ayam goreng itu hangus/hangit kerana api terlalu besar. mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan di antaranya? adakah hangit hanya boleh digunakan untuk makanan? | Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar". Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Saya mempunyai kekeliruan tentang kata kerja transitif. Di katakan bahawa kata kerja transitif aktif memerlukan objek selepas kata kerja. Contoh 1: Adik sedang makan ayam goreng di dapur Di mana ayam goreng merupakan objek. Contoh 2: Ayah sedang makan di atas rumah. Di mana tiada objek. Adakah ayat pada contoh 2 salah. Sekiranya ayat tersebut betul, saya inginkan penjelasan lebih lanjut. Terima kasih. | Kata kerja transitif memerlukan objek atau penyambut selepas kata kerja. Ayat pertama objeknya ialah ayam goreng. Ayat kedua juga merupakan ayat transitif dengan kata kerjanya makan. Dalam ayat kedua ini berlaku pengguguran atau peniadaan objek(object deletion). | Tatabahasa | 19.03.2008 |
Salam.. Terima kasih atas khidmat DBP. Saya musykil dengan Hukum D-M iaitu istilah bagi makanan contohnya, istilah yang betul ialah kari ayam dan juga rendang ayam tetapi bagaimana dengan istilah ayam goreng / ayam golek/ ayam bakar? Harap saudara/i dapat jelaskan. | Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Kari dan rendang ialah unsur inti (nama masakan) manakala ayam ialah unsur penerang (jenis masakan). Bagi ayam goreng, ayam golek, ayam bakar, unsur inti ialah ayam (benda yang dimasak), manakala goreng, golek dan bakar ialah unsur penerang (cara masakan). | Tatabahasa | 04.03.2009 |
Ayah sangat gemar akan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu. (munsyi, apakah perkataan yang sesuai menggantikan dibaluti? terima kasih) | Perkataan yang sesuai ialah disaluti. | Lain-lain | 14.01.2014 |
Fatimahwati Wahid Jul 11th, 1:59am As salam...ingin bertanya lagi. Yang mana satu betul.... pisang goreng atau goreng pisang? Adakah cara penggunaanya berbeza? | Pisang goreng ialah pisang yang telah digoreng,iaitu sejenis makanan dan tergolong dalam kategori kata nama, contoh lain seperti ayam goreng, mi goreng, nasi goreng. Manakala goreng pisang merupakan perbuatan menggoreng pisang, iaitu memasak pisang dengan minyak. | Tatabahasa | 11.07.2014 |
Sila nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah. Sekiranya ayat-ayat di bawah salah, sila betulkan kesalahan ayat. 1. Berapa kalikah kamu minum susu dalam sehari? 2. Berapa orangkah yang bertugas pada setiap malam? 3. Berapa ketulkah kita boleh makan ayam goreng dalam sehari? Terima kasih. :) | Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadiran dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel-kah. Penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut: - Berapakah kali kamu minum susu dalam sehari?
- Berapakah orang yang bertugas pada setiap malam?
- Berapakah ketul kita boleh makan ayam goreng dalam sehari?
| Tatabahasa | 16.02.2014 |
Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Ayam yang digoreng oleh kakak telah________kerana api terlalu besar. A. Hangus B. Hangit C. Rentung D. Lemau Harap tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih. | Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar". Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). | Tatabahasa | 12.12.2013 |
Assalamualaikum, Saya keliru dengan penggunaan hukum D-M dalam nama makanan. Yang mana satukah yang benar? Rendang ayam atau ayam rendang? Kari ayam atau ayam kari? Ungkep ayam atau ayam ungkep? Ayam kicap atau kicap ayam? Saya selalu mendengar ayam rendang dan rendang ayam dan kedua-duanya membawa maksud sama, kari ayam, jarang mendengar ayam kari, ungkep ayam dan jarang sekali ayam ungkep dan ayam kicap dan tidak pernah terdengar pula kicap ayam. Diminta untuk jelaskan. | Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Bagi nama menu, kari, rendang ialah unsur inti (nama masakan) manakala ayam, daging, kerang ialah unsur penerang (jenis masakan), maka nama menu yang terhasil ialah kari ayam, kari daging, rendang ayam, rendang daging, rendang kerang. Bagi ayam goreng, ayam golek, ayam bakar, unsur inti ialah ayam (benda yang dimasak), manakala goreng, golek dan bakar ialah unsur penerang (cara masakan). | Tatabahasa | 29.12.2017 |
apa perbezaan mee sup dan sup ayam, kenapa pekataan sup untuk mee itu dibelakang,manakala pekataan sup untuk ayam terletak didepan | Jika memperkatakan jenis masakan mi, maka mi disebut dahulu, contohnya mi sup, mi goreng, mi bandung dan sebagainya dan jika memperkatakan jenis masakan sup, maka sup disebut dahulu, contohnya sup ayam, sup daging, sup sayur dan lain-lain. | Tatabahasa | 09.12.2009 |
Tuan, Adakah ayat ayat di bawah betul?Jika tidak,sila betulkan. 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan goreng cempedak buat birasnya yang baru sampai. 2.Ratus ratusan ayam kampung berjaya diternak oleh belia-belia kampung melalui program tersebut. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan. | Ayat yang betul ialah: 1.Ibu sibuk menyediakan hidangan cempedak goreng untuk birasnya yang baru sampai. 2.Belia di kampung tersebut berjaya menternak ratusan ayam kampung melalui program yang dianjurkan. | Tatabahasa | 01.08.2018 |