Salam sejahtera, baru-baru ini DBP ada menganjurkan Canai Bahasa, sebagai saranan sahaja, bolehkah DBP anjurkan audio siar (podcast) yang khusus berkaitan dengan bahasa? | Salam sejahtera tuan, Terlebih dahulu, sayan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan, kerana menyokong program-program anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Cadangan tuan berhubung dengan penganjuran audio siar (podcast) berkaitan dengan bahasa, telah dipanjangkan kepada bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP untuk makluman dan tindakan selanjutnya. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama. | Lain-lain | 30.11.2019 |
Adakah "podcast" apabila dipinjam menjadi "podkas"? | Padanan bagi istilah podcast dalam bahasa Melayu ialah audio siar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 10.09.2024 |
Apakah. Aksud podcast di dalam bahasa melayu | Padanan bahasa Melayu bagi istilah podcast ialah audio siar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.10.2023 |
"Podcast bersama Syafiq" adakah menjadi "Fail Media Digital bersama Syafiq"? | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan, seperti yang berikut: "Audio siar bersama-sama Syafiq." | Tatabahasa | 15.02.2025 |