Selamat pagi. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "the differential mode of association" dan "organizational mode of association"? Terima kasih. | Selamat pagi, Antara cadangan yang boleh diberikan ialah The differential mode of association -Perbezaan pengendalian kesatuan Organizational mode of association - Perbezaan pengurusan kesatuan | Makna | 13.03.2020 |
Salam Sejahtera, Ingin saya bertanya kepada pihak DBP. Adakah non-profit association membawa maksud pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Dari segi maksudnya betul non-profit association bermaksud pertubuhan tidak berasaskan kepada keuntungan. Dari segi istilah non-profit association boleh diterjemahkan kepada persatuan bukan untung sama seperti non-profit organization yang diterjemahkan kepada organisasi bukan untung. | Istilah | 05.02.2014 |
Hi Assalamualaikum, Saya ingin memohon nasihat untuk translasi "Malaysia Sustainable Business Network Association". Mohon dihantar maklum balas melalui email ke nurul.ain.afiqah@gmail.com. Terima Kasih. :) | Terjemahan yang sesuai bagi Malaysia Sustainable Business Network Association ialah Persatuan Rangkaian Perniagaan Lestari Malaysia. | Makna | 31.10.2016 |
Di Malaysia, nama permainan association football adalah "bolasepak". Menurut pemahaman saya, ini adalah kerana menepati Hukum DM, iaitu Diterangkan = bola, Menerangkan = sepak. Tetapi kenapa permainan sepak takraw dinamakan begitu, dan bukannya "takraw sepak" untuk menepati Hukum DM? | Untuk makluman tuan, permainan sepak takraw/raga merupakan permainan tradisional masyarakat Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Perkataan tersebut telah digunakan dan banyak terakam dalam hikayat lama atau sejarah lama masyarakat Melayu. Penggunaannya telah mantap dan gramatis dan diterima umum oleh masyarakat Melayu. Dalam korpus bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga digunakan. Dalam bahasa Melayu, perkataan sepak takraw/raga tidak menepati Hukum DM kerana perkataan tersebut termasuk dalam kekecualian sama seperti perkataan perdana menteri, naib canselor, ibu pejabat dan lain-lain. Contoh lain permainan tradisional Melayu yang tidak menepati hukum D-M ialah gasing pangkah. Kekecualian peraturan D-M, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan.
| Tatabahasa | 23.09.2013 |
apakah terjemahan yang sesuai untuk: MALAYSIA PRIMARY SCHOOLS WELL-BEING ASSOCIATION? terima kasih. | Cadangan kami PERSATUAN SEKOLAH RENDAH MALAYSIA SEJAHTERA | Lain-lain | 23.10.2017 |
Apakah istilah yang digunakan untuk istilah 'loose alliances' :a union or association formed for mutual benefit, especially between countries or organizations. Terima Kasih. | Kami mencadangkan "sekutu bebas" atau "perikatan bebas" sebagai padanan yang tepat bagi istilah "loose alliances". | Istilah | 21.06.2020 |
Saya ingin mendapatkan pandangan perterjemahan nama persatuan dalam Bahasa Malaysia bagi Sabah Occupational Safety, Health and Environment Association (SOSHEA). | Persatuan Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan dan Alam Sekitar | Makna | 26.03.2020 |
Apakah ASEAN dalam bahasa Melayu? Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara? | ASEAN bermaksud Association of Southeast Asian Nations (sebuah gabungan yg dianggotai oleh negara-negara Malaysia, Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura utk menjalin hubungan dan kerjasama yg lebih erat, terutamanya dlm bidang ekonomi, kebudayaan, dan sosial). | Lain-lain | 04.01.2018 |
apakah yang dimaksudkan dengan Fdam? | Dalam bahasa Melayu, tidak ada perkataan Fdam. Mungkin yang saudara maksudkan itu merujuk singkatan Film Directors' Association of Malaysia (FDAM) atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Persatuan Sutradara Malaysia. Walau bagaimanapun, singkatan FDAM ditulis menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 02.03.2009 |
Hi, I would like to find certified translator for english to Malay translation. Is DBP provides any certified translator? Thank you. Regards, Goay | DBP tidak memyediakan perkhidmatan terjemahan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (Malaysian Translators Association) melalui talian 03-92262506. | Lain-lain | 07.03.2017 |