Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atau

Puisi
 

Burung serindit di sawah padi,
     Habis pulut dimakan tempua;
Tidak sakit atau mati,
     Lambat laun berjumpa jua.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Berketak ayam,
     tahu akan bertelur atau tidak.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

 

Lihat selanjutnya...(356)

183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(323)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. apakah perkataan yang betul? diperbaharui atau dibaharui atau dibaharu 2. apakah beza penggunaan perkataan diperbaharui atau dibaharui atau dibaharuYang betul atau baku dari segi tatabahasa ialah dibaharui, iaitu bentuk pasif daripada membaharui.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202 hingga 212.
Tatabahasa30.04.2025
Apakah ejaan yang betul bagi perkataan di bawah ini mengikut tatabahasa terkini? 1. Laksa Penang atau laksa penang atau laksa Penang? 2. Nasi Goreng Kampung atau nasi goreng kampung atau nasi goreng Kampung? 3. Teh Ais atau teh ais? 4. Mi Hailam atau mi hailam? 5. Nasi Arab atau nasi arab atau nasi Arab? Bolehkah tuan jelaskan garis panduan terkini untuk menulis nama makanan yang melibatkan nama tempat atau kaum? Terima kasih.

Untuk nama menu yang melibatkan nama tempat atau kaum, penggunaan huruf besar tidak diperlukan kecuali dijadikan tajuk buku atau artikel. Oleh itu, nama makanan atau menu hendaklah ditulis dengan huruf kecil:

1.          laksa penang

2.          nasi goreng kampung

3.          teh ais

4.          mi hailam

5.          nasi arab

Lain-lain17.09.2025
adakah benar penggunaan "ataukah" atau hanya "atau"?Perkataan yang betul ialah "atau".Tatabahasa12.07.2024
Bagaimana nak eja ذُو نُوَاس dalam rumi? Zunuwas atau Zu Nuwas atau Zu-Nuwas atau zu-Nuwas? Kalau boleh saya tak mahu Dhu Nuwas, seperti yang dirumikan oleh bahasa Inggeris.Ejaan Rumi untuk ذُو نُوَاس ialah "Zu Nuwas".Lain-lain05.08.2025
Apakah kaedah yang betul bagi perkataan2 ini: Naik taraf atau naiktaraf Menaik taraf atau menaiktaraf Lalu lintas atau lalulintas

Ejaan yang betul ialah “naik taraf”, “menaik taraf” dan “lalu lintas”.

Untuk merujuk ejaan betul, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021).

Tatabahasa26.02.2025
Format penulisan masa yang manakah lebih tepat dalam surat atau memo (penggunaan noktah atau noktah bertindih)? Contoh: 8.30 pagi atau 8:30 pagiFormat penulisan masa yang betul dalam surat atau memo ialah 8.30 pagi. Lain-lain27.09.2024
Mana betul? Mempertambah atau mempertambahkan atau kedua-dua pun betul?Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Contoh ayat: "Dia mendapat hadiah." Ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan.Tatabahasa09.02.2025
Penggunaan RM berserta nombor adakah jarak atau rapat? Contoh: RM10 atau RM 10Cara menulis RM berserta nombor perlu dirapatkan, contohnya RM10.00 atau RM10.Ejaan04.11.2024
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata "ruang" dalam frasa seperti "ruang pengesahan identiti" atau "ruang digital pelanggan", yang merujuk kepada kawasan fizikal sementara atau tetap di tempat awam seperti pusat membeli-belah, kafe, atau hab transit — tempat di mana pengguna dir untuk menjalankan prosess seperti pengesahan identiti biometrika atau janji temu digital yang dihubungkan dengan aplikasi mudah alih. Adakah penggunaan "ruang" dalam konteks ini betul dan sesuai, atau adakah "ruangan" lebih tepat digunakan? Mohon pandangan tuan/pan berdasarkan konteks penggunaan semasa dan gaya bahasa rasmi. Terima kasih.tentang penggunaan kata "ruang" dalam frasa seperti "ruang pengesahan identiti" atau "ruang digital pelanggan", yang merujuk kepada kawasan fizikal sementara atau tetap di tempat awam seperti pusat membeli-belah, kafe, atau hab transit — tempat di mana pengguna dir untuk menjalankan prosess seperti pengesahan identiti biometrika atau janji temu digital yang dihubungkan dengan aplikasi mudah alih. Adakah penggunaan "ruang" dalam konteks ini betul dan sesuai, atau adakah "ruangan" lebih tepat digunakan? Mohon pandangan tuan/pan berdasarkan konteks penggunaan semasa dan gaya bahasa rasmi.

Berdasarkan konteks penggunaan tuan, kedua-dua kata 'ruang' dan 'ruangan' sesuai dalam gaya bahasa rasmi. Data peristilahan kami menunjukkan ketekalan kata ruang dipadankan dengan terjemahan space manakala kata ruangan dipadankan dengan terjemahan spatial. Dengan dapatan ini, saya bersetuju frasa tuan betul dan sesuai mengekalkan penggunaan kata ruang.
Istilah13.04.2025
Betulkah penggunaan "pada" dalam ini: Adakah anda menghadapi masalah menumpukan perhatian semasa menonton filem, membaca atau menghadiri kuliah? Atau pada aktiviti yang menyeronokkan seperti sukan atau permainan papan?

Penggunaan perkataan “pada” dalam ayat tersebut tidak tepat. Kata sendi “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

Ayat yang betul ialah “Adakah anda menghadapi masalah menumpukan perhatian semasa menonton filem, membaca, menghadiri kuliah atau dalam aktiviti yang menyeronokkan seperti sukan dan permainan papan?"

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 274-276.

Tatabahasa25.09.2024
12345678910...

Kembali ke atas