Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya dapatkan pengesahan berikut dalam konteks terjemahan sari kata: 1. Awak semua / Kamu semua - berdasarkan pencarian saya, kedua-duanya diterima, betul? 2. Awak berdua / Kamu berdua - Soalan ini pernah ditanya dalam Khidmat Nasihat, jawapan yang diberikan ialah "Kamu berdua". Jika demikian, mengapa "Awak semua/Kamu semua" diterima dalam 1?
Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanapun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Contoh ayat ialah:
  • "Di manakah kamu/awak bersekolah?"
  • "Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik"
Tatabahasa26.06.2021
Adakah frasa di bawah betul ? 1. kami semua 2. kita semua 3. awak semua 4. kamu semuaFrasa yang gramatis ialah kami, kita, awak dan kamu.Tatabahasa11.07.2012
Saya telah mengajukan soalan ini namun jawapan yang diberi tidak menjawab soalan saya. Saya ingin tahu: 1. Awak berdua/Kamu berdua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? 2. Awak semua/Kamu semua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? Sebabnya, dalam Khidmat Nasihat, ada jawapan yang mengatakan "awak berdua" adalah salah, yang betul adalah "kamu berdua". Jawapan lain pula mengatakan "awak semua/Kamu semua" kedua-duanya betul. Ini menyebabkan kekeliruan.
Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanapun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Contoh ayat ialah:
  • "Di manakah kamu/awak bersekolah?"
  • "Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik"
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, puan bolehlah merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa28.06.2021
Ini kali ketiga saya mengajukan soalan yang sama dan jawapan tidak menepati soalan. Minta kerjasama untuk membaca soalan dan bukan sekadar copy paste jawapan. Saya tidak menanyakan perbezaan "awak" dan "kamu", saya menanyakan penggunaannya dalam konteks di bawah. Saya ingin tahu: 1. Awak berdua/Kamu berdua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? 2. Awak semua/Kamu semua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? Sebabnya, dalam Khidmat Nasihat, ada jawapan yang mengatakan "awak berdua" adalah salah, yang betul adalah "kamu berdua". Jawapan lain pula mengatakan "awak semua/Kamu semua" kedua-duanya betul. Ini menyebabkan kekeliruan.Puan yang budiman,

Penggunaan awak berdua/kamu berdua dan awak semua/kamu semua adalah boleh digunakan tetapi perlu merujuk konteks penggunaan kata berkenaan. Sila rujuk penerangan sebelum ini atau puan boleh merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk penerangan lebih lanjut. 
Tatabahasa29.06.2021
Apakah perbezaan penggunaan dalam kata ganti nama diri `kamu' dan `kalian'?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'kamu' bermaksud kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau. Kalian bermaksud awak semua atau kamu semua. Walau bagaimanapun, kalian merupakan bahasa percakapan dan perkataan yang betul ialah sekalian.Makna08.02.2012
"Kamu" digunakan untuk menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu sahaja ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kamu bermaksud 1. kata ganti diri kedua (orang yang menjadi lawan bercakap), awak, engkau 2. bererti atau sama dengan kamu sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua. Berdasarkan maksud yang diberikan, kamu boleh menunjukkan bilangan orang yang banyak atau satu orang sahaja.Makna14.04.2011
"Adakah ...................sudah menyiapakan kerja rumah yang saya berikan semalam? tanya Cikgu Zamzarina kepada murid-muridnya. Apakah jawapan bagi soalan di atas ? Anda, awak atau kamu? Apakah perbezaan ketiga-tiganya. Nyatakan contoh penggunaan dalam ayat atau situasi.Ketiga-tiga jawapan (anda, awak, kamu)yg diberi adalah betul tetapi yg paling tepat ialah kamu kerana kamu selain berfungsi sbg kata ganti diri kedua awak, engkau; juga membawa makna sekalian, engkau sekalian, engkau (awak) semua; dlm cth ayat yg diberi murid-muridnya. Anda dan awak sama sama fungsinya, kata ganti nama diri keduaTatabahasa13.08.2007
1. apakah/siapakah nama yang akan awak berikan kepada anak awak ini? 2. adakah semua ayat larangan, suruhan,perintah dan silaan tidak perlu menggunakan imbuhan pada kata kerjanya? 3. budak itu menawarkan tempat duduknya kepada orang tua itu. bolehkah kita menggunakan "menawarkan" dalam ayat tersebut?

Saudara,

1. Perkataan yang betul ialah siapakah. 2. Mengikut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 448-452, bagi kata kerja transitif yang menerima awalan meN- awalan digugurkan. Contohnya:  Keluar dari bilik ini; Jangan ambil harta orang; Sila datang ke rumah saya.

Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan.  Contohnya: Menangislah sepuas-puas hatimu; Berdermalah kepada anak-anak yatim.   

Tatabahasa13.10.2009
Apakah perbezaan antara " kamu" dengan "kalian"?Kamu ialah kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), ataupun awak, engkau, manakala kalian ialah bahasa percakapan bagi awak (kamu) semua. Oleh itu untuk situasi rasmi kamu paling sesuai digunakan.Makna08.08.2008
Hi, nak tanya ayat berikut boleh digunakan tak? Jika tidak, apa yang sesuai? 1. Kanak-kanak semua suka binatang kecil. 2. Bilakah tarikh hari jadi awak? 3. Saya tidak berminat terhadap mendaki gunung. (atau berminat dalam?) 4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Tidak mirip. Mohon jawapan dari pihak tuan. Terima kasihAyat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Semua kanak-kanak suka akan binatang kecil/Semua kanak-kanak menyukai binatang kecil.
2. Bilakah tarikh hari jadi awak?
3. Saya tidak berminat dalam aktiviti mendaki gunung/Saya tidak berminat untuk mendaki gunung.
4. Apakah yang awak lukis? Adakah panda? Nampaknya tidak seperti panda.
Tatabahasa20.06.2019
12

Kembali ke atas