| apa maksud orang atas angin? | Mengikut Kamus Dewan, negeri atas angin ialah negeri-negeri yang dipandang sebagai asal angin seperti India, Iran, Arab, dan juga Eropah. Maka, orang atas angin ialah orang yang berasal dari negara yang tersebut iaitu orang India, orang Iran, orang Arab dan orang Eropah. | Makna | 01.07.2014 |
| Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang | Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai persetujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada keluarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan. | Lain-lain | 10.05.2009 |
| Angin di dalam tayar sudah berkurang.Tambahkan angin ke dalam tayar. Ayat di atas betul ke | Ayat "Angin di dalam tayar sudah berkurang. Tambahkan angin ke dalam tayar" adalah betul.
| Tatabahasa | 04.04.2022 |
| Angin di dalam tayar sudah berkurang.Tambahkan angin ke dalam tayar. Ayat di atas betul ke? | Ayat tersebut betul. | Lain-lain | 28.03.2022 |
| Assalam. Saya nak minta pencerahan tentang jawapan soalan di bawah : Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu _______ apabila ditiup angin. A. terkontang-kanting B. bergoyang-goyang C. melambai-lambai D. meliang-liuk Terima kasih atas kerjasama. | Waalaikumussalam... Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terkontang-kanting ialah terbuai-buai atau terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yg panjang). Manakala bergoyang-goyang pula bermaksud tidak diam keadaannya atau sentiasa bergerak berayun-ayun. Bagi melambai-lambai pula bermaksud bergerak-gerak turun naik (tentang tangan). Maksud meliang-liuk pula ialah berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain. Maka jawapan yang lebih tepat ialah terkontang-kanting. | Makna | 28.06.2016 |
| Jendel bermaksud tingkap. Fungsi tingkap untuk laluan angin, cahaya dan udara. Fungsi tingkap juga untuk melihat keluar, orang dari dalam rumah/pejabat/pondok melihat keluar, dan BUKAN orang dari luar melihat ke dalam. Betulkah takrifan saya di atas? | Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. | Lain-lain | 05.09.2022 |
| Tuan, adakah penggunaan perkataan 'bocor' ini betul? "Buah epal itu tercicir di atas jlan kerana plastiknya bocor" aekiranya perkataan 'bocor ' salah apakah perkataan yang dapat menggantikannya.. | Bocor bermaksud berlubang hingga air atau angin dapat tembus. Perkataan yang lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut ialah pecah. | Tatabahasa | 21.05.2012 |
| Perluasan makna untuk perkataan pokok | 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; | Lain-lain | 09.09.2009 |
| 1) Bolehkah perkataan berkisar digunakan dalam ayat di bawah sebab kamus dewan edisi keempat menyatakan berkisar bermaksud berpusing/berputar.Ataupun berkisar tidak lazim digunakan dalam ayat di bawah? - Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. 2. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Adakah berkisar sesuai digunakan dalam ayat di atas? 3. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah? - Pelbagai barang-barang dikenakan kawalan harga. - Gadis itu berkelakuan gila-gilaan setelah ibunya meninggal. | 1. Kipas angin di dalam bilik itu berkisar dengan laju. Pak Leman sedang berkisar tentang pengalamannya ketika menjadi tentera. Penggunaan perkataan berkisar dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Seperti yang tuan maklumi perkataan berkisar tidak sesuai dengan kedua-dua konteks ayat yang tersebut. 2. Ayat yang gramatis ialah "Pelbagai barang dikenakan kawalan harga" dan "Gadis itu gila-gilaan setelah ibunya meninggal dunia". | Tatabahasa | 26.07.2013 |
| Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana tiada alasan kukuh. Bolehkah pihak DBP memberikan alasan atau sebab kenapa ayat ini betul. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. a) Kenapakah perkataan 'dilibas' betul sedangkan kipas siling itu sedang berputar dan ia benda yang tidak hidup. Kalau manusia atau benda hidup barangkali betul sebab 'pelaku' kepada perbuatan itu. b) Jika penggunaan istilah 'libas' itu betul mungkinkah penggunaan istilah 'libasan' atau 'terlibas' lebih sesuai? Mohon penjelasan. Terima kasih :-) | Pendapat tuan boleh diterima kerana dilibas bermakna pelaku melakukan perbuatan melibas. Perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan dilibas ialah frasa terkena libasan kipas. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya terkena libasan kipas angin kerana berdiri di atas meja.
| Tatabahasa | 21.07.2013 |