| Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul apabila kita memberi salam dalam penulisan surat atau e-mel rasmi? Adakah "Assalamualaikum wbt" atau "Assalamualaikum wrt wbt"? 2. Adakah "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ayat yang betul? | 1. Ejaan yang betul ialah “Assalamualaikum WBT”. 2. "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ialah ayat yang betul.
| Ejaan | 31.10.2023 |
| Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah perkataan seperti Tropical Forestry Action Plan (TFAP), United Nations Conference on Environment and Development (UNCED), Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS), Forest Stewardship Council (FSC) yang ditulis dalam dokumen bahasa Melayu perlu diitalik? Terima kasih. | Kata nama khas dalam bahasa Inggeris tidak perlu dihurufcondongkan, kecuali tajuk buku, tajuk lagu, tajuk artikel dan sebagainya. Oleh yang demikian, Tropical Forestry Action Plan (TFAP), United Nations Conference on Environment and Development (UNCED), Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS) dan Forest Stewardship Council (FSC) dieja tanpa huruf condong. | Tatabahasa | 29.10.2025 |
| Assalamualaikum/selamat sejahtera. Saya mempunyai satu soalan berkenaan istilah "valorization", apakah terjemahan yang tepat dalam konteks valorization of fruit peel waste di mana proses ini mengubah sisa-sisa seperti kulit buah yang biasanya dibuang tetapi mengandungi sebatian bioaktif yang cukup bernilai kepada produk baru dengan nilai tambah. Terima kasih. | Padanan bagi istilah valorization dalam bahasa Melayu ialah penaikan nilai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang Sains dan Teknologi. | Istilah | 26.10.2025 |
| Assalamualaikum,sy nk buat banner&bunting utk tempat sy berniaga.Sy nk mohon jasa baik pihak tuan utk periksa dan nak tahu sop utk gantung dan paparkan banner dan bunting di tepi jalanraya bagi tujuan mempromosikan tempat berniaga saya di Food Camp Puncak Alam. | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. Untuk pengesahan iklan, pelanggan perlu mematuhi syarat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan, iaitu hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP hanya meluluskan nama syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mana-mana perkataan/logo/slogan yang telah berstatus (Registered) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sahaja. | Lain-lain | 16.10.2025 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak bertanya penggunaan kata "belayar" dan "berlayar" dalam ayat berikut adakah betul? Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan kapal berlayar kain putih. | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan menggunakan kapal yang berlayarkan kain putih.” i. belayar bermaksud pergi ke sesuatu tempat dengan kapal, perahu dan sebagainya. ii. berlayar bermaksud (berkenaan perahu, kapal dan sebagainya) menggunakan atau mempunyai layar. iii. berlayarkan bermaksud menggunakan sesuatu sebagai layar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1267. | Tatabahasa | 08.10.2025 |
| ASSALAMUALAIKUM WBKT SAYA TELAH MEMOHON LESEN PERNIAGAAN GAGAL KERANA EJAAN BOLEH SAYA DAPATKAN NASIHAT APA YANG SAYA PERLU BUAT? T PENGESAHAN EJAAN BAHASA PADA VISUAL PAPAN TANDA IKLAN "SIGNBOARD" OLEH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA . BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN & HUBUNGI TERUS KE WEBSITE DEWAN BAHASA & PUSTAKA UNTUK PENGESAHAN SIJIL. | Jika permohonan iklan DBP Sah Bahasa tuan/puan telah gagal, sila buat kemas kini visual iklan tersebut melalui akaun DBP Sah Bahasa tuan/puan. Sekiranya tuan/puan mempunyai masalah dengan permohonan tuan/puan, sila hubungi 03-2147 9100/9200. | Lain-lain | 26.09.2025 |
| Assalamualaikum Saya ingin memohon pengesahan perkataan "ADTEC JTM" dalam bentuk tulisan jawi bagi tujuan penggunaan jawapan untuk pertandingan tulisan khat dan terjemahan tulisan rumi ke jawi di ADTEC JTM Kampus Jitra Kedah Darul Aman | Salam tuan yang budiman, Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. Tuan boleh menghubungi Pengesahan Bahasa di talian 03-21479100/9200/9300 untuk maklumat lanjut. Pengesahan bahasa Melayu perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman sesawang dbpsahbahasa.my. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 28.09.2025 |
| Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Dalam penulisan, adakah perkataan yang disingkatkan/bahasa pasar perlu dicondongkan/italic? Contoh ayat: Saya tak suka makan nasi. Nasihat tanda sayang, tapi nasihat pelik-pelik dan tak masuk akal pun ada. Berdasarkan contoh yang diberikan, adakah perkataan "tak" dan "tapi" itu perlu dicondongkan/italic? | Perkataan dalam bahasa pasar atau singkatan tidak perlu diitalikkan. | Tatabahasa | 25.09.2025 |
| Assalamualaikum wbt. Memerlukan khidmat untuk menyemak ejaan papan tanda sekolah. design papan tanda telah dilampirkan di lampiran fail. terima kasih. | - Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.
- Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.
- Sila buat permohonan semula. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “SAH”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 Muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Tuan akan menerima makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.
| Lain-lain | 22.09.2025 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin memohon pandangan dan pengesahan daripada pihak DBP berkaitan istilah Bahasa Melayu yang bersesuaian bagi frasa “Responsible Transition” seperti yang digunakan dalam dokumen rasmi National Energy Transition Roadmap (NETR) yang diterbitkan oleh Kementerian Ekonomi pada Ogos 2023. Soalan saya: Adakah pihak DBP telah menetapkan terjemahan rasmi untuk Responsible Transition? Jika belum adakah istilah seperti “Peralihan Bertanggungjawab” atau “Peralihan Tenaga Secara Bertanggungjawab” sesuai untuk digunakan dalam konteks dasar seperti NETR? Sekian, terima kasih | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah responsible transition ialah peralihan bertanggungjawab. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 01.08.2025 |