a) Seorang pegawai menjalankan tugas bagi pegawai atasan kerana pegawai atasan bercuti. Perlukah beliau menulis 'bagi pihak atau b/p' apabila menurunkan tandatangan pada memo? a) Seorang pegawai menjalankan tugas bagi pegawai atasan kerana pegawai atasan berpindah dan tiada pengganti. Perlukah beliau menulis 'bagi pihak atau b/p' apabila menurunkan tandatangan pada memo? | Pada amalannya pegawai menjalankan tugas bagi pihak ketua organisasi. Contohnya jika Encik Ahmad bin Ismail, Ketua Bahagian Undang-undang, Dewan Bahasa dan Pustaka, mendatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya ditulis b.p. Ketua Pengarah. Apabila Encik Ahmad bercuti, pegawainya Encik Abu bin Kassim, Pegawai Undang-undang, menandatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah (bukan bagi pihak Encik Ahmad). | Lain-lain | 31.12.2011 |
takrifan golongan atasan | Saudara Sue, Makna perkataan atasan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang, golongan atau pihak yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll. Contoh ayat, Hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya. | Makna | 12.08.2009 |
Di dalam penulisan surat rasmi, apakah kata sapaan tepat untuk seorang pegawai atasan wanita yang belum berkahwin. Adakah ianya Cik, Puan atau Cik Puan? Sekian, terima kasih. | Gelaran Puan paling sesuai walaupun pegawai atasan tersebut belum berkahwin da puan adalah panggilan hormat untuk perempuan. Harap maklum. | Tatabahasa | 04.08.2008 |
Salam, 1) Apakah ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus yang wajib dihadiri oleh pegawai atasan? 2) Bolehkah perkataan " Tuan/puan dijemput menghadiri bengkel tersebut tanpa uzur" ? digunakan untuk menjemput pegawai atasan dan kehadiran adalah wajib. | 1. Penggunaan ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus bergantung pada kursus yang hendak diadakan. 2. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pegawai /Semua pegawai wajib menghadiri kursus ini. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Adakah perkataan "kira" salah digunakan dalam contoh ayat ini? Saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan. Jawapan yang dicadangkan ialah "kira" salah digunakan, tetapi menurut Kamus Dewan edisi ke4, kira bermaksud fikir, rasa, anggap, contohnya Saya fikir malam nanti baru ia tiba di sini. | Berdasarkan huraian dalam Kamus Dewan, perkataan kira boleh digunakan dalam konteks ayat contoh yang tuan berikan "saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan". | Tatabahasa | 15.10.2012 |
Apakah kata sapaan untuk pegawai atasan lelaki di dalam minit mesyuarat? | Ungkapan Yang Berbahagia digunakan sebagai sapaan sebelum nama penerima anugerah bintang atau pingat dan seumpamanya, contohnya YBhg. Dato Ali bin Ahmad. Jika pegawai tersebut bukan termasuk dalam golongan tersebut, maka sapaan tuan/encik digunakan | Lain-lain | 28.03.2012 |
Sebagai urusetia, saya perlu memulakan ucapan rasmi kata-kata aluan kepada peserta kursus kewangan dan pegawai jemputan untuk rasmikan pembukaannya. Bagaimana harus saya mulakan dan apakah isi-isi yang perlu ada serta akhir kata sebelum menjemput pegawai atasan untuk merasmi hari pembukaannya.(Ringkas) Pada hari penutup sebelum penyampaian sijil, ucapan cara menjemput orang atasan dan peserta, contoh isi kandungan bahasa dan cara mengakhirinya. | Ciri-ciri sebuah teks ucapan: i. Bahagian pendahuluan (salam, sapaan kepada pengerusi majlis, penganjur, tetamu kehormat dan hadirin ); ii. Bahagian isi (berkaitan dengan tema, acara, kegiatan, dll) yang disusun mengikut kronologi, naratif, deskriptif, analisis, perbandingan / pembandingan, hujahan, pemujukan, laporan, provokasi, dll. iii. Bahagian penutup (ulang ucapan terima kasih, penghargaan kepada tetamu kehormat/penganjur/petugas dll, harapan, perasmian pembukaan /penutupan, salam. Untuk mendapat maklumat lanjut, sila rujuk buku Pengucapan Awam dan penulisan teks ucapan, antaranya yang ditulis oleh Abdul Mua'ti Ahmad (DBP, 2000), dan Jeniri Amir (PTS,2005). | Lain-lain | 12.04.2010 |
Maksud perkataan pemantauan | Pemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. | Makna | 06.10.2010 |
Salam sejahtera.. Kebelakangan ini sering kali terdengar pengucapan oleh individu-individu tertentu termasuk pemimpin yang menggunakan perkataan "mereka-mereka". Apakah tindakan DBP supaya perkara ini dapat dibetulkan terutama kepada pihak atasan supaya menggunakan bahasa dengan lebih baik lagi. | Encik Mohd Fadhil terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Penggunaan mereka-mereka sepatutnya tidak lagi berlaku kesalahan, kerana mereka telah membawa makna banyak atau ramai. Kesalahan seperti ini biasanya pihak Dewan Bahasa akan menulis terus kepada pengguna dan menerangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan dan kita meminta supaya pada masa akan datang kesalahan ini tidak berulang lagi. | Tatabahasa | 11.11.2009 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "top manager"? Teks ini akan digunakan untuk laman web berkenaan bola. Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "top manager" ialah pengurus atasan. | Istilah | 03.10.2013 |