Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[au.to.mo.tif] | اءوتوموتيف

Definisi : bkn kenderaan bermotor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata automotif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Iklan papan tanda PUSAT PENGURUSAN,KAJIAN DAN PEMBANGUNAN AUTOMOTIF ingin mendapatkan kepastian ejaan dan hurof mengikut kamus DBPEjaan PUSAT PENGURUSAN, KAJIAN DAN PEMBANGUNAN AUTOMOTIF betul.Tatabahasa16.10.2015
salam...nak cek maksud PORT FUEL INJECTION dalam bahasa melayu.istilah dalam automotif.Padanan bahasa Melayu bagi istilah Port Fuel Injection ialah liang pancitan bahan api. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila rujuk Kamus Kejuruteraan Automotif, terbitan DBP. Lain-lain26.10.2010
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my

 

 
Lain-lain03.12.2019
Salam. Tolong berikan padanan bagi perkataan "Styling Cue". Istilah kejuruteraan automotif. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah "styling cue" dalam bahasa Melayu. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah27.04.2017
Salam hormat. Saya memerlukan bantuan berhubung terjemahan istilah berkaitan bidang Automotif. Terdapat kekeliruan di antara: 1.Penghidup Arus Tinggi 2.Pemula Arus Tinggi. 3.Pengengkol Arus Tinggi. dari teks sumber: High Curent "Starter". Adakah penggunaan terjemahan istilah bersaling kait atau mengikut keadaan spesifik.Salam hormat. Tiada istilah khusus bagi perkataan "High Curent Starter" dalam data PRPM.Istilah09.05.2015
Salam. Boleh saya tahu saranan terjemahan untuk frasa "Retractable USB" dalam bidang automotif? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "retractable USB" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "retractable' ialah boleh tarik, boleh lipat atau boleh retrak. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah USB boleh tarik atau USB boleh retrak.Istilah02.05.2013
Saya ingin meminta pendapat Tuan/Puan mengenai penggunaan bahasa dalam membuat papan tanda iklan untuk perusahaan kami dalam bidang automotif. bolehkan saya menggunakan bahasa pada papan tanda iklan saya seperti berikut : PUSAT SERVIS, MENJUAL ALAT-ALAT GANTI DAN KENDERAAN BERMOTOR. Jika ada cadanagn lain, sila nyatakan kepada saya.Iklan yang dinyatakan terlalu panjang. Kami mencadangkan PUSAT SERVIS DAN ALAT GANTI KENDERAAN.Tatabahasa25.02.2013
Adakah istilah ini wujud "silikon getah" ? Atau sebenarnya hanya "silikon" sahaja?Istilah "silikon getah" wujud dan digunakan dalam kejuruteraan automotif.Istilah13.03.2014
Apakah "sealant" dalam BM?Salam sejahtera,

Maksud "sealant"

1. Bahan tampal  (Bidang Kimia)
2. Bahan kedap (Bidang Kejuruteraan Automotif)
3. Kedap (Kejuruteraan)


Tuan boleh sesuaikan mengikut konteks penggunaan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.11.2019
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami.Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat.  Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia.

Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami.
Tatabahasa31.03.2015
12

Kembali ke atas