Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. amount assessed, taksiran; 2. evaluation, judgement, penilaian: she wrote a critical ~ of Usman Awang’s latest play, dia menulis penilaian yg kritis ttg drama Usman Awang yg terbaru; 3. act of, a. (estimating value or amount of) penaksiran: ~ of damages, penaksiran ganti rugi; b. (fig.), (evaluating) penilaian: what is your ~ of the present economic situation?, bagaimanakah penilaian kamu ttg keadaan ekonomi sekarang?. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata assessment


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya pelajar PhD bidang Kerja Sosial (Social Work) UKM ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkataan berikut: 1. Assessment 2. Evaluation Penerangan Untuk perkataan 'assessment' pekerja social atau pegawai kebajikan akan melakukan 'assessment' berkaitan situasi klien yang dirujuk kepada mereka. Diantara proses-proses 'assessment' yang dilakukan ialah seperti berjumpa klien, bertanyakan tentang masalah-masalah yang dihadapi, melawat ke rumah klien untuk melihat situasi dan persekitaran tempat tinggal mereka, bertanyakan jiran-jiran , keluarga rapat klien, agensi-agensi-agensi berkaitan misalnya sekolah, pejabat kesihatan, pejabat agama, majikan keluarga klien bekerja dan sebagainya. Pekerja social akan menyediakan laporan social(untuk kes bantuan, warga emas, perpindahan sekolah, tujuan pelesan/pembebasan daripada institusi), laporan pelindung (jika kes berkaitan penderaan kanak-kanak), laporan akhlak(jika kes juvana terlibat salahlaku), laporan pengangkatan (kes anak angkat) Jadi, di sini apakah terma yang paling sesuai digunakan untuk 'assessment;' dalam konteks kerja social ini? Sekian, harap dapat memahami konteks yang saya maksudkan. SOPIAN BRAHIM Calon PhD Kerja Sosial UKMAssessment dalam ungkapan umum diterjemahkan kepada penilaian atau penaksiran, dan istilah penaksiran juga digunakan dalam bidang pendidikan dan ekonomi, seperti assessment task diterjemahkan kepada tugas penaksiran. Evaluation diterjemahkan kepada penilaian dalam ungkapan umum dan juga peristilahan, seperti evaluation research diterjemahkan kepada penyelidikan penilaian.Tatabahasa22.04.2016
Salam sejahtera. Mohon sedikit pencerahan bagi terjemahan paling sesuai bagi istilah "Environmental Impact Assessment" dalam konteks perancangan bandar. Terdapat terjemahan berbeza yg diberikan pada laman ini. Terima kasihTerjemahan Environmental Impact Assessment ialah Penilaian Kesan Alam Sekitar.Tatabahasa04.02.2015
Assalam w.b.t dan Salam Sejahtera. saya inginkan penjelasan dari segi maksud. apakah erti "peer assessment" dalam bahasa melayu? bolehkah diertikan sebagai penilaian ahli kumpulan? mohon dapat berikan jawapan. terima kasih. wasalam..Istilah bahasa Melayu yang betul untuk "peer assessment" ialah penilaian sebaya. Maksud istilah ini ialah penilaian berdasarkan pendapat yang dipersetujui oleh rakan atau kelompok yang umurnya sebaya.Istilah24.05.2016
TERJEMAHAN CURRICULUM, INSTRUCTION. ASSESSMENT IN A DIVERSE SCIENCE CLASSROOM FOR EARLY CHILDHOOD AND PRIMARYMohon tuan/puan memberikan terjemahan ayat tersebut dalam bahasa Melayu supaya kami boleh menyemak dan mengesahkan penggunaan bahasa Melayu. Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan14.03.2018
IMPLANTED DEFIBRILLATOR TESTING involving electrocardiography, assessment of pacing and sensing thresholds for pacing and defibrillation electrodes, download and interpretation of stored events and electrograms, including programming when required Adakah betul penterjemahan berikut: UJIAN DEFIBRILATOR DITANAM yang melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk perentak dan elektrod defibrilator, muatturun dan interpretasi bagi peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk membuat program bila perluTerjemahan yang sesuai ialah Ujian defibrilator implan melibatkan elektrokardiografi, penilaian perentak dan ambang pengesan untuk elektrod perentak dan elektrod defibrilasi, memuat turun dan mentafsir peristiwa tersimpan dan elektrogram, termasuk pengaturcaraan apabila diperlukan.Penyemakan dan penterjemahan23.02.2017
Saya mendapatkan kepastian. Apakah istilah sasaran Bahasa Melayu bagi perkataan "social-emotional". Contoh ayat "another barrier to early identification of young children with social-emotional problems is related to the assessment instruments available". Contoh istilah yang digunakan dalam Bahasa Inggeris "social-emotional development" "social-emotional skills" "young children with social-emotional issues"Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk social-emotional ialah sosioemosi. Sekian. Terima kasih.Istilah15.09.2017
Mohon kerjasama meneliti terjemahan Bahasa Melayu bagi jabatan-jabatan ini :- (1) Corporate Affairs & Communications - Hal Ehwal Korporat & Komunikasi (2) Financial & Management Audit - Audit Kewangan & Pengurusan (3) Investment Analysis - Analisa Pelaburan (4) Equity Market Operations - Operasi Pasaran Ekuiti (5) Fixed Income - Pendapatan Tetap (6) Performance & Portfolio Assessment - Penilaian Portfolio & Prestasi (7)Public Equity - Ekuiti Awam (8) Private Investment - Pelaburan Swasta (9) Corporate Planning & Strategy - Strategi & Perancangan Korporat (10) Landbanking - Perbankan Tanah (11) Investment Property - Pelaburan Harta (12) Affordable Housing - Perumahan Mampu Milik (13) Marketing & Sales - Pemasaran & Jualan (14) Agent Management & Customer Relations - Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan (15) Unit Trust Strategy & Product Management - Strategi Unit Amanah & Pengurusan Produk (16) Business Solutions - Solusi Perniagaan (17) Branch Management & Supervision - Pengurusan & Penyeliaan Cawangan (18) Unit Trust Operations & Record Administration - Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod (19) Investment Processing - Pemprosesan Pelaburan (20) Management Information System - Sistem Maklumat Pengurusan Terima kasih.1. Simbol & perlu dieja penuh "dan".
2. Investment Analysis = Analisis Pelaburan
3. Pelaburan Harta atau Harta Pelaburan? Kerana padanan bahasa Inggeris ialah Harta Perlaburan
4. Business Solutions = Penyelesaian Perniagaan
Penyemakan dan penterjemahan26.01.2017
Apakah bezanya istilah 'food security' dan 'food safety'? Kedua-dua mempunyai terjemahan yang sama iaitu keselamatan makanan. Mohon penjelasan daripada pihak DBP untuk terjemahan yang betul. Terima kasih.Dalam data kami, terdapat istilah 'food security policy" yang diterjemahkan kepada "dasar keselamatan makanan" yang digunakan dalam bidang sains politik. Manakala "food safety assessment yang diterjemahkan kepada "Penilaian keselamatan Makanan" yang digunakan dalam bidang perubatan. Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat dan bidang.Istilah17.10.2013
Dear Tuan / Puan, Good day to you and Salam Sejahtera. I have reently published a book, “A Chemical Engineering in the Palm Oil Milling Industry” (ISBN: 978-967-18188-0-0). I’m pleased to inform that my book is under consideration to be registered in The Malaysia Book of Records for The Longest Palm Oil Milling Memoir (working title). In order to quality for next round of assessment, may I seek your kind assistance to endorse that my book is indeed a Palm Oil Milling Memoir, and the total word counts (using MS Word processor) is 55,131 (excludes copyright page and table of content). Attached the followings for your reference: 1) Email from The Malaysia Book of Records 2) Print-screen of total word count using MS Word processor Should you need further clarification, kindly please contact me via email or my mobile +60 13 523 7070. Look forward to hearing a favorable reply from you. Thank you. Selamat Hari Raya Haji.Salam sejahtera,

