TEMPAT ISTIRAHAT THE AVENUE Dimiliki oleh Mitramas Sdn Bhd (154392-K) | Penggunaan bahasa dalam iklan tuan betul. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 07.07.2015 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Ancient Cedar Avenue"? 1) Pokok Sedar Sangat Tua 2) Pokok Sedar Kuno 3) Pokok Sedar Purba 4) Lain-lain (sila nyatakan cadangan anda). Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Jawapannya ialah Pokok Sedar Sangat Tua, rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bawah carian entri “ancient”. | Istilah | 12.03.2014 |
Assalamualaikum.. Saya ingin memohon pandangan untuk menggunakan perkataan dalam Struktur Organisasi di sykt. saya seperti di bawah: Bahagian Perkhidmatan Keusahawanan ALI BIN ABU Sekian, terima kasih. NURUL SHAMSIAH SIDEK JABATAN SUMBER DAYA INSANI & PENTADBIRAN PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN USAHAWAN YaPEIM GRAND SEASONS AVENUE NO. 72, JALAN PAHANG KUALA LUMPUR. | Salam, Dicadangkan susunannya seperti dibawah: 1. ALI BIN ABU Bahagian Perkhidmatan Keusahawanan 2. NURUL SHAMSIAH SIDEK JABATAN SUMBER DAYA INSANI & PENTADBIRAN, PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN USAHAWAN YaPEIM, GRAND SEASONS AVENUE. NO. 72, JALAN PAHANG, _________ KUALA LUMPUR. Catatan: Poskod tidak disertakan. | Lain-lain | 29.09.2015 |
PENGESAHAN PAPAN IKLAN PENGGUNAAN BAHASA. | Untuk makluman puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut dan iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. Bagi iklan yang dilampirkan, mohon buat dulu pembetulan, seperti yang berikut: i. NO. 20A, UNIT 21-08, AVENUE CREST, JALAN XXX. - betulkan susunan alamat ii. TEL.: xxx - masukkan titik untuk singkatan | Lain-lain | 06.11.2023 |