Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.wal] | اول

Definisi : 1. sebelum waktu yg biasa (yg dijang­ka­kan, ditetapkan, dsb), terlebih dahulu (drpd yg lain): dia datang ke pejabat ~; kereta api tiba ~ sedikit drpd jadualnya hari ini; 2. baha­­gian yg mula-mula (cerita dll), lwn akhir: ceritakan dari ~ hingga akhir; 3. permulaan (sesuatu jangka waktu): pd ~ tahun ini; ~ mula mula-mula sekali; ~ bermula ... pd permulaannya ...;berawalkan bermula dgn, mempunyai (sesuatu) sbg unsur yg mula-mula: bentuk-bentuk dasar kata yg ~ konsonan; mengawalkan membawa ke waktu atau tarikh yg lebih awal, mempercepat;terawal 1. lebih awal (dahulu) drpd yg dijangkakan (ditetapkan dsb); 2. paling awal; awalan imbuhan di depan kata dasar (spt me, ber, ke, per, ter);berawalan mempunyai awalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.wal] | اول

Definisi : mula-mula sekali; permulaan: Pd ~ bulan depan, saya akan ke Singapura. berawal ada awalnya; ada permulaannya: kisah yg tidak ~ dan tidak berakhir. berawalkan mempunyai sesuatu sbg unsur yg mula-mula: kata yg ~ konsonan. mengawalkan membawa ke waktu atau ke tarikh yg lebih awal: Mesyuarat itu telah diawalkan atas sebab-sebab tertentu. awalan imbuhan di depan sesuatu kata dasar (spt ber-, me-, per-, dan ter-). berawalan mempunyai awalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awal

Puisi
 

Dari awal sampai ke akhir,
     Limau lelang saya kupaskan;
Singa bersoal garoda berfikir,
     Rimau garang saya lepaskan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1.Abu dan Ali membawa Ahmad di/ke taman. 2.Ani bangun awal/awal-awal pagi. 3.Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh. 4.Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah,tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan/di gerai tepi jalan. 8.Beca merupakan kenderaan bermotor tiga. 9.Di manakah pasar raya itu terletak?/Di manakah terletak pasar raya itu?

 Ayat yang betul ialah seperti yabg berikut: 1. Abu dan Ali membawa Ahmad ke taman. 2. Ani bangun awal pagi. 3. Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh (kedua-duanya betul). 4. Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah, tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan. 8. Beca merupakan kenderaan beroda tiga. 9. Pasar raya itu terletak di mana?

Tatabahasa07.04.2010
abang tidak mahu saya bercerita tentang dasar sejak awal-awal lagi setelah bekerja, dasarnya kita mempunyai tanggungjawab yang besar. (tuan, adakah kedua-dua ayat ini menggunakan perkataan dasar dengan betul, kalau salah, apakah perkataan yang sesuai digantikan? TQ)

Abang tidak mahu saya bercerita tentang dasar sejak awal-awal lagi setelah bekerja, dasarnya kita mempunyai tanggungjawab yang besar. Penggunaan dasar dalah ayat ini kurang tepat kerana dasar bermaksud polisi yang lazimnya digunakan dalam sesebuah organisasi. Sila rujuk kamus dan gantikan dengan perkataan lain yang sesuai dengan konteks ayat dan maksud yang saudara hendak sampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Bangunlah awal-awal jika takut bas meninggalkan anda. tuan, apakah kesalahan ayat ini?TKAyat tersebut tidak gramatis. Ayat yang betul: Bangunlah awal pagi jika takut ketinggalan bas.
Tatabahasa20.02.2013
Saya ingin merujuk kepada istilah iaitu antara "awal bacaan" , "bacaan awal" dan "awal membaca". Istilah mana yang betul untuk penulisan dalam teks?Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah bacaan awal yang merupakan padanan daripada istilah bahasa Inggeris "initial reading". Istilah "awal bacaan" dan "awal membaca" tidak terdapat dalam pangkalan data kami.Istilah05.05.2012
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak.' Itulah ayat yang saya baca dalam sebuah buku, tetapi saya juga pernah baca ayat seperti berikut: 'Awal KEESOKAN PAGINYA, kami...' Saya tertanya-tanya sama ada struktur untuk menyatakan masa telah ditentukan atau tidak?'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak. - ayat ini betul kerana kerana yang awal ialah pagi (awal pagi) bukan keesokan.Tatabahasa09.07.2010
Yang manakah yang betul; Di awal ....... atau Pada awal......Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah darupada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya: di angkasa ; di bawah ; di Johor ; dan di tepi. Kata sendi nama "di" tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Kata sendi nama yang sesuai yang menerangkan waktu, masa atau zaman ialah kata sendi nama "pada". Contohnya: pada abad ke-20 ; pada zaman ini ; pada awal ; dan pada saat ini. Sekian, terima kasih.Tatabahasa06.12.2006
Rabiul AwalRabiul AwalEjaan24.01.2011
Kesalahan penggunaan kata 'ianya' di awal ayat.Di awal atau pertengahan ayat hanya kata ia sahaja yang betul dan boleh digunakan kerana ia merupakan kata ganti nama diri orang ketiga, manakala kata ianya salah tidak boleh digunakan langsung kerana nya juga ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sekiranya ia + nya disekalikan, maka akan terjadi unsur lewah.Tatabahasa07.02.2010
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagiAntara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut.Makna19.10.2011
12345678910...

Kembali ke atas