mana satukah ayat yang betul. "Siapa nama awak?" atau "Apa nama awak?" | Ayat yang betul ialah siapakah nama awak? ataupun nama awak siapa? | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Di manakah (kamu / awak) bersekolah? Simpan alat muzik (kamu / awak) dengan baik. Jawapan yang mana satu paling tepat? Apakah perbezaan antara 'kamu' dengan 'awak'? Sila berikan penerangan. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Melihat kepada makna kamus ayat 'Di manakah kamu/awak bersekolah? Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik' adalah betul. | Tatabahasa | 25.02.2011 |
Yang manakah lebih sesuai/betul bagi ayat-ayat di bawah? (Lihat lampiran) Saya mabuk pada malam itu. Saya mabuk malam itu. Awak ketawa pada saya? Awak ketawakan saya? Awak tertawakan saya? Apa patut saya lakukan? Apa saya patut lakukan? Saya tak boleh hilang muka di sini! Saya tak boleh jatuh air muka (di sini)! Jangan buatkan warga asing pandang rendah pada kita! Jangan biar warga asing pandang rendah terhadap kita! Berikan saya masa. Beri saya masa. Saya perlukan rehat. Saya berehat sekejap. (I need a break) Saya bencikan dia. Saya benci dia. Saya sangat kesunyian Saya amat sunyi. Bolehkah perkataan 'ke' digunakan seperti di bawah dalam penulisan tak rasmi? Seronok ke? Adakah sesuai untuk menggunakan perkataan 'tu' 'ni' 'dah' untuk sari kata di televisyen? Saya sering nampak perkataan-perkataan ini digunakan. Terima kasih. | Ayat yang betul: 1. Saya mabuk pada malam itu 2. Apa patut saya lakukan? 3. Ayat ini kedua-duanya salah 4. Jangan biarkan warga asing memandang rendah terhadap kita! 5. Berikan saya masa 6. Saya memerlukan rehat 7. Saya benci akan dia 8. Saya sangat kesunyian 9. Untuk penulisan tidak rasmi, terpulang kepada penulis. Sungguhpun begitu, kami menggalakan penggunaan perkataan dan ayat yang tepat dari segi tatabahasa. 10. Untuk penggunaan kata di televisyen, ejaan perkataan yang penuh mesti digunakan. | Tatabahasa | 30.08.2017 |
Salam. Apakah perbezaan antara "janji" dan "asalkan"? Contohnya dalam ayat berikut: Asalkan/Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Perkataan yang manakah lebih sesuai? Mengapa? | Janji ialah kata nama, asalkan ialah kata keterangan dan lazimnya hadir pada pertengahan ayat, seperti ... asalkan awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak. Ayat "Janji awak tak berasa kedatangan saya menyusahkan awak" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. | Tatabahasa | 15.06.2011 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "ke" yang seringkali menjadi pengganti perkataan "kah" seperti contoh: "Ada ke awak pasti" / "Adakah awak pasti". Bolekah ini diterima? Sekian, terima kasih! | Untuk makluman, ayat tanya yang betul ialah "Adakah awak pasti?". Manakala, ayat tanya "Ada ke awak pasti?" lazimnya hanya digunakan dalam bahasa lisan. | Tatabahasa | 21.04.2020 |
Yang mana satu betul? 1. Eh,mengapa awak lewat? 2. Eh,mengapa awak lewat! 3. Eh!Mengapa awak lewat? | Penggunaan yang betul ialah Eh! Mengapa awak lewat? | Tatabahasa | 17.02.2011 |
ayat manakah yang betul: 1. Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan? (Awak hendak meminjam buku cerita atau rujukan?) 2. Kamu hendak meminjam buku atau memulangkan buku? (Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?) 3. Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan? (Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau perpustakaan?) sekian, terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah "Awak hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan?" 2. Ayat yang betul ialah "Kamu hendak meminjam atau memulangkan buku?" 3. Ayat yang betul ialaj "Awak mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?" | Tatabahasa | 30.06.2013 |
Awak pandai memerah susu lembu. Ayat pasif yang berikut manakah betul? (a) Susu lembu pandai awak perah. (b) Susu lembu awak pandai perah. | Ayat pasif yang betul: Susu lembu awak pandai perah. | Tatabahasa | 11.11.2015 |
awak hendak makan apa? | Tiada pertanyaan yang dikemukakan. Secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa. | Lain-lain | 01.12.2013 |
"Awak hendak memulangkan buku saya itu, bila?" Tanya Arif kepada kawannya. tuan saya keliru, adakah selepas cakap ajuk, Tanya atau tanya digunakan? TQ | Bagi sebarang bentuk kata tanya sama ada menggunakan "kah" seperti bilakah atau tidak, seperti bila, hendaklah menggunakan tanda soal "?" | Lain-lain | 05.02.2012 |