Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atau kah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah ayat tanya ini betul?? -pukul berapa sekarang? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan -kah atau menggunakannya tetapi bukan di hadapan ayat ?Yang betul ialah 'Pukul berapakah sekarang?'. Ayat ini ialah ayat tanya songsang yang predikatnya didahulukan. Bagi ayat tanya yang tidak menggunakan imbuhan 'kah', ialah ayat tanya yang disertai kata tanya seperti apa, bagaimana, berapa, bila, mana, mengapa dan siapa. Contoh : Itu apa? Orang itu siapa? Untui maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa15.06.2008
Slm. Minta pengesahan bahasa untuk ayat di bawah: 1) Bagaimanakah strawberi bertumbuh/membesar? 2)Nenek tak apa-apa kah? (atau bolehkah guna "Nenek ok kah?" dalam ayat BM. TQWaalaikumsalam.
Ayat yang betul ialah:
1) Bagaimanakah strawberi membesar?
2) Nenek sihatkah? Atau "Bagaimanakah keadaan nenek?"
Tatabahasa28.05.2015
Salam sejahtera! Perkataan "ya" seringkali disebut sebagai ia/iya. Ejaan mana yang betul "ia" atau "iya". Seterusnya, jika ia/iya digabungkan dengan "kah", adakah ianya dicantumka? Contoh: iakah/iyakah atau ia kah/ya kah Sekian, terima kasih!Kata yang digunakan untuk membenarkan sesuatu ialah ya atau ia. Dalam konteks ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah "betulkah" kerana ia dan ya digunakan dalam ayat penyata, bukan ayat tanya. Ejaan03.06.2020
Salam sejahtera. Ayat tanya tanpa penegas "kah" betul atau sakah? Terima kasih.Ayat Tanya tanpa partikel "kah", seperti Berapa harga baju ini? adalah betul.Tatabahasa04.08.2016
Bagaimanakah untuk menentukan penggunaan partikel -kah di belakang kata kerja? Contoh : menambah pengetahuan atau menambahkan pengetahuanBerkenaan dengan soalan anda, adakah soalan tersebut merujuk penggunaan partikel -kah atau -kan? Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, berkemungkinan soalan tuan merujuk kepada penggunaan -kan iaitu menambah dan menambahkan. Untuk kata kerja lazimnya yang ada -kan diikuti sesuatu (tidak bernyawa), manakala kata kerja yang tiada -kan diikuti objek hidup atau bernyawa seperti manusia atau haiwan. Terima kasih.Tatabahasa06.06.2020
Salam sejahtera, Dalam penggunaan kata tanya, apakah peranan tambahan 'kah' di hujung setiap kata tanya? Contohnya, "Bagaimana'kah' kamu melakukannya?" Adakah ayat tetap betul tatabahasanya jika 'kah' tidak diletakkan? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu, terdapat kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat,  iaitu -kah, -tah dan -lah. Kehadiaran  -kah, -tah dan -lah  penting sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti contoh ayat "Siapakah majikan kamu itu?"
Tatabahasa07.10.2015
Nak eja bagaimana perkataan seperti di bawah? Bagaimanakah atau bagaimana kah? Usahlah atau usah lah? Tandakan atau tanda kan? Jika dulu dieja dekat, tetapi sekarang Dewan Eja akan merahkan tanda salah.

Saudari, cara penulisan yang tepat adalah "bagaimanakah, usahlah dan tandakan." 
Kami memohon maaf atas kekeliruan yang dihadapi.
 

Tatabahasa02.08.2012
Bolehkah menggunakan perkataan 'KE' untuk bertanya sebagai pengganti kata hubung 'atau' dan partikel '-kah'? Misalnya, betul ke tidak? Sudah masuk waktu Maghrib ke?Penggunaan yang gramatis untuk ayat tanya ialah -kah. Lain-lain23.11.2015
Tuan, Ayat di bawah adalah gramatis atau tidak? 1. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dan Roslina. 2. Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina. 3. Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Manakah ayat di atas adalah betul dan gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Mei Ling duduk di antara Kah Seng dengan Roslina dan Selat Melaka terletak di antara Pulau Sumantera dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.Tatabahasa29.06.2016
Apakah formula penggunaan kata penegas 'kah' dalam kata tanya? Contoh: yang manakah paling tepat, "Berapa orang pesertakah yang akan menyertai ekspedisi ini?" atau "Berapa orangkah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?" Terima kasih.

Untuk makluman, -kah merupakan partikel bukannya kata penegas. Bagi bentuk bahasa tulisan, partikel -kah harus diletakkan pada kata tanya yang dikedepankan. Ayat tanya yang betul dalam soalan anda harus ditulis sebagai " Berapakah peserta yang akan menyertai ekspedisi ini?".

Tatabahasa08.08.2011
12345678910...

Kembali ke atas