| Salam sejahtera. Saya memerlukan bantuan untuk terjemahan perkataan "extended audience" di dalam ayat berikut: "Hechler arranged an extended audience with Grand Duke in 1896. " | Cadangan terjemahan untuk "extended audience" ialah pertemuan yang panjang. Penggunaannya dalam ayat yang diberikan seperti yang berikut: Hechler mengatur pertemuan yang panjang dengan Grand Duke of Baden, pada April 1896. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.11.2021 |
| Apakah istilah bahasa melayu untuk "restricted audience"? | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan “restricted audience” ialah khalayak terhad. | Istilah | 06.08.2022 |
| Sebagai pendidik, saya sedang membuat satu program tentang kata kerja BM, bolehkah saya tahu tentang sekiranya saya ingin mengajar kata kerja, patut saya guna imbuhan bagi sesuatu kata kerja? Contohnya: - baca atau membaca? - ambil atau mengambil? my target audience is children of age of 3-9 | Dalam bahasa Melayu ada empat golongan kata termasuklah kata kerja. Apabila menyenaraikan kata kerja tidak perlu digunakan imbuhan, tetapi apabila menerangkan perbuatan berdasarkan konteks penggunaannya perlulah digunakan imbuhan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 05.06.2012 |
| selamat sejahtera Saya hendak tahu makna monodrama dengan terperinci dan sekiranya ada maklumat mengenai teknik dan cara mencipta skrip monodrama, mohon dikemukan sekali. terima kasih. | Saudara yang bertanya, 1. Monodrama merujuk kepada drama monolog yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja dan melakonkan lebih dari satu watak. monodrama ialah sebuah 'sole performance' dengan hanya berdiri pada kekuatan seorang pelakon sahaja menguasai pentas dan audience. Sebagai sebuah drama, persembahan monodrama juga diiringi dengan muzik latar, set, kostum dan tatarias bagi melengkapkan keperluan pelakon tersebut beraksi di pentas. 2. Skrip monodrama pula merupakan sbuah skrip yang lengkap sebagai sebuah cerita, juga mempunyai permulaan, klimak dan peleraian. | Sastera | 30.03.2012 |