Jika praktice/ preparation assignment boleh disebut sebagai kerja rumah praktis dan kerja rumah persediaan apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk menterjemah perkataan 'extension assignment' di dalam bidang pendidikan? Terima kasih | Frasa yang betul dalam bahasa Inggeris ialah extension of assignment. Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah pelanjutan tugasan. | Istilah | 29.06.2009 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk Deed of Assignment? Adakah 1. surat ikatan penyerahhakan atau 2. surat ikatan penyerahan hak? | Sdr., istilah yang sesuai untuk Deed of Assignment ialah Surat Ikatan Penyerahhakan. Jika sdr. ada persoalan yang lain, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 04.11.2010 |
Boleh berikan saya pengenalan tentang golongan kata untuk dimasukkan ke dalam assignment saya.Tolong berikan jurnal,sumber rujukan atau bibliografi yang sahih untuk saya masukkan dalam sumber rujukan assignment saya.terima kasih | Untuk mendapatkan maklumat tetang tugasan pengajian puan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran di tempat puan belajar. | Lain-lain | 31.07.2014 |
apakah isi yang perlu ada untuk membuat satu assignment yang bertajuk sentimen perkauman di kalangan masyarakat malaysia | Antaranya anda perlu beberapa topik seperti : 1. Sejarah Pelbagai Kaum 2. Kenapa pemisahan kaum mengikut populasi berlaku 3. Faktor Penarik 4. Faktor Penolak 5. FAktor Pendorong Walaubagaimanapun ini hanya cadangan, dan anda boleh memperincikan dengan merujuk buku sejarah dan peristiwa terbitan DBP. | Lain-lain | 16.08.2007 |
adakah peperiksaan awam malaysia harus di mansuhkan supaya di ganti dengan assignment atau sebagai nya supaya dapat melahirkan pelajar yang lebih berkualiti kerana peperiksaan awam sahaja tidak dapat melahirkan pelajar yang lebih bagus.dengan adanya kerja sebegini,mereka lebih memahami secara langsung daripada teori | Terima kasih kerana menggunakan khidmat KNDBP. Saudara disarankan memanfaatkan laporan/rencana yang disiarkan media cetak dan elektronik dan maklumat tambahan boleh didapati di mana-mana perpustakaan atau pusat dokumentasi melayu di DBP untuk membuat analisis bagi perkara ini. Pihak kami tidak membantu individu/kumpulan dalam penyediaan tesis/laporan. | Lain-lain | 03.05.2008 |
assalamualaikum w.bt. saya ingin membuat pertanyaan mengenai definisi penuh maksud 'plagiarism' bagi tujuan assignment. Terima kasih. | Plagiarism merupakan sesuatu perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tanpa izin atau tanpa memaklumkan nama pengkarya berkenaan. Sebaliknya, mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri. plagiarisme. | Makna | 18.02.2009 |
Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen, proses akan bermula jika sebut haraga disetujui... Bagaimana saya boleh dapat tahu sebut harga assignment ini? | Lihat Lampiran | Lain-lain | 15.05.2012 |
Saudara, Bolehkah saudara memberitahu Maklumat yang SAH tentang wayang kulie? Atau pun sebarang website yang sah? Kini saya sedang belajar di University di Taiwan, dan diminta membuat satu Assignment tentang wayang kulit di Malaysia. Tetapi, saya tidak dapat maklumat yang sah daripada sebarang web walaupun puas mencarinya. Harap saudara dapat menolong dalam persoalan ini. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Wayang kulit : warisan teater Melayu oleh Ainu Sham Ramli terbitan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1996. 2. salampantaitimur.com/index.php?tag=melayu 3.www.kakiseni.com/articles/people/MDIxOQ.html . 4.www.ask.edu.my/BM/ak_course_wt_dtl.asp | Lain-lain | 20.11.2007 |
Bibiana Mona Selamat tengah hari admin. Saya pelajar masscom uitm. Boleh tak saya tahu siapa Pegawai Perhubungan Awam DBP? Kalau boleh saya nak no contact sekali untuk berhubung. Saya nak interview Pegawai Perhubungan Awam berkenaan dengan assignment saya. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas jasa baik admin. Terima Kasih. | Terima kasih, Saudara boleh menghubungi Tuan Haji Razali Che Mat Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP di talian 03-2147 9464 atau boleh bere-mel razali3@dbp.gov.my. Sekian. | Lain-lain | 13.05.2014 |
Assalamualaikum, saya Ainul Izzah Bte Bahrol, pelajar semester lima Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat (Pengurusan Rekord) Universiti Teknologi Mara Segamat ingin memohon jasa baik dari puan untuk saya mendapatkan No talefon atau email Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan, ia bertujuan untuk saya membuat penyelidikan dari karya pihak Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan. Ia bertujuan untuk Assignment semester akhir saya. Di harap pihak puan dapat memberi tindak balas terhadap email saya secepat mungkin. Disini saya sertakan maklumat peribadi saya Nama : Ainul Izzah Bte Bahrol Matriks Number :2013256662 Campus :UITM Cawangan Segamat Semester :5 Mata Pelajaran :IMR 504 (ORAL HISTORY) No Talefon :017-6898227 | Puan boleh menghubungi YBhg. Dato' Anuar melalui ASWARA kerana Dato' masih berkhidmat di sana. Alamat rumah Dato': YBhg. SN Dato' Dr. Mohd Anuar bin Haji Rethwan, No. 13, Jalan Pekaka 8/10, Kota Damansara, 47830 Petaling Jaya. | Lain-lain | 27.09.2014 |