Apakah maksud: 1. Atur masa 2. Atur acara 3. Atur program 4. Alas pintu 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Reka atur Terima kasih atas penjelasan tuan. | Hanya perkataan atur cara yang mempunyai makna yang khusus (kata majmuk), iaitu jadual pelbagai acara yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan. Perkataan yang lain ialah kata nama am yang dirangkaikan dengan perkataan yang kedua tetapi maknanya merangkumi makna perkataan yang pertama dan kedua seperti alas pintu, iaitu sesuatu yang dijadikan lapik dan digunakan di hadapan pintu. Untuk melihat makna perkataan yang lain, sila rujuk kamus atau layari www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 10.01.2014 |
Apakah maksud bagi kata majmuk yang berikut: 1. Bulan mengambang 2. Atur mada 3. Atur acara 4. Atur program 5. Kereta dorong 6. Kereta angkat 7. Alas pintu 8. Jalan tengah 9. Apakah perbezaan antara ibu negeri dan ibu negara? Terima kasih atas balasan tuan. | 1. Bulan mengambang ialah bulan penuh yang bercahaya dan kelihatan seolah-olah mengapung di udara. 2. Atur mada tiada dalam data rujukan kami. 3. Dalam data kami , ada perkataan atur cara yang bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yg telah ditetapkan utk dilaksanakan (biasanya dlm sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll): Untuk makna frasa lain, puan boleh menggunakan prpm.dbp.gov.my dengan memasukkan perkataan tersebut. | Tatabahasa | 04.12.2013 |
Atur cara atau Atur acara? | Perkataan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 02.10.2015 |
Yang manakah ejaan yg betul? 1.atur cara 2. Atur acara 3. Aturcara 4. Aturacara Untuk makluman kesemua ada dalam carian kata. | Istilah yang mantap ialah "atur cara". Perkataan ini merupakan kata majmuk. Oleh yang demikian perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu atur cara. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 16.09.2015 |
yang mana betul & tepat atur cara atau atur acara?. terima kasih | Istilah yang betul ialah atur cara. | Istilah | 06.07.2011 |
dalam buku atur cara gunakan - 8.00 malam - Ketibaan Dif-Dif jemputan atau Ketibaan Dif-dif jemputan ( dimana huruf D di kali kedua perkataan Dif menggunakan huruf kecil | Yang betul ialah Ketibaan Dif-dif Jemputan. Huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 04.11.2011 |
Aturcara @ Atur Cara | Ejaan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 07.10.2013 |
atur cara atau aturcara | Ejaan yang betul ialah atur cara. | Ejaan | 15.11.2011 |
Aturcara atau Atur Cara ? | Ejaan yang betul ialah "atur cara" | Tatabahasa | 01.10.2014 |
Susun atur kedudukan tandatangan dalam sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri. | Untuk maklumat tentang susur atur kekananan bagi tandatangan di sijil penghargaan di antara Ketua Setiausaha dan Menteri puan boleh menghubungi Jabatan Perdana Menteri untuk maklumat yang lebih lanjut. | Lain-lain | 26.09.2016 |