HR Assistant , Purchasing Assistant itu boleh kah di translate sebagai pembantu HR, Pembantu pembelian ? | HR Assistant = Pembantu Sumber Manusia Purchasing Assistant = Pembantu Pembelian
| Makna | 19.09.2018 |
APAKAH HR ASSISTANT DAN PURCHASING ASSISTANT DI DALAM BAHASA MELAYU | HR Assistant = Pembantu Sumber Manusia Purchasing Assistant = Pembantu Pembelian
| Makna | 18.09.2018 |
Saya ingin pastikan penggunaan berikut: 1. Terjemahan untuk assistant, terletak di pangkal perkataan atau hujung? cth assistant xxx atau xxx assistant | assistant : n penolong, pembantu: to employ an ~, menggaji seorang penolong; laboratory ~, pembantu makmal; ~ librarian, penolong pustakawan; ~ minister, menteri muda. Sila lihat contoh di atas untuk mengetahui kedudukannya. | Makna | 03.11.2009 |
Istilah dalam Bahasa Inggeris yang tepat untuk gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia Pharmacist Assistant atau Assistant Pharmacist | Istilah bahasa Inggeris yang dicadangkan ialah Assistant Pharmacist. | Istilah | 13.09.2016 |
Jawatan 'Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran' sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan menjadi 'Assistant Environmental Health Officer' atau 'Environmental Health Assistant'? Sehingga kini, kami menggunakan Assistant Environmental Health Officer | Padanan yang tepat dalam bahasa Inggeris bagi nama jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ialah "Assistant Environmental Health Officers". Untuk makluman, perkataan "officer" juga perlu diterjemahkan sebagai "pegawai" (Rujukan tambahan: Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) | Lain-lain | 15.10.2020 |
Kepada pihak DBP, Saya cuba cari assistant professor dalam Bahasa Melayu dalam DBP tetapi tidak menjumpai. Saya ingin tanya "Assistant Professor" menterjemah ke Bahasa Melayu yang betul. Mintan pertolongan DBP. Sekian Terima Kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah assistant professor ialah penolong profesor. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.04.2023 |
request for assistant to translate questionnaire to Malay for thesis /research. | Dimaklumkan bahawa, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka TIDAK menjalankan khidmat penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Wisma ITBM, 2, Jalan 2/27e, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia Telefon: 03-4145 1800 / E-mel: info@itbm.com.my Penterjemahan: salesonline@itbm.com.my / Telefon: 03-4145 1942 ATAU Sila layari pautan http://kndbp.dbp.gov.my/nb_halaman_utama.aspx untuk hubungkan anda kepada laman sesawang ITBN. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.01.2023 |
Istilah VAR ( Video Assistant Referre) dalam bahasa Melayu? Istilah ini digunakan pakai dalam buku undang- undang bola sepak. | Berdasarkan semakan PRPM dalam bidang Sukan, padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: video assistant referee (VAR) - pengadil berbantukan video Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 07.07.2021 |
Tuan, Apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Group Chief Executive Officer", "General Manager, Group Human Resource Management" dan "Assistant General Manager, Group Legal Counsel" ? | Padanan bahasa Melayu untuk nama jawatan yang diberikan adalah seperti yang berikut: 1. Group Chief Executive Officer - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan 2. General Manager - Pengurus Besar 3. Group Human Resource Manager - Pengurus Sumber Manusia Kumpulan 4. Assistant General Manager - Penolong Pengurus Besar 5. Group Legal Counsel - Penasihat Undang-Undang Kumpulan | Istilah | 27.02.2014 |
Penolong Bendahari in English? | Penolong Bendahari dalam bahasa Inggeris ialah Assistant Treasurer. | Lain-lain | 19.10.2010 |