Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj ada, [more specif descriptions are preferred in Malay]: ~ resources, sumber-sumber yg ada; all ~ ambulances were rushed to the scene of the accident, semua ambulans yg ada dikejarkan ke tempat kemalangan itu; the book is not yet ~, buku itu belum diterbitkan lagi; ~ at all leading supermarkets, dijual di semua pasar raya utama; ~ in many colours, terdapat dlm berbagai-bagai warna; the doctor is ~ now, kamu boleh berjumpa dgn doktor sekarang; be ~ for, [various translations]: he was not ~ for comment, dia tdk dapat dihubungi utk memberikan ulasan; is he ~ for a discussion this afternoon?, adakah dia lapang utk menghadiri perbincangan pd petang ini?; maps and brochures are ~ for tourists at the reception-desk, peta dan brosur utk pelancong disediakan di meja penyambut tetamu; tickets for the show are ~ for two weeks, tiket utk pertunjukan itu akan dijual selama dua minggu. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata available


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya ada beberapa soalan. Yang pertama, bagaimana cara yang betul untuk menggunakan perkataan 'tersedia'? Saya lihat banyak penggunaannya terutama dalam terjemahan dari perkataan bahasa inggeris, 'available'. Contoh, Wifi is available = Wifi telah tersedia. Adakah penggunaan ini betul dan tepat? Yang kedua, bagaimana untuk menulis e-mel yang boleh menggantikan istilah "Dear {Nama Penuh}" dan "Sincerely" dalam bahasa melayu supaya tidak berbunyi terlallu formal atau kaku? Terima Kasih1. Contoh istilah yang menggunakan perkataan tersedia adalah seperti yang berikut:

available nutrient - nutrient tersedia
standing cost - kos tersedia
available energy - tenaga tersedia
built-in control - kawalan tersedia

Sehubungan dengan itu, "tersedia" tidak semestinya padanan bahasa Melayu untuk ""available" sahaja, tetapi juga perkataan lain seperti "standing" dan "built-in" bergantung pada konsep. Dalam konteks yang diberikan, kami berpendapat "Wifi telah tersedia" tidak sesuai digunakan. Sekiranya perkataan ini digunakan dalam premis tertentu, biasanya lambang Wifi, tulisan Wifi atau Wifi Percuma sahaja dipaparkan,

2. Dalam e-mel urusan rasmi, biasanya kami menggunakan tuan atau puan di bahagian atas. Di bahagian bawah selepas "Sekian, terima kasih." terus diletakkan nama pegawai. Kami tidak menggunakan "Yang benar" atau "Saya yang menurut perintah" dalam e-mel.
Istilah02.02.2017
Saya ingin bertanya apakah terjermahan sesuai untuk "There is " cthnya there is available instruments for the use of clents. Adakah ianya Terdapat instrument tersedia atau wujud instrumen tersedia atau adanya instrumen tersedia. Terima kaasih

Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan ayat, kecuali istilah dan perkataan yang ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanpun kami boleh membantu tuan, menyemak penggunaan ayat yang telah diterjemahkan. Cadangan padanan yang sesuai untuk ayat "there is available instruments for the use of clents" tersebut ialah Instrumen ini ada disediakan untuk kegunaan pelanggan.

Penyemakan dan penterjemahan09.05.2019
1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Memperoleh Tempoh Ini 4) Redeemed this Period = Menebus Tempoh ini 5) Available Balance=Baki Tersedia Mohon khidmat nasihat DBP untuk terjemahan berikut. Ini adalah untuk sektor perbankan. Terima Kasih1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang
2) Opening Balance = Baki Pembukaan
3) Earned This Period = Perolehan dalam tempoh ini.
4) Redeemed this Period = Penebusan dalam tempoh ini. 
5) Available Balance = Baki Tersedia
Cadangan terjemahan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan01.09.2015
Mini Rtc Asahan Melaka SEL 11.04 PAGI assalamualaikum tuan mohon pertanyaan Ujana Buku DBP available ke dtg di Melaka?Sila hubungi Ujana Buku melalui talian 03-4101 0023/0028/0025 atau layari http://dbpniaga.my/ms/ untuk maklumat lebih lanjut. Terima kasih.Lain-lain08.08.2017
Apakah istilah yang sesuai bagi "service apartment"? Contoh konteks: "A service apartment is a fully furnished apartment available for short-term or long-term stay, providing hotel-like amenities such as room service, house keeping, a fitness center, and a laundry room."Menurut data kami, padanan yang sesuai ialah pangsapuri servis atau apartmen servis.Lain-lain14.10.2018
Pohon berikan terjemahan nama kediaman/bangunan berikut "service apartment" . Contoh ayat: A serviced apartment is a type of furnished apartment available for short-term or long-term stays, which provides amenities for daily use. Terima kasih.

Cadangan kami ialah pangsapuri perkhidmatan bagi padanan service apartment. 

Istilah17.07.2010
I wish to know if DBP have any more copies of the Translation book of Iban - English. If it is available, can I know where I can obtain it, or if I can purchase it from DBP, what is the price if I want to courier it to Sibu? Thanking you in anticipation.Buat masa ini, DBP tidak mempunyai buku seperti yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi Perpustakaan Negara Malaysia atau pusat-pusat pengajian tinggi di negara ini.Lain-lain04.10.2009
Apa kah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan go-live (Bahasa Inggeris) Dalam Bahasa Inggeris:, Go-live is the time at which something becomes available for use. In software development, for example, go-live is the point at which code moves from the test environment to the production environment. As a verb, go-live means to make such an event happen.Belum ada terjemahan dan contoh penggunaan go-live dalam pangkalan data kami. Mohon tuan berikan cadangan terjemahan untuk membantu kami mencari padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2017
Saya mendapatkan kepastian. Apakah istilah sasaran Bahasa Melayu bagi perkataan "social-emotional". Contoh ayat "another barrier to early identification of young children with social-emotional problems is related to the assessment instruments available". Contoh istilah yang digunakan dalam Bahasa Inggeris "social-emotional development" "social-emotional skills" "young children with social-emotional issues"Salam Sejahtera. Padanan bahasa Melayu untuk social-emotional ialah sosioemosi. Sekian. Terima kasih.Istilah15.09.2017
Terjemahan 'temperature excursion'? Pertanyaan sebelum ini, tuan jawab: Dalam bidang kejuruteraan excursion diterjemahkan kepada ekskursi atau persiaran. jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya kami cadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada suhu persiaran. Tetapi saya dalam bidang kesihatan. Contoh ayat: Temperature excursions based on stability data for each product must be readily available to distribution staff. Bolehkah diterjemah kepada: 'penyimpangan suhu'Untuk makluman, "penyimpangan" ialah padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris "deviation". Kesesuaian terjemahan perkataan ini bergantung pada konsep atau makna perkataan tersebut. Sekiranya tuan pasti maksud istilah ini  ialah "suhu tersebut menyimpang daripada suhu yang lazim atau standard", perkataan "penyimpangan" boleh digunakan. Setelah merujuk internet, maksud yang diberi untuk "temperature excursion' ialah "differences in temperature relating to environmental factors" (perbezaan suhu ysng berkaitan dengan faktor persekitaran). Berdasarkan maksud ini,  istilah tersebut boleh juga diterjemahkan kepada perbezaan suhu.Istilah17.03.2014
12

Kembali ke atas