Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata australia


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ada masalah dengan kata adverba. Minta lihat ayat di bawah dulu. 1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Saya difahamkan bahawa perkataan "selama-lamanya" ialah kata adverba yang mengalami proses penggandaan separa. Yang tidak saya fahami ialah kata adverba "selama-lamanya" menerangkan frasa sendi nama "ke Australia", menerangkan kata kerja "pergi", atau menerangkan frasa kerja "pergi ke Australia selama-lamanya"? (Dalam frasa kerja "pergi ke Australia", frasa sendi nama "ke Australia" ialah keterangan tempat, kan?). Adakah kedudukan kata adverba menentukan golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba? Contohnya, jikalau kata adverba "laju" hadir selepas kata kerja "bergerak" dalam ayat: Kereta api itu bergerak laju, adakah kata adverba "laju" menerangkan "bergerak" kerana hadir di belakang kata kerja "bergerak"?

1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Kata adverba “selama-lamanya” menerangkan frasa sendi nama ke Australia. 2. Kereta api itu bergerak laju. Kata adverba “laju” menerangkan kata kerja bergerak.

Tatabahasa06.12.2014
Apakah ejaan Jawi bagi Australia menurut Kamus Dewan Perdana?Ejaan bagi Australia dalam Jawi ialah اوستراليا.Ejaan21.04.2022
Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi/Ekonomi.Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ekonomi.Tatabahasa29.06.2012
Salam tuan, bagaimana jika saya ingin menterjemahkan 'This labcoat is made in Australia.'Terjemahan yang dicadangkan ialah Kot makmal ini dibuat di Australia.Penyemakan dan penterjemahan04.07.2016
Tuan / Puan, Iklan bagi penggunaan bahasa Melayu Malaysia di luar negara di Australia telah dilampirkan : http://www.kangchuentat.net/rowvillelibrarychinese.doc. Pelawat diundang untuk melawatnya. Sekian, terima kasih. Web : http://kangchuentat.freewebspace.com. SMS : 0405421706; E-mail / E-mel : chuentat@hotmail.com; Address / Alamat : PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia. Sender / Pengirim : Kang Chuen Tat- 江俊达.Lihat LampiranTatabahasa02.07.2012
Selamat sejahtera DBP. Pertanyaan saya, apakah pilihan kata sendi yang tepat bagi ayat "Kakak tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pengajian di /ke Australia atau New Zealand". Saya telah rujuk khidmat nasihat yang terdahulu, ada yang guna "di" ada yang guna "ke". Penggunaan kedua-dua perkataan ini lebiih kurang sama, iaitu untuk tempat & arah- tempat & waktu. Apakah konteks ayat yang membezakan penggunaan kedua-duanya?Kata sendi nama di digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti Kakak saya tinggal di Kuantan, manakala kata sendi nama ke digunakan di hadapan frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, seperti Kakak akan ke Kuantan esok. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah Kakak tidak dapat membuat keputusan sama ada mahu melanjutkan pengajian di  Australia atau New Zealand. Untuk lebih jelas, bandingkan dengan ayat Kakak akan ke Australia untuk melanjutkan pelajaran.Tatabahasa02.11.2021
Pelancong yang mati lemas di Pantai Batu Feringgi itu berasal dari Australia. Adakah kesalahan dalam ayat di atas ? Terima kasihAyat yang digunakan betul.Tatabahasa08.03.2020
Apakah istilah yang biasa digunakan di Malaysia bagi "Council rates' di Australia atau 'Council Tax' di England?Belum ada lagi padanan bagi Council Rates/Council Tax dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kaedah pencukaian yang tersebut Concil Tax/Council Rates boleh diterjemahkan kepada Cukai Majlis kerana menyandarkan cukai tersebut kepada pihak yang mengenakan cukai, iaitu majlis tempatan/pihak berkuasa tempatan.Penyemakan dan penterjemahan26.05.2015
Bolehkah saya mahu menggunakan perkataan 'survival' untuk tajuk buku saya? Tajuk buku saya adalah "Masyarakat Melayu Australia : Cabaran dan Survival di Perth"Survival merupakan perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kemandirian. Oleh itu, untuk tajuk buku tersebut, tidak boleh dicampurkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Lain-lain01.06.2021
Assamualaikum, Apakah ejaan/istilah bahasa Melayu bagi: 1) negara Etiopia atau Ethiopia 2) benua Oceania atau benua Australia Terima kasih.
Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut:

i. Ethiopia
ii. benua Oseania
Ejaan08.02.2022
123

Kembali ke atas