Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : dgn menggunakan nama, utk ke­pentingan, demi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,

Peribahasa

490

Do right and fear no man

Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran

Berani kerana benar, takut kerana salah

I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God.

Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahtera dan salam 1 malaysia. kami ingin mewujudkan sebuah tadika, dan dalam masa ini kami telah merancang dua nama atas nama tadika tersebut. iaitu. Smarties Kids OneStop Centre. dan Smarties Kids School. so di sini kami mahu bertanya berkenaan makna "smarties" dan adakah penggunaanya akan merosakkan penggunaan bahasa? sekian, terima kasih.

Untuk makluman, DBP tidak memberi khidmat nasihat tentang bahasa Inggeris dan hanya memberi khidmat nasihat tentang bahasa Melayu. Pihka kami juga mengesyorkan supaya pihak tuan menggunakan bahasa Melayu dalam penamaan tadika tersebut. Terima kasih.

Lain-lain17.07.2011
Mohon Pengesahan Bahasa untuk ini. semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda:

Semua cek hendaklah dibuat atas nama  Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.
Penyemakan dan penterjemahan28.02.2015
Memohon atas nama pusat nama: Pusat Perkembangan Minda Interaktif (Fokus Lambang Yakin FLY)Sila nyatakan soalan saudara dengan jelas. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. 

Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).
Lain-lain14.05.2013
selamat pagi, saya mahu tahu kalau syarikat kami sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... tapi bila saya memohon pegesahan dari DEWAN BAHASA beliau menyuruh saya menggubah menjadi PEJABAT URUSAN PERCETAKAN JET DAKWAT ... setahu saya nama syarikat tidak boleh di tukar ... sebab saya sudah membuat SSM atas nama PEJABAT URUSAN INKJET SYSTEM ... Saya lapir kan sekali fail nya ...Untuk makluman, perkataan yang perlu ditukar ialah perkataan  di bahagian bawah, bukan nama syarikat tersebut yang telah didaftarkan. Perkataan yang perlu ditukar ialah Kami Pakar: Pencetakan Jet Dakwat. Sila buat pembetulan dan hantar semula iklan tersebut melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBPLain-lain08.01.2013
Permohonan lesen papan tanda perniagaan atas nama Pembinaan Cemerlang IndahUntuk pengesahan visual papan tanda perniagaan, sila daftar akaun melalui laman web dbpsahbahasa.my dan rujuk video panduan yang dipaparkan untuk panduan pendaftaran.Lain-lain16.06.2022
saya 12/ 3/ 2015 sudah dafter.atas nama MAIDIN BIN KUNJI MOHAMED.SAYA LUPA NOMBOR PENDAFTERAN.SAYA BOLEH TAHU TAK BILA SAYA AKAN MENERIMA KEPUTUSANYA.Sila masuk semula ke akaun pengesahan tuan dan tuan boleh mendapatkan no. pendaftaran. Setelah mendapat no. pendaftaran, tuan bolehlah menghubungi kami melalui talian 03-21479500/9400/9600 bagi membolehkan kami melakukan penyemakan segera.Lain-lain13.03.2015
saya sudah buat DBP atas nama PANDA TOUCH REFLEKSOLOGI dan lulus tanpa sebarang perubahan yang diminta tetapi nama ssm syarikat itu sepatutnya DIMILIKI OLEH: PANDA TOUCH ENTERPRISE (JR0098816-H) tetapi kerana kesalahan sistem saya terletak nama ssm DIMILIKI OLEH: FADZLI JDT ENTERPRISE (002842168-P) dan pihak DBP telah meluluskan atas nama syarikat ini. saya buat semula DBP tetapi pihak DBP minta ubah perkataan lain sedangkan saya hanya mahu ubah nama ssm. bagaimana untuk kami ubah nama ssm tanpa ubah perkataan lain?Salam sejahtera,

Sila nyatakan nombor permohonan untuk semakan kami.



Terima kasih.
Lain-lain28.03.2019
Tolong cek pesanan saya pada 3 mac 2015 bernombor rujukan 1586 atas nama Lim Pui Ting, tempahan dibuat secara online. Tolong balas email saya atau hubungi saya. Terims kasih Lim Pui Ting HP no. 0168307138Untuk urusan tempahan tempat/dewan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pentadbiran Am, DBP di talian 03-21479095/9409/9080.Lain-lain18.03.2015
Hi DBP, Nak tanya papan tanda boleh lulus tak dengan Logo Trademark di atas nama perniaagaan?Visual iklan yang dilampirkan boleh diluluskan. Sila buat permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan melalui laman web dbpsahbahasa.my.Lain-lain04.10.2022
Assalamualaikum, SSM telah menerima aduan tentang penggunaan perkataan 'Terfaktab' oleh perniagaan yang didaftarkan atas nama Terfaktab Media. Rujukan kamus dewan (edisi 4, DBP 2010) dan (Kamus Melayu Inggeris DBP 2012) mendapati perkataan tersebut tiada dalam senarai. Rujukan kepada kamus dialek (http://kamusdialek.com), perkataan terfaktab berasal drp perkataan inggeris 'fuck up' yang membawa maksud sedang, telah dan bakal mengalami masalah dan boleh digunakan untuk merujuk sesuatu situasi yang sukar. Mohon penjelasan pihak tuan berkenaan penggunaan perkataan ini samada menyinggung dan membawa maksud yang tidak baik. Terima kasihDalam data kami, tiada maklumat mengenai perkataan terfaktab. Perkataan tersebut tidak ada di dalam kamus terbitan DBP. Kami tidak menerima perkataan tersebut dalam bahasa Melayu.  Jika melihat dalam Kamus Dialek yang dinyatakan, sekiranya mempunyai konotasi negatif, kami mencadangkan tidak menggunakan perkataan tersebut. Dalam bahasa Melayu banyak lagi perkataan yang mempunyai nilai positif yang boleh digunakan dalam perniagaan.Makna24.10.2013
12345678910...

Kembali ke atas