Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi usu ~ out /at, to/, pukul rata, hitung panjang, rata-rata, purata: the profit ~d out at $200,000 a year, pukul rata keuntungan syarikat itu ialah $200,000 setahun; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. standard regarded as ordinary, sederhana: his ability is above (the) ~, kebolehannya lebih drpd sederhana; below (the) ~, kurang drpd sederhana; 2. normal rate, degree, amount, etc, pukul rata, rata-rata: he smokes an ~ of twenty cigarettes a day, rata-rata, dia menghisap dua puluh batang rokok sehari; 3. arithmetic mean, purata, pukul rata, hitung panjang: the ~ of 2, 4 and 6 is 4, purata bagi 2, 4 dan 6 ialah 4; law of ~s, hukum purata; on /an, the/~, pukul rata, hitung panjang, purata: on an ~ he comes in about three times a week, pukul rata, dia datang tiga kali seminggu; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. usual, typical, biasa: the ~ Malaysian, orang Malaysia biasa; the ~ skin, kulit yg biasa; 2. middling, ordinary, sederhana: a boy of ~ height, budak lelaki yg sederhana tingginya; her results are only ~, keputusannya sederhana sahaja; 3. equal to arithmetic mean, purata, pukul rata, hitung panjang: ~ cost, kos purata; ~ speed, kelajuan purata; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : vt 1. estimate the mean of, mencari purata bagi, memukulratakan: you should ~ your marks and compare them with those of other students, kamu patut mencari purata bagi markah kamu dan membandingkannya dgn markah penuntut-penuntut lain; 2. do, get, produce, etc, an average of, rata-rata: he ~s eight hours sleep a night, rata-rata dia tidur selama 8 jam setiap malam. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata average


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi "average annual growth rate" dan "average annual increase" untuk konteks ekonomi?Cadangan terjemahan bagi average annual growth rate dan average annual increase ialah "kadar pertumbuhan tahunan purata" dan "pertumbuhan tahunan purata".Penyemakan dan penterjemahan08.09.2015
1. Kemampuan di tahap sederhana (above average). Soalan: Ayat dalam kurungan mesti huruf besar ataupun huruf kecil? a) Kemampuan di tahap sederhana (above average). b) Kemampuan di tahap sederhana (Above average).Ejaan yang betul ialah "Kemampuan pada tahap sederhana (above average)".Ejaan04.10.2011
Tuan, apakah terjemahan yang paling tepat untuk istilah berikut: (i) Average variance extracted, (ii) indicator loading, (iii) cross loading, (iv) squared loading, (v) variance inflation factor. Terima kasih.

Mohon maaf, DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan.  Sila hubungi ITBM-Institut Terjemahan dan Buku Negara, 03-41451800 atau Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506

Penyemakan dan penterjemahan25.09.2014
Boleh saya dapatkan terjemahan untuk istilah berikut: i. xylol ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate iii. sperm mid-piece iv. straight-line velocity (VSL) v. average-path velocity (VAP) vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) vii. curvilinear velocity (VCL) viii. beat cross frequency (BCF) Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

i. xylol - xilol

ii. N-[2-hydroxyetil]piperazine-N’-[etanasulfonik asid] aluminium potassium sulphate dodecahydrate - N-[2-hidroksietil]piperazina-N'-[asid etanasulfonik] aluminium kalium sulfat dodekahidrat 

iii. sperm mid-piece - bahagian tengah sperma

iv. straight-line velocity (VSL) - halaju garis lurus

v. average-path velocity (VAP) - halaju laluan purata

vi. amplitude of lateral displacement of the centroid (ALH) - amplitud alihan sisi sentroid

vii. curvilinear velocity (VCL) - halaju garis melengkung

viii. beat cross frequency (BCF) - frekuensi silang rentak
Istilah15.04.2012
Salam, 1. Saya ingin memohon istilah terjemahan yang betul bagi perkataan berikut bagi tujuan penyediaan abstrak tesis PhD saya. i) learning gains ii) bite-sized lessons iii) class average normalized gain iv) flipped classroom 2) Adakah pihak DBP menyediakan perkhidmatan menyemak manuskrip yang telah diterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. TUntuk makluman tuan, tidak ada padanan bagi perkataan yang disenaraikan dalam pangkalan data kami, kecuali perkataan flipped classroom yang pernah dibincangkan dan diputuskan padanannya, iaitu pembelajaran flip. Perkataan learning gains boleh diterjemahkan kepada manfaat pembelajaran jika bersesuaian dengan konsepnya. Walau bagaimanapun tiada maklumat untuk istilah kedua dan ketiga.

Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen dengan kadar dan tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Penyemakan dan penterjemahan02.10.2017
Apakah cara penulisan nombor dalam ayat BM. Biasanya saya menulis " satu (1) kertas kerja", " dua puluh (20) kertas kerja". Penulisan Bahasa Inggeris ada peraturan bagaimana untuk menulis nombor 0-9 dan nombor dua digit contohnya, "I bought eight candy bars from the vending machine. I average eating 29 candy bars per month." Terima kasih.Dalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Frasa yang betul ialah "satu kertas kerja", " 20 kertas kerja".Tatabahasa04.03.2015
A laboratory-scale experiment, simulating a section of tunnel kiln, by scale 1:4, has been designed and constructed. Six different settings of brick arrangement have been experimentally examined for Reynolds numbers from 6000 to 33 000 and with constant heat flux. The measurements were carried out with bricks in the longitudinal direction of flow and transverse to it. Results are reported for local and average convection heat transfer coefficients and for pressure drop across the settings

Maaf soalan yang dikemukan tidak berkaitan.

Terima kasih kerana menggunakan Sistem Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP). Jika sdr. mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP, sdr. boleh mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. Perkhidmatan-perkhidmatan tersebut adalah seperti yang berikut:

 Khidmat Nasihat Bahasa membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa

Khidmat Nasihat Sastera membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang berikut:

  • Pertanyaan aktiviti sastera, hadiah, anugerah dan sayembara
  • Pertanyaan bimbingan dan bengkel penulisan/penyuntingan
  • Pertanyaan sastera kanak-kanak dan remaja
  • Carian pantun dan biodata penulis/penyair
  • Penyemakan bahasa Melayu klasik

Khidmat Nasihat Penerbitan menyediakan perkhidmatan perundingan dan khidmat nasihat yang meliputi:

  • Peluang penerbitan
  • Panduan penulisan buku
  • Hak cipta dan royalti.
  • Penyediaan manuskrip.
  • Proses penerbitan.

Khidmat Nasihat Korporat menyediakan perkhidmatan yang meliputi

  • Rujukan tentang dasar yang berkaitan dengan DBP.
  • Pertanyaan berkaitan perkhidmatan DBP.
  • Penglibatan masyarakat dengan aktiviti DBP
Lain-lain24.10.2010

Kembali ke atas