Harap pihak tuan dapat mengesahkan sama ada ayat di bawah ini tepat atau tidak. 1.Abu dan Ali membawa Ahmad di/ke taman. 2.Ani bangun awal/awal-awal pagi. 3.Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh. 4.Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah,tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan/di gerai tepi jalan. 8.Beca merupakan kenderaan bermotor tiga. 9.Di manakah pasar raya itu terletak?/Di manakah terletak pasar raya itu? | Ayat yang betul ialah seperti yabg berikut: 1. Abu dan Ali membawa Ahmad ke taman. 2. Ani bangun awal pagi. 3. Baju-baju ini belum berbasuh/dibasuh (kedua-duanya betul). 4. Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik di dunia. 5.Forum itu memberikan pendedahan kepada murid-murid. 6.Hah, tahu pun kamu takut! 7.Ayob makan di gerai di tepi jalan. 8. Beca merupakan kenderaan beroda tiga. 9. Pasar raya itu terletak di mana? | Tatabahasa | 07.04.2010 |
'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak.' Itulah ayat yang saya baca dalam sebuah buku, tetapi saya juga pernah baca ayat seperti berikut: 'Awal KEESOKAN PAGINYA, kami...' Saya tertanya-tanya sama ada struktur untuk menyatakan masa telah ditentukan atau tidak? | 'Awal PAGI KEESOKANNYA, kami bersedia bertolak. - ayat ini betul kerana kerana yang awal ialah pagi (awal pagi) bukan keesokan. | Tatabahasa | 09.07.2010 |
Bangunlah awal-awal jika takut bas meninggalkan anda. tuan, apakah kesalahan ayat ini?TK | Ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang betul: Bangunlah awal pagi jika takut ketinggalan bas.
| Tatabahasa | 20.02.2013 |
Assalamualaikum, perkataan apa yang lebih sesuai? ; Kita hendaklah bangun awal pagi biarpun/walaupun pada hari kelepasan am | Kedua-dua perkataan boleh digunakan kerana sama maksudnya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maksud kedua-dua perkataan tersebut. | Tatabahasa | 17.10.2008 |
Assalamualaikum, perkataan apa yang lebih sesuai? ; Kita hendaklah bangun awal pagi biarpun/walaupun pada hari kelepasan am | Kedua-dua perkataan boleh digunakan kedua-dua perkataan sama maksudnya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna biarpun dan walaupun. | Tatabahasa | 17.10.2008 |
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagi | Antara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut. | Makna | 19.10.2011 |
Salam sejahtera, 1. Kanak-kanak bermain gelongsor / papan gelongsor di taman permainan.(yang mana satu betul) 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan/ sisa-sisa makanan tidak terselit di/pada celah-celah gigi. 3. Sejak pagi lagi/ Sejak dari awal pagi lagi, dia sudah mula mengerjakan sawah.(sejak dan dari ialah kata sendi nama.'sejak pagi lagi'yang betul? | 1. Kanak-kanak bermain papan gelongsor di taman permainan. 2. Kita harus memberus gigi dengan cara yang betul supaya sisa makanan tidak terselit di celah gigi. 3. Sejak pagi lagi.... | Lain-lain | 11.10.2018 |
Pemenggalan masa adalah seperti yang berikut: 1.00 a.m. - 11.59 a.m. - pagi 12.00 p.m. - 1.59 p.m. - tengah hari 2.00 p.m. - 6.59 p.m. - petang 7.00 p.m. - 11.59 p.m. - malam 12.00 a.m. - 12.59 - tengah malam Merujuk kepada pemenggalan di atas, '12.00 am - 12.59 am' bolehkah juga digunakan awal pagi atau pagi? | Pemenggalan waktu: i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59 ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59 iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59 iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59 v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59 Untuk makluman tuan, pemenggalan waktu ini telah mantap dan tidak ada perubahan tentang istilah yang digunakan. | Tatabahasa | 23.08.2015 |
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? TERIMA KASIH!!!! | 1. Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. 2. Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. | Lain-lain | 27.04.2014 |
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? *****Jika murid meletakkan (dia)dalam ayat tersebut,adakah boleh diterima******Terima kasih!!!!! | Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514 di bawah tajuk Ayat Keterangan. Ayat Keterangan terdiri daripada Ayat induk + Kata hubung + Ayat Keterangan. Berdasarkan rumus yang tersebut, ayat yang betul ialah: Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya dia tidak terlewat ke sekolah; dan Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. | Tatabahasa | 28.04.2014 |