Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tunggal (adjektif)
Bersinonim dengan satu, satu-satunya, mufrad, hanya satu, tiada yang lain, teramung, esa, wahid;,
Kata Terbitan : menunggalkan, ketunggalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
binaan ayat tunggal?Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Untuk maklumat lanjut, Saudara boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 420.Tatabahasa12.02.2007
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk. 1)Ayesha berjoging pada waktu pagi. Ayesha berjoging pada waktu petang.(atau) Jawapan: 2)Ibu minum teh di rumah. Ibu minum teh di kafe.(atau) Jawapan:1) Ayesha berjoging pada waktu pagi dan petang. 
2) Ibu minum teh di rumah dan di kafe.
Tatabahasa04.04.2013
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk. 1)Ayesha berjoging pada waktu pagi. Ayesha berjoging pada waktu petang.(atau) Jawapan: 2)Ibu minum teh di rumah. Ibu minum teh di kafe.(atau) Jawapan:

1) Ayesha berjoging pada waktu pagi dan petang.

2) Ibu minum teh di rumah dan di kafe.

Tatabahasa03.04.2013
Dalam buku teks Tahun 5. Ada dinyatakan perluasan subjek bagi ayat tunggal. Mohon diberikan contoh.Selamat petang

Contoh perluasan subjek bagi ayat tunggal dalam Buku Teks Tahun 5

1. Farhana berwajah ceria. Farhana murid Tahun 5 Elit. Peluasan subjek: Farhana murid tahun 5 Elit berwajah ceria.
Tatabahasa10.11.2016
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi satu ayat majmuk. Adi akan berkhatan. Adi bertanya tentang kesakitan berkhatan. Adi bertanya kepada abangnya yang sudah berkhatan.Adi akan berkhatan dan dia bertanya tentang kesakitan berkhatan kepada abangnya yang sudah berkhatan.Tatabahasa02.11.2015
Berikan contoh ayat tunggal yang mengandungi keterangan bahagian predikatnya.tqvm

Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh ayat tunggal  yang mengandungi keterangan bahagian predikatnya ialah:

1. Ali mandi di sungai - (di sungai - keterangan)

2. Mereka datang dengan kereta api - (dengan kereta api - keterangan) 

Tatabahasa06.11.2011
Salam, soalan1 -apa itu ayat tunggal?Boleh beri contoh? Soalan2-apa itu ayat majmuk?Boleh beri contoh?Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh ayat tunggal ialah Ali berjalan kaki. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh ayat majmuk ialah Guru Sekolah saya tekun dan berdedikasi. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497.Tatabahasa05.01.2010
Salam, bolehkah saya dapatkan jawapan untuk soalan ini? Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk I) Penduduk di Kampung Sejahtera menyedari sesuatu. Kampung mereka dilanda banjir.Jawapan yang betul ialah Penduduk di Kampung Sejahtera menyedari kampung mereka dilanda banjir.Tatabahasa16.05.2017
Apa beza ayat penyata dengan ayat tunggal?Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh : Dia wartawan.  Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Contoh : Ayah Ali peguam. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, Bab 16 dan 17.Makna23.07.2008
Adakah ayat tunggal dan ayat majmuk tergolong dalam jenis ayat?Ayat tunggal dan ayat majmuk bukanlah jenis ayat. Jenis ayat terbahagi kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.Tatabahasa25.04.2014
12345678910...

Kembali ke atas