PERCETAKAN & PEMASARAN DAN BAGAIMANA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN TERSEBUT?. 2. DARI SEGI PULANGAN KEPADA PENULIS, APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KAEDAH BIASA DAN KAEDAH BARU(MELALUI E-KARYAWAN)? 3. APAKAH IMPLIKASINYA APABILA PENULIS MENDAFTAR DALAM E-KARYAWAN? | 1. DBP masih menyediakan perkhidmatan penerbitan cara biasa. 2. DBP memberi pulangan mengikut kaedah seperti biasa. 3. Tiada implikasi buruk terhadap penulis, tetapi ini merupakan kaedah alternatif untuk mempercepatkan proses penerbitan sesebuah buku. | Lain-lain | 15.08.2007 |
Sebagai editor saya ingin bertanya bagaimana hendak menyunting karya kreatif seperti novel dan cerpen. 1. Apakah aspek-aspek yang perlu dilihat? | Pada prinsipnya, menyunting karya kreatif adalah sama dengan menyunting karya bukan kreatif, iaitu editor perlu mengetahui terlebih dahulu idea keseluruhan sesebuah manuskrip; melihat ketepatan fakta, memastikan tidak ada perkara yang bertentangan dengan agama, undang-undang, moral dan kepentingan negara; penyusunan idea yang logik dan kemas; dan memastikan penggunaan bahasa yang baik, istilah yang tepat, tatabahasa, ejaan yang betul, dan laras bahasa yang sesuai dengan pembaca sasaran. Tugas editor adalah membetulkan sebarang kesalahan yang ada pada manuskrip untuk memastikan komunikasi antara pengarang dengan pembaca dapat berlangsung dengan berkesan. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan pada penyuntingan karya kreatif seperti novel dan cerpen kerana editor perlu juga melihat logik cerita, plot, teknik yang digunakan oleh pengarang, sudut pandangan, watak dan perwatakan, latar dan gaya bahasa pengarang, Gaya bahasa seorang pengarang amat penting diketahui oleh editor dan ia tidak boleh disunting dengan sewenang-wenangnya kerana ia telah menjadi identiti seseorang pengarang itu dan tidak sama dengan pengarang yang lain. Dalam karya kreatif, aspek poetic license seperti penggunaan bahasa yang figuratif perlu diberi perhatian untuk memperlihatkan gaya bahasa seseorang pengarang itu, dan di sinilah letaknya nilai estetika yang tinggi pada sesebuah karya kreatif. Terima kasih. | Lain-lain | 16.03.2010 |
definasi rekabentuk | Reka bentuk ialah corak, bentuk, dan sebagainya yang menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dan sebagainya) | Makna | 12.10.2009 |
HOLISTIK | Holistik adalah sesuatu yang bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu sistem bersepadu menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. | Makna | 10.02.2008 |
Saya nak tahu apa itu sajak secara umum dan juga huraian tentang aspek bahasa, aspek nilai dan aspek struktur secara menyeluruh | Sajak ialah puisi sama ada tradisional mahupun moden. Sajak mempunyai dua pengertian yang berbeza iaitu makna umumnya suatu jenis karangan berangkap baik pantun atau syair dan lain-lain, manakala makna khususnya terdiri daripada suatu jenis karangan berangkap cara baharu dalam bahasa Melayu, keadaannya seakan-akan gurindam dan seloka pada bentuk luarnya tetapi berlainan pada isi dan rasa keseniannya dengan beberapa sifat yang tertentu. Namun terdapat pendapat umum yang menganggap sajak ialah puisi yang tidak terikat kepada konvensi dari segi rima, baris dan bait. Bagi puisi Melayu, ia tidak terikat kepada konvensi pantun, syair dan gurindam. Dari segi bahasa, sajak dipercayai berasal dari perkataan Arab 'saf' yang bererti karangan prosa yang memakai pertentangan bunyi sama pada hujung tiap-tiap ayat atau suku kata ayatnya. | Lain-lain | 12.02.2009 |
saya ditugaskan membuat satu pembentangan subjek bahasa melayu komunikasi mengenai tajuk komunikasi penulisan teks. beberapa aspek telah ditentukan oleh pensyarah iaitu penggunaan bahasa yang dramatis, pemilihan aksi, format yang sesuai, pemilihan aksi dan kesedaran khalayak. saya tidak memahami aspek-aspek penulisan yang telah diberi. | Penggunaan bahasa yang gramatis (bukan dramatis) merujuk penggunaan bahasa yang mengikut prinsip tatabahasa, pemilihan aksi ialah pemilihan tingkah laku yang dibuat, format yang bersesuaian dengan tajuk dan situasi, dan kesedaran khalayak (pendengar atau pembaca). Untuk maksud yang lebih perinci sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 10.10.2010 |