Yang manakah lebih tepat; ke atas kalian? Atau Atas kalian? | Kedua-dua frasa “ke atas kalian” dan “atas kalian” adalah betul dan boleh digunakan mengikut kesesuaian dalam konteks ayat. Kata “atas” membawa maksud terhadap, pada. Contoh ayat, Salam sejahtera atas kamu. Kata “ke atas” juga membawa maksud terhadap. Contoh ayat, Kita semua bertanggungjawab ke atas dirinya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 148 – 149 dan halaman 990. | Tatabahasa | 25.12.2024 |
Mohon pencerahan "di atas kerjasama" atau "atas kerjasama" ....Mane satu yang betul? | Frasa yang betul ialah atas kerjasama. | Tatabahasa | 05.11.2024 |
Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut. Adakah "berikutan" perlu tambah "dengan"?"Ke atas" atau "atas"?Mana satu yg gramatis? | 1. "berikutan" tidak perlu tambah "dengan" 2. Ayat yang betul ialah "Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali terhadap komoditi tersebut." | Lain-lain | 21.08.2021 |
"Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan ke atas perkara ini amatlah kami hargai." Adakah ayat di atas gramatis? | Cadangan padanan jawapan ialah "Atas perhatian dan kerjasama yang diberikan dalam perkara ini, amatlah kami hargai." | Lain-lain | 28.07.2022 |
Penggunaan di atas dan diatas. Ayat mana yang betul? "Terima kasih di atas mesej anda." atau "Terima kasih diatas mesej anda". Dan satu lagi "Kami memohon maaf di atas kesulitan" atau "Kami memohon maaf diatas kesulitan." | Ayat yang betul ialah "Terima kasih atas mesej anda." dan "Kami memohon maaf atas kesulitan." | Tatabahasa | 29.01.2023 |
Mohon cadangan ayat mana yang sesuai untuk digunakan sebagai pembuka bagi surat rasmi "Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk" atau " Merujuk kepada perkara di atas/Perkara di atas adalah dirujuk" Ini kerana jabatan Kerajaan lazimnya menggunakan ayat "Dengan segala hormatnya" sebagai pemula surat. | Ayat yang sesuai digunakan ialah “Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.” | Tatabahasa | 20.02.2023 |
Ayat manakah yang betul? A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. B) Buku itu bukan diletakkan di atas meja. Kata Nafi "bukan" diguna sebelum "berasal dari Johor" sebagai frasa sendi. Frasa "diletakkan di atas meja" dikenali sebagai frasa sendi atau frasa kerja? | Frasa yang betul A) Buku itu tidak diletakkan di atas meja. Frasa "diletakkan di atas meja" sebagai frasa adjektif. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 262-263. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. | Tatabahasa | 24.05.2023 |
Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. TUAN, ADAKAH BETUL PENGGUNAAN 'IALAH' SELEPAS BILANGAN ATAU PERLU DITUKAR 'ADALAH'? | Pembayaran zakat ialah 2.5% ke atas untung bersih dan pembayaran cukai ialah 24% ke atas untung selepas zakat. | Tatabahasa | 02.11.2021 |
terima kasih di atas peringatan atau terima kasih di atas pengingatan | Terima kasih atas peringatan. | Lain-lain | 09.03.2023 |
Persoalan tentang penukaran ayat aktif ke ayat pasif Soalan: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Jawapan: a. Timun dipotong oleh nenek Azli di atas papan pemotong b. Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. Adakah jawapan-jawapan yang diberikan betul? Sekian, terima kasih. | Ayat aktif: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Ayat pasif: Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. | Tatabahasa | 19.03.2022 |