Assalamualaikum, Yang mana betul terjemahan untuk perkataan "authentication", "pengesahihan", pengsahihan" atau "pengesahsahihan"? Sekian, terima kasih. | Padanan terjemahan "authentication" dalam bahasa Melayu ialah " pengesahan dan "pensahihan" perihal mengesahkan atau mensahihkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sila rujuk authentication&d=228972&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=authentication&d=228972&#LIHATSINI untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.07.2017 |
Untuk terjemahan ke Bahasa Melayu bagi istilah tentang bank digital, adakah saya perlu merujuk kamus tertentu? Sebagai contoh, username, multifactor authentication, dan sebagainya. Mohon pencerahan. | Puan boleh merujuk Pusat Persuratan Rujukan Melayu (PRPM) melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/ untuk rujukan istilah atau perkataan. | Lain-lain | 01.06.2022 |