maksud perkataan "asertif". carian telah dibuat melalui kamus, istilah, ensiklopedia tetapi tiada rekod ditemui. | Jwpn: Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan DBP. Assertive (Bahasa Inngeris) adalah kata adjektif yang ada dua makna iaitu 1. bersifat pendesak dan 2. tegas. | Makna | 25.12.2006 |
Adakah perkataan 'asertif' wujud dalam bahasa melayu? istilah ini boleh dilihat dalam konteks psikologi dan kaunseling. Adakah penggunaannya boleh diterima dan betul atau ada istilah lain yang lebih sesuai digunakan? | Tiada istilah "asertif" dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Namun, merujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan terbitan DBP, perkataan "assertive" (bahasa Inggeris) ialah kata adjektif yang ada dua makna iaitu 1. bersifat pendesak 2. tegas. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2014 |
Rujuk jawapan pada 03.10.2007, "Tingkah laku bermaksud gerak- geri, kelakuan,perbuatan. Prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah. Kata langsang tidak terdapat dalam rujukan kami. Sila nyatakan ejaan sebenar. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4." Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, erti bagi kata "aggressive" diberi sebagai: "3. quarrelsome, agresif, cenderung bergaduh, suka berkelahi: he became ~ after a few drinks, dia menjadi agresif selepas meminum beberapa gelas arak; an ~ nature, sifat yg agresif; 4. reflecting quarrelsome disposition, (bersifat) agresif: in an ~ (tone of) voice, dgn nada suara yg agresif; ~ remarks, kata-kata yg (bersifat) agresif; 5. assertive, enterprising, agresif: an ~ businesswoman, seorang ahli perniagaan wanita yg agresif; ~ leadership, kepemimpinan agresif; 6. (psychol) langsang, agresif." Adakah perkataan "langsang" sudah diterima dalam kamus bahasa Melayu? | Berdsasarkan dapatan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan Daftar Istilah MABBIM, perkataan langsang ialah padanan kata aggressive dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang psikologi. Perkataan langsang juga telah diterima pakai oleh negara anggota MABBIM, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai perkataan lain selain agresif. Walau bagaimanapun istilah ini tidak begitu dikenali oleh orang awam, maka ada baiknya penggunaan kata agresif diutamakan. | Istilah | 17.05.2011 |