| Saya hendak bertanya berkenaan penterjemahan akta-akta undang-undang Malaysia dari bahasa Inggeris ke dalam bahasa Malaysia. Selain menentukan istilah undang-undang, adakah DBP menterjemahkan undang-undang ini? Jika ada, akta manakah yang merupakan terjemahan DBP? Adakah versi terjemahan yang lain, contohnya oleh ILBS dan Attorney General Council, merupakan terjemahan yang diperakui? | Saudara Phoebe, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak melaksanakan kerja-kerja penterjemahan undang-undang. Walau bagaimanpun pihak Dewan Bahasa dan Pustaka turut terlibat dalam penggubalan istilah undang-undang bersama-sama dengan pakar-pakar bidang daripada pelbagai institusi berkaitan. | Lain-lain | 08.02.2010 |