Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk program *work attachment* dan *student attachment*? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "work attachment" dan "student attachment". Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk attachment, iaitu penempatan dan sangkutan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penempatan pelajar (Program Penempatan Pelajar). | Istilah | 01.06.2013 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1.Excavator Quick Hitch 2.Excavator Reversible Backfill Blades 3.Excavator Ripper Attachment 4.Excavator Rock Bucket 5.Excavator Scarifier Attachment 6.Excavator Scraper Attachment 7.Excavator Seeder Attachment 8.Excavator Skeleton Buckets Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.Excavator Quick Hitch – Pengorek Penyangkut Pantas 2.Excavator Reversible Backfill Blades – Pengorek Bilah Kambus Boleh Balik 3.Excavator Ripper Attachment – Pengorek Pengoyak 4.Excavator Rock Bucket – Pengorek Timba Batu 5.Excavator Scarifier Attachment – Pengorek Penggembur 6.Excavator Scraper Attachment – Pengorek Pengikis 7.Excavator Seeder Attachment – Pengorek Penanam/Pengorek Pemuat Naik 8.Excavator Skeleton Buckets – Pengorek Timba Rangka | Istilah | 13.05.2016 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan Attachment ke dalam Bahasa Melayu. Contoh perkataan adult attachment | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "adult attachment". Walau bagaimanapun, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk attachment, iaitu penempatan, perapatan, penahanan, pelekapan, pelekatan, alat tambah dan sangkutan. Padanan bahasa Melayu ini berbeza berdasarkan konsep dan bidang. Oleh itu, puan perlu mengetahui konsep istilah tersebut unutk mengetahui padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 07.08.2012 |
Saya ingin tahu jika ada makna lain utk perkataan "attachment" dalam BM selain drpd perapatan (atau yg blh didapati dlm kamus sedia ada). Saya ingin cuba dapatkan makna dalam bahasa klasik. | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, attachment bermaksud n 1. means of attaching, penyambung; 2. affectionate regard, a. (to a person) rapat: he formed an ~ for a girl who worked in a travel agency, dia menjadi rapat dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah agensi pelancongan; b. (to an animal) sayang akan; c. (to a country) rasa cinta: his ~ to the old country was obvious, rasa cintanya terhadap negara asalnya nyata sekali; 3. object (to be) attached, alat tambahan: a lathe with a drilling ~, mesin larik serta alat tambahan utk menggerudi | Makna | 26.08.2013 |
Salam sejahtera. Terima kasih atas maklumbalas anda. Berikut adalah definisi operasi/contoh penggunaan perkataan-perkataan yang ingin diterjemahkan: 10. MEDIATING ROLE – In a nutshell, it is known that place attachment is a mediator between desired condition (benefits attained, source credibility, destination image and memorable tourism experiences) and favorable outcome (future visit intentions, satisfaction and behavioral intention). Therefore, by adapting the S-O-R model, this study introduces a mediator which is place attachment to understand the process in which authenticity influences intention to recommend. 11. MODERATING ROLE - Lack of empirical studies on moderating role of motivation on the relationship between authenticity and place attachment. Therefore, this study extends the S-O-R model by introducing moderators to understand the strength of relationship between authenticity and place attachment. 12. CONTROL VARIABLES - It did not measure control variables such as types of tourists based on their number of visit; first time and repeat tourists. Repeat tourists may have perceived the heritage sites differently as compared to first time tourists due to repeat tourists had more experience based on previous visitation. Terima kasih. | Cadangan terjemahan sekiranya sesuai dengan konteks penggunaannya: 10. MEDIATING ROLE – peranan perantara 11. MODERATING ROLE - peranan sederhana 12. CONTROL VARIABLES - pemboleh ubah kawalan
| Penyemakan dan penterjemahan | 27.06.2019 |
Saya ingin menyemak terjemahan perkataan self dalam Bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam bidang sosiologi, self-identity atau self-attachment. Saya menggunakan perkataan kendiri sekarang untuk tujuan penulisan akademik. Saya ingin mendapatkan nasihat dari pegawai DBP berkenaan hal ini. | Berdasarkan rujukan kami, "self-identity" dipadankan sebagai pengenalan diri dan "self-attachment" sebagai pertautan diri. Penggunaan perkataan "diri" atau "kendiri" yang merujuk kepada perkataan sumber "self" bergantung kepada konteks penggunaan. | Istilah | 14.11.2019 |
Morning Sir, pls check for the signboard design. Kindy approve if no problem. If need anything pls do let me know. pls check attachment.. | Morning Sir, pls check for the signboard design. Kindy approve if no problem. If need anything pls do let me know. pls check attachment.. Mohon tuan menghantar semula iklan untuk pengesahan DBP melalui http://prpm.dbp.gov.my dengan mengklik e-perkhimatan bagi mendapatkan sijil pengesahan. Tuan juga membuat pembetulan dalam iklan seperti yang berikut: 1. Pusat Percetakan 2. Khidmat Cetakan dan Salinan Berkualiti | Lain-lain | 27.08.2013 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah istilah yang paling sesuai untuk istilah "attachment parenting". Terima kasih | Istilah ini belum terdapat dalam sumber rujukan kami. Sila nyatakan konteks/bidang penggunaannya bagi membolehkan pihak kami memberikan padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu. | Istilah | 07.06.2010 |
Saya ingin bertanya maksud Margasatua Terima kasih | attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: white" class="MsoNormal">'Margasatua' atau ejaan baharu yang telah diterima pakai sekarang ini ialah 'Mergastua'. Maka maksud ‘Mergastua’ ialah binatang-binatang hutan; binatang liar: Jabatan ~ jabatan yg mengendalikan (mengurus) hal-hal binatang hutan. attachment: initial; background-origin: initial; background-clip: initial; background-color: white" class="MsoNormal">Jika sdr. ada persoalan yang lain, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPMmerupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari www.prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba. | Lain-lain | 05.11.2010 |
apa ,aksud lekapan dan lenkapan | Lekapan dalam bahasa Inggerisnya bermaksud 'attachment'. (Istilah foto) Lengkapan pula bermaksud 'closure'. (Istilah Psikologi) | Makna | 05.08.2009 |