Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[as.té.roid] | استيروءيد

Definisi : (astéroid) satu drpd ribuan jasad kecil cakerawala yg mengelilingi matahari, ter­utama­nya di antara orbit Marikh dan Musytari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[as.té.roid] | استيروءيد

Definisi : jasad kecil di langit (sebahagian drpd cakerawala), yg mengelilingi matahari, jumlahnya puluhan ribu dan terdapat di antara orbit Marikh dan Musytari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asteroid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013

Kembali ke atas