Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tur] | اتور

Definisi : ; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk membentuk sesuatu (spt rumah dll); beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna men­cam­puri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; mengaturkan mengatur utk; teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancang­kannya dgn sempurna;aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2. tahu adat (sopan santun);keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak mening­galkan kesan yg mendalam;peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipa­tuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kera­jaan peraturan (ketentuan, garis pan­duan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;pengaturan perihal (perbuatan dsb) meng­atur(kan);pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk meng­atur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : Mn; mengatur(kan) mencucuk: ~ hidung kerbau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : ; Jw mengaturi ark memberi kpd, menyilakan supaya; mengaturkan 1. menyampaikan, memper­sembahkan, memberi: ~ surat kpd menyam­paikan surat kpd; 2. mengucapkan, menga­takan: ~ selamat datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tur] | اتور

Definisi : ; beratur bersusun dgn baik; berbaris: Tiap-tiap pagi, murid-murid ~ di padang sebelum masuk ke bilik darjah. mengatur 1 menyusun atau menempatkan baik-baik: Ia sedang ~ buku-bukunya di dlm almari. 2 membuat supaya segala-gala rapi; mengemas: ~ rumah tangga. teratur tersusun dgn baik: Acara penyampaian ijazah itu berjalan dgn ~. aturan 1 cara mengatur; segala sesuatu yg telah teratur: Buku-buku di perpustakaan telah disusun mengikut ~ Dewey. 2 hasil drpd mengatur; yg sudah diatur: ~ perabot di rumah itu sungguh kemas. keteraturan keadaan teratur; ketertiban: Kami kagum melihat ~ pekerja-pekerja itu menjalankan tugas. peraturan segala yg telah ditentukan dan mesti diturut: Apabila kita memandu sebarang jenis kenderaan, kita hendaklah mematuhi ~ lalu lintas. berperaturan mempunyai peraturan: Kita hendaklah ~ dlm melaksanakan tugas masing-masing. pengatur orang yg mengatur; alat utk mengatur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atur


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud: 1. Atur masa 2. Atur acara 3. Atur program 4. Alas pintu 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Reka atur Terima kasih atas penjelasan tuan.Hanya perkataan atur cara yang mempunyai makna yang khusus (kata majmuk), iaitu jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan. Perkataan yang lain ialah kata nama am yang dirangkaikan dengan perkataan yang kedua tetapi maknanya merangkumi makna perkataan yang pertama dan kedua seperti alas pintu, iaitu sesuatu yang dijadikan lapik dan digunakan di hadapan pintu. Untuk melihat makna perkataan yang lain, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my.Makna10.01.2014
Apakah maksud bagi kata majmuk yang berikut: 1. Bulan mengambang 2. Atur mada 3. Atur acara 4. Atur program 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Alas pintu 8. Jalan tengah 9. Apakah perbezaan antara ibu negeri dan ibu negara? Terima kasih atas balasan tuan.

1. Bulan mengambang ialah  bulan penuh yang bercahaya dan kelihatan seolah-olah mengapung di udara.

2. Atur mada tiada dalam data rujukan kami.
3. Dalam data kami , ada perkataan atur cara yang bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll):

Untuk makna frasa lain, puan boleh menggunakan prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan tersebut.

Tatabahasa04.12.2013
Atur cara atau Atur acara?Perkataan yang betul ialah atur cara.Ejaan02.10.2015
Yang manakah ejaan yg betul? 1.atur cara 2. Atur acara 3. Aturcara 4. Aturacara Untuk makluman kesemua ada dalam carian kata.Istilah yang mantap ialah "atur cara". Perkataan ini merupakan kata majmuk. Oleh yang demikian perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu atur cara. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Lain-lain16.09.2015
yang mana betul & tepat atur cara atau atur acara?. terima kasihIstilah yang betul ialah atur cara.Istilah06.07.2011
dalam buku atur cara gunakan - 8.00 malam - Ketibaan Dif-Dif jemputan atau Ketibaan Dif-dif jemputan ( dimana huruf D di kali kedua perkataan Dif menggunakan huruf kecil

Yang betul ialah Ketibaan Dif-dif Jemputan. Huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil.

Ejaan04.11.2011
Aturcara @ Atur CaraEjaan yang betul ialah atur cara.Ejaan07.10.2013
atur cara atau aturcaraEjaan yang betul ialah atur cara.Ejaan15.11.2011
Aturcara atau Atur Cara ?Ejaan yang betul ialah "atur cara"Tatabahasa01.10.2014
Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri.Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut.Lain-lain26.09.2016
123456789

Kembali ke atas