Mohon nyatakan terjemahan yang sesuai untuk istilah AutoCorrect (dalam Word, C huruf besar). Kemungkinan yang telah difikirkan: AutoCorrect (istilah asal dikekalkan), Koreksi Auto, Pembetul Automatik, dan Pembetulan Automatik. Terima kasih. | Padanan yang sesuai bagi autocorrect ialah autobetul. | Istilah | 23.10.2006 |
Automatik adakah betul dalam bahasa malaysia? | Saudara Lelaa, Ejaan perkataan 'automatik' dalam bahasa Malaysia betul. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat . | Ejaan | 23.07.2009 |
Selamat pagi. Apakah cadangan terjemahan bagi perkataan 'autopay' yang bermaksud mesin bayaran automatik tempat letak kereta? Terima kasih | Perkataan autopay belum ada padanan dalam pangkalan data kami. Kami cadangkan autopay diterjemahkan kepada autobayar atau mesin bayaran automatik. | Istilah | 25.06.2012 |
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Saya Mohd Sabri Hasan pelajar PhD daripada UKM. Saya sedang menjalankan penyelidikan berkaitan dengan pemprosesan teks bahasa Melayu dibawah penyeliaan Profesor Dr Shahrul Azman Mohd Noah. Penyelidikan saya adalah ringkasan teks automatik pada teks bahasa Melayu. Salah satu teknik dalam ringkasan teks automatik adalah headline summarization. Headline summarization adalah proses menghasilkan satu ayat tunggal daripada teks yang mewakili idea utama. Masalah saya, apakah perkataan bahasa Melayu yang paling sesuai bagi mengantikan 'headline summarization'. Perkataan headline biasanya dikaitkan dengan tajuk utama. Dalam dalam konteks ringkasan teks automatik ia mewakili idea utama dalam bentuk ayat tunggal. Sekian terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah khusus untuk "headline summarization" dalam pangkalan data kami. Berdasarkan penerangan yang diberikan, istilah yang dicadangkan ialah ringkasan idea utama atau ringkasan isi utama. | Istilah | 19.10.2012 |
bagaimanakah untuk mendapatkan kamus dewan secara automatik di dalam komputer? kerana saya memerlukan pengertian yang tepat seperti sensitiviti agama | Untuk boleh membuat carian pantas sdr. boleh merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari laman web Dewan Bahasa dan Pustaaka. | Lain-lain | 15.02.2011 |
Pertukaran Perkataan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu | 1. Awas 2. Jangan Berhenti di Di Muka Pintu 3. Pintu Gelangsar Automatik | Istilah | 07.05.2014 |
SAYA NAK MENERBITKAN SEBUAH BUKU DAN BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN REKACIPTA AGAR TAK DITIRU PIHAK LAIN? | Hak cipta diperoleh secara automatik oleh penulis apabila bahannya diterbitkan. Jika ditiru oleh pihak lain, maka orang itu telah melakukan pelanggaran hak cipta dan dia boleh dikenakan denda jika terbukti bersalah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Akta HakCipta 1987 (Akta 332) & Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah. | Lain-lain | 29.07.2009 |
As'salam. Saya ingin meminta bantuan pihak tuan/pun untuk memastikan bagi terjemahan perkataan yang berikut adalah tepat 1. Cybersecurity - Keselamatan siber 2. Autonomous robots - Robot automatik 3. System integration - Integrasi sistem 4. Internet of things - Internet benda 5. Simulation - Simulasi 6. Additive manufacturing - Pembuatan bahan tambah 7. Cloud computing - Pengkomputeran awan 8. Augmented Reality - Realiti perantara 9. Big data - Data raya Harap pihak tuan/puan dapat membantu. Terima kasih | Semua padanan bahasa Melayu adalah betul kecuali nombor 2, 3 dan 8 (2. Autonomous robots - Robot berautonomi; 3. System integration – Persepaduan sistem dan 8. Augmented Reality - Realiti terimbuh). | Istilah | 19.07.2018 |
Tuan, Apa istilah dalam Bahasa Melayu yang paling hampir maksudnya dengan istilah "boomgate" dalam Bahasa Inggeris? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah palang automatik. | Istilah | 12.07.2016 |
maksud TRANSMISI | (Kej) sistem gear, aci dsb (pd kereta dsb) yg menghantar kuasa drpd enjin utk memutarkan roda kenderaan: model kereta ini dilengkapi dgn sistem ~ gear automatik empat kelajuan. (Sila rujuk KD4 halaman 1713) | Makna | 27.09.2009 |