| APAKAH JAWAPAN YANG SESUAI BAGI SOALAN BERIKUT YANG DIPETIK DARIPADA KERTAS SOALAN PENILAIAN SEMESTER PERTAMA SJK(C) PUAY CHAI 2, BANDAR UTAMA : PUAN YONG SEDANG ........... KULIT AYAM YANG BARU DIBELINYA. A) MENYIANG B) MENGUPAS C) MENYIAT D) MELAPAH PADA PANDANGAN SAYA, JAWAPAN IALAH C, TETAPI CIKGU MENYATAKAN BAHAWA JAWAPANNYA IALAH A. TERIMA KASIH. JESSICA | Puan Jesica, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. menyiang (ikan, ayam dsb)utk: selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pd pagi itu. mencarik halus-halus (dgn tangan, gigi, paruh, dll), mencarik (kertas), manakala menyiat bermakna mengoyak (kulit drpd daging, kertas, dll), melihat daripada makna yang diberikan dalam kamus dewan, kedua-duanya boleh digunakan. Namu pada kebiasaannya perkataan yang lebih tepat ialah menyiat. Terima kasih | Makna | 17.03.2009 |
| Boleh saya tahu perbezaaan kampung dan desa? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020): desa kata nama 1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar yang dihuni oleh sekelompok masyarakat dan biasanya terdapat kemudahan seperti masjid, klinik dan sekolah; 2 bahasa klasik daerah, kawasan atau tempat; kampung kata nama 1 kawasan kediaman yang terletak jauh dari bandar, dan biasanya terdiri daripada sekumpulan rumah serta bangunan lain seperti masjid, balai raya dan sekolah: Setelah tamat SPM, aku meninggalkan kampung utk berhijrah ke Kuala Lumpur. 2 kawasan yang terletak dalam bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: Kampung Jawa yang terletak di tengah-tengah bandar Serian itu dihuni oleh masyarakat Jawa yang berasal dari Pulau Sumatera, Indonesia. 3 Negeri Sembilan kawasan di keliling rumah seseorang atau beberapa buah rumah kepunyaan ahli daripada keluarga yang sama yang biasanya dilingkungi pagar; 4 Minangkabau daerah di desa atau bandar yang lebih kecil daripada negeri tetapi lebih besar daripada dusun, di bawah jagaan seorang ketua yang dipilih oleh penduduk setempat daripada kalangan ketua dusun; Kata adjektif 5 (berkenaan dengan hasil tanaman, ternakan dan sebagainya) dihasilkan dengan cara tradisional, misalnya tanpa penggunaan mesin canggih, bahan kimia dll: kopi kampung; ayam kampung; 6 kiasan (berkenaan dengan pemikiran, gaya hidup dan sebagainya) tidak moden atau ketinggalan zaman: Datuknya masih kampung. Kesimpulannya, desa dan kampung ada persamaan dan perbezaan dari segi pecahan makna. | Makna | 10.07.2024 |