Memohon sokongan dan pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berhubung perkara di atas, mohon pihak tuan menulis surat rasmi kepada Ketua Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
untuk menyatakan hasrat tersebut dan memperoleh sokongan daripada pihak DBP. Surat bolehlah dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Aras 30, Menara DBP,
50460 Kuala Lumpur.

dan die-melkan kepada:
E-mel: saleh@dbp.gov.my / szalina@dbp.gov.my
Telefon: 03-2147 9011
Faks: 03-2147 9601


Sekian, terima kasih.
Lain-lain29.07.2020
Salam sejahtera DBP, adakah pihak anda akan mengemas kini pangkalan data padanan kata bagi istilah 'food safety', 'food sovereignty' dan 'food security'? Penggunaan istilah keselamatan makanan (food safety), keterjaminan makanan (food security) dan kedaulatan makanan (food sovereignty) saya kira sudah mantap kerana boleh dicari penggunanya secara meluas di Internet oleh orang awam dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Data DBP tidak membezakan food security dan food safety (yakni kedua-duanya dipadankan dengan keselamatan makanan) dan tiada entri untuk food sovereignty.

Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan". Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. Dalam data kami, terdapat istilah “food security policy" yang diterjemahkan kepada "dasar keselamatan makanan" yang digunakan dalam bidang sains politik. Manakala "food safety assessment” yang diterjemahkan kepada "Penilaian keselamatan Makanan" yang digunakan dalam bidang perubatan. Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat dan bidang.

Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan pakar bidang berkenaan. Sehingga kini belum ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat.

Tiada maklumat tentang perkataan food sovereignty dalam pangkalan data kami. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam jawatankuasa yang berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak tuan selanjutnya.

Istilah19.11.2018

Kembali ke atas