tempat letak kereta awam atau tempat meletak kereta awam atau tempat meletakkan kereta awam ? terima kasih dan selamat berpuasa. | Tuan boleh menggunakan Tempat Letak Kereta Awam atau Medan Kereta Awam untuk papan tanda, namun sekiranya dalam ayat lengkap sila gunakan tempat meletakkan kereta awam. Contoh ayat: Tempat meletakkan kereta awam di pasar raya sentiasa penuh. | Tatabahasa | 04.07.2014 |
definisi sebenar kemudahan awam dan cara mengatasi gejala merosakkan kemudahan awam | Kemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau jalan raya, padang permainan, dewan serbaguna, pasar, sekolah, dan pejabat kerajaan. Gejala merosakkan kemudahan awam boleh merugikan semua pihak. Rakyat harus menghargai kemudahan awam ini dan menjaganya dengan baik demi kebaikan bersama. Elakkan sikap vandalisme. | Makna | 09.02.2008 |
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business) | Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan. | Makna | 11.08.2008 |
assalamualaikum boleh saya semak tentang penggunaan perkataan PUBLIK. Adakah boleh digunakan dalam penulisan kita? Contoh...Talian ini dibuka kepada publik untuk mengemukakan aduan atau pertanyan. | Waalaikumussalam. Untuk makluman tuan/puan, lazimnya di Malaysia dan Brunei perkataan “orang awam” atau “awam” digunakan untuk maksud “public”. Namun, perkataan “publik” banyak digunakan di Indonesia. Jika sasaran pembaca untuk penulisan tuan adalah untuk orang Malaysia/Brunei, perkataan “orang awam” atau “awam” lebih sesuai digunakan. | Istilah | 10.08.2017 |
Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih. | Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih. Tidak jelas maksud BERDOMENTARI dalam tajuk pertandingan yang ditanya. Namun jika pertandingan pengucapan awam ini tentang kebitaraan sekolah secara dokumentari tajuk yang betul ialah PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM KEBITARAAN SEKOLAH BERDOKUMENTARI. | Tatabahasa | 31.12.2013 |
Bilakah kita gunakan perkataan "Kerajaan" dan "Perkhidmatan Awam" dengan huruf besar, dan bila pula dengan huruf kecil (iaitu "kerajaan" dan "perkhidmatan awam")? | Untuk penggunaan secara umum, perkataan kerajaan dan perkhidmatan awam ditulis dengan huruf kecil, namun jika merujuk konteks khusus dan sebagai nama khas, perlu ditulis dengan huruf besar. Contohnya Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 16.04.2013 |
Salam sejahtera, Saya mahu bertanya perbezaan antara perkaatan awam dan umum. Saya menulis "masyarakat awam" di peperiksaan, tetapi cikgu saya berkata bahawa "umum" harus digunakan. | 1. Awam - 1. berkenaan (melibatkan dan sebagainya) orang ramai sebagai suatu keseluruhan: 2. untuk atau terbuka kepada semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa untuk golongan dan sebagainya tertentu):3. bukan tentera atau polis dsb 2. Umum - secara keseluruhan (tidak pada atau mengenai yang tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lawan khusus (khas) Kedua-dua perkataan tersebut bolah digunakan dalam konteks ayat yang diberikan kerana membawa maksud yang sama. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya, perkataan yang digunakan ialah masyarakat awam. | Makna | 11.09.2017 |
ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang penggunaan bahasa dalam sektor awam.adakah buku mengenai penggunaan bahasa dalam sektor awam diterbitkan?boleh senaraikan.terima kasih. | Bahasa Malaysia: pandangan pentadbir di sektor awam | A. M. S | Pelita Bahasa | 01/03/1989 | Terperinci Bahasa Melayu di sektor awam: penggunaannya bagaimana? | Nor Hashimah Jalaluddin | Dewan Bahasa | 01/08/2001 | Terperinci Kecemerlangan berbahasa Melayu di sektor awam | Abang Patdeli Abang Muhi | Pelita Bahasa | 01/12/1995 | Lain-lain | 24.03.2008 |
apakah ejaan yang tepat untuk perkataan disamping atau di samping (jarak di dan samping)memperkasakan perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam. disemua peringkat penggubal dasar atau pelaksana dasar | Ejaan yang tepat ialah di samping . Ejaan 'disemua peringkat' harus dijarakkan --> di semua peringkat . | Ejaan | 02.05.2014 |
Saya ingin memohon semakan kata nama am dan khas daripada pihak DBP merujuk kepada perkataan-perkataan yang dilampirkan di bawah; 1. Perbadanan Awam atau perbadanan awam? 2. Badan Berkanun atau badan berkanun? 3. kategori kata nama bagi 'Suruhanjaya', 'kerajaan', 'pihak berkuasa' 4. Bumiputera Sabah atau bumiputera Sabah? 5. agensi separuh kerajaan atau Agensi Separuh Kerajaan? 6. 'Terdapat 2 jenis jabatan...' atau 'Terdapat dua jenis jabatan...' Terima Kasih. | Ejaan yang betul ialah perbadanan awam, badan berkanun, suruhanjaya, kerajaan, pihak berkuasa, bumiputera Sabah, agensi separuh kerajaan dan jabatan. | Tatabahasa | 01.12.2014 |