Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata assalam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalam, saya nak sahkan pengenai frasa pejabat agung atau Pejabat Agung atau pejabat Agung. Terima Kasih.Menurut data kami, agung bermaksud 1 tertinggi: Allah yang Maha ~. 2 besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan:. Perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil, mohon nyatakan pertanyaan dengan jelas supaya kami dapat membantu memberikan jawapan.Ejaan03.08.2020
Assalam, boleh dapatkan no tel juri atau hakim bagi pertandingan Pidato dari DBP ?Salam sejahtera,

Nama Pegawai bagi Pertandingan Pidato

Berhubung soalan unuk mendapatkan nombor telefon juri atau hakim DBP bagi Pertandingan Pidato, mohon hubungi pegawai seperti yang berikut untuk mendapatkan maklum balas selanjutnya:

1. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Kanak-kanak:
      Haziah binti Che Husin, 
Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja
03-2147 9263 / haziah@dbp.gov.my

2. Hakim Pertandingan Pidato Kategori Dewasa/Umum
Norhasmanalinda binti Mustafa, 
Bahagian
 Pembinaan Bakat dan Kepakaran
03-2147 9215 / lindasafa@dbp.gov.my
Lain-lain15.06.2020
Assalam Tuan Saya ada sedikit kemusykilan di sini .. Apakah perbezaan antara perkataan sesal dan kesal. Dan abila mendapat imbuhan me-N ...i adakah sesal akan menjadi menyesali dan kesal akan menjadi mengesali? Terima kasih. Azura

Sesal bermakna perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yg tidak baik seperti dosa dan lain-lain. Kesal pula ialah berasa kecewa atau tidak senang hati (di atas sesuatu perkara, perbuatan dan sebagainya), berasa sebal, berasa jengkel. Kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama.

Kata akar bagi mengesali ialah kesal manakala sesal merupakan kata akar menyesali.

Tatabahasa19.04.2020
Assalam Selain daripada Ybrs, YAbrs adakah Ybhg juga termasuk pangkat tidak bergelar yang tidak boleh ditulis hanya di sebut secara lisan sahaja? Terima kasih.Salam sejahtera.

Untuk makluman,

Tiada larangan atau arahan yang tidak membenarkan untuk mengeja perkataan "Yang Berbahagia" / "Yang Berusaha" / "Yang Amat Berbahagia" / "Yang Amat Berusaha". Sememangnya boleh digunakan untuk ejaan dan sebutan bagi gelar yang berkenaan. Gelar "Yang di-Pertuan Agong" (YDPA) tiada masalah dan tiada larangan untuk dieja.
Lain-lain22.01.2020
Assalam Adakah boleh menggunakan tanda baca noktah bertindih diikuti dengan sempang (:-)? Kalau boleh bilakah digunakan? Terima kasih.

Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan Buku Gaya Dewan,  terbitan DBP, terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap, iaitu tanda koma(,), tanda noktah(.), tanda pisah (-), tanda sempang(-),   tanda elipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertitik (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku  ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya.

Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1) pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin
(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.
(3) Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

Tatabahasa08.01.2020
Assalam.Ingin tahu pada bahagian mana koleksi bahasa istana ?

salam puan budiman,

Dimaklumkan bahawa, dalam koleksi DBP melalui Bahagian Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) carian, bahasa istana, tiada dalam koleksi, walaubagaimanapun, bagi carian melalui sistem pustaxa.dbp.gov.my judul  Bahasa Diraja, ada dalam koleksi PDM, terbitan tahun 1985, oleh Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar,

 

Bahagian Buku Bahasa, DBP juga ada membuat cetakan kedua buku Bahasa Diraja Edisi Baharu, pada tahun 2016, oleh Profesor Emeritus DrAsmah Haji Omar,

 

Buku tersebut mengandungi situasi bahasa Diraja yang digunakan untuk tujuan (komunikasi, penghargaan, pengisytiharan, dan lain-lain) mengikut konteks penggunaannya.

 

Buku tersebut juga bolehlah diperoleh di kedai buku Anjung DBP, Kuala Lumpur, atau tempahan secara dalam talian melalui  http://dbpniagav2.dbp.gov.my

 

Sekian terima kasih

 

Lain-lain21.10.2019
Assalam Tuan, Mohon penjelasan pola ayat bagi ayat berikut: Pemandangan indah di Pantai Morib sangat menakjubkan pelancong yang berkunjung ke sana. Jazakallahukhairan AzuraPola  ayat yang betul ialah Pemandangan indah di Pantai Morib sangat mengagumkan/memukau pelancong yang berkunjung ke sana.Lain-lain10.10.2019
Assalam Apakah perkataan dalam bahasa Melayu bagi perkataan 'retain' iaitu data yang dihantar dari sekolah ke pejabat/institusi? Terima kasih.Retain boleh diterjemahkan kepada kekal/mengekalkan bergantung pada konteks yang digunakan. Sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=retain&d=69812&#LIHATSINI untuk maklumat lanjut.Lain-lain07.10.2019
Assalam tuan/puan, Pihak kami ingin bertanya samada pihak tuan/puan menyediakan perkhidmatan terjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia?Kami tidak menyediakan khidmat terjemahan, untuk mengetahui maklumat urusan terjemahan  puan boleh merujuk Persatuan PenterjemahanMalaysia melalui talian 03-92262506.Lain-lain04.06.2019
AsSalam, saya ingin bertanya tentang contoh penggunaan perkataan Pengemaskinian vs Kemas kini. Terima kasih.Penggunaan perkataan pengemaskinian contohnya seperti Buku-buku tatabahasa yang ada itu berdasarkan bahasa Melayu dahulu, jadi suatu usaha pengemaskinian perlu dilakukan. Penggunaan perkataan kemas kini contohnya seperti Sila kemas kini maklumat peribadi anda dalam borang yang disediakan di kaunter pendaftaran.
Tatabahasa29.05.2019
12345678910...

Kembali ke atas