Soalan: Siapakah yang membakar sampah itu? Jawapan 1: Yang membakar sampah itu ialah ayah. Jawapan 2:Ayah yang membakar sampah itu. Manakah satukah jawapan yang betul. Terima kasih. | Yang membakar sampah itu ialah ayah. Ayah yang membakar sampah itu. Kedua-dua jawapan ini betul.
| Tatabahasa | 24.06.2015 |
Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar? | Ibu dan ayah Ai Ling suka menanam pokok bunga. Dalam ayat ini,adakah ayah Ai Ling merupakan kata nama khas hidup manusia?Adakah ayah Ai Ling-ayah dikehendaki huruf besar? Kata'ayah' ialah kata nama am hidup manusia, iaitu bersifat hidup dan mendukung makna nama am. Kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6 - Kata nama. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
berjoging bersama-sama dengan ayah. berjoging bersama-sama ayah. berjoging bersama dengan ayah. ayat yang mana satu betul?terima kasih atas bantuan | Ayat yang betul ialah berjoging bersama-sama ayah | Tatabahasa | 07.03.2019 |
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul? | Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Tatabahasa | 02.05.2012 |
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) Ayat majmuk di bawah, yang mana satu betul? 1) Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2) Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Merujuk ayat tersebuu, ayat majmuk yang betul ialah Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. | Tatabahasa | 15.03.2012 |
assalam, di sini saya ada sedikit kekeliruan, mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan: cth: Ayah Salima or ayah Salima perkataan 'ayah' perlu dimulai dengan huruf besar atau kecil? contoh lain: abang Daniel (abang kepada Daniel) abang Daniel (panggilan untuk seorang abang) perkataan 'abang' perlu dimulai dengan huruf besar atau kecil? | Jika perkataan ayah dan abang berada dalam ayat dituis dengan huruf kecil seperti Ali sangat menghormati keperibadian ayah Ahmad. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
Sila tanya. Ayat yang manakah betul? Ayah seorang polis. atau Ayah ialah seorang polis. atau Ayah adalah seorang polis. Terima kasih. | Tuan, Memadai sekiranya ditulis "Ayah seorang polis" sahaja. Terima kasih. | Tatabahasa | 15.02.2016 |
Salam sejahtera. Adakah ayat pasif berikut betul? 1. Saya diberi ayah sebuah basikal. 2. Saya diberi sebuah basikal oleh ayah. 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya. 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah. | Ayat pasif yang betul ialah 3. Sebuah basikal diberikan oleh ayah kepada saya dan 4. Sebuah basikal diberikan kepada saya oleh ayah. | Tatabahasa | 18.04.2020 |
Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah. dipasifkan menjadi Kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah disambut oleh ayah saya. tau Kedatangan biras ayah dari Sabah disambut olehnya | 'Ayah saya menyambut kedatangan birasnya yang baru tiba dari Sabah' dipasifkan menjadi 'Kedatangan biras ayah yang baru tiba dari Sabah disambut olehnya' | Tatabahasa | 09.03.2011 |
Ayat yang manakah betul? A) Ayah mengambil berat tentang anaknya. B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. C) Ayah mengambil berat akan anaknya. | Ayat yang betul ialah B) Ayah mengambil berat terhadap anaknya. | Tatabahasa | 13.04.2012 |