Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata associate


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah/terjermahan bagi "associate" di mana penggunaannya dalam Bahasa Inggeris yang merujuk kepada nama jawatan seseorang sebagai contoh: "Associate (Logistics)"Padanan bagi istilah associate dalam bahasa Melayu ialah bersekutu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah28.06.2024
maksud associate professor dalam bahasa melayu?

Padanan dalam bahasa Melayu bagi "associate professor" ialah profesor madya.

Makna22.05.2009
Tuan, apakah perkataan yang sesuai untuk jawatan "Legal Associate"? Sekian.Cadangan padanan bagi istilah legal associate dalam bahasa Melayu ialah pengamal undang-undang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.07.2024
Apakah terjemahan bagi Associate Pastor? Terima kasih.Pembantu Pastor atau Penolong PastorMakna11.04.2019
Organisasi baru sahaja undergo major restructuring and we need the translation for Management Associate and Strategic Affiliate department. bolehkah Tuan/Puan membantu kami? tqJawapan telah diberikan melalui panggilan telefon.Penyemakan dan penterjemahan16.09.2022
Assalamualaikum, Saya ingin meminta bantuan istilah padanan paling sesuai bagi perkataan 'Recoverability' dan 'recoverable amount' dalam konteks tersebut (istilah 'pemulihan' pada saya, tidak sesuai digunakan): "Recoverability of the Group’s investment in an associate" "The recoverable amount of investment" Ayat-ayat di atas, pada saya, lebih merujuk kepada perolehan semula. Harap DBP dapat membantu. Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk perkataan yang berikut:
Recoverability = Kebolehpulihan
Recoverable amount = Jumlah boleh pulih/Jumlah boleh dapat balik

Terima kasih.
Istilah11.10.2018

Kembali ke atas