| Mohon pencerahan. 1. Satu rampasan dadah terbesar... atau Satu rampasan terbesar dadah... 2. Sungguh amat ayu gadis itu : Adakah ayat ini salah ? 3. Janji temu @ temu janji ? Terima kasih. | 1. Frasa yang betul ialah "rampasan dadah terbesar". 2. Frasa yang betul ialah "sungguh ayu" atau "amat ayu". 3. Janji temu. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
| Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, dalam ayat "Siapakah gadis yang berwajah ayu itu?", adakah subjek merupakan gadis? Dan adakah ini ayat songsang atau biasa? Bagaimana tukar ayat ini jadi ayat biasa? Terima kasih | Dalam tatabahasa bahasa Melayu, susunan dasar ayat ialah Subjek (S) + Predikat (P). Walau bagaimanapun, ayat ini dikategorikan sebagai ayat songsang kerana berlaku pendepanan predikat: -
Predikat: Siapakah (Berada di hadapan ayat untuk penekanan). -
1,0">1,0" data-index-in-node="0">Subjek: Gadis yang berwajah ayu itu. Untuk menukarkan ayat ini kepada susunan Ayat Biasa (S + P), kita perlu meletakkan subjek di hadapan semula, iaitu "Gadis yang berwajah ayu itu siapa?" | Tatabahasa | 13.04.2026 |
| 1. Saya ingin mengetahui perbezaan makna rangkai kata ' pada peringkat' dengan ' di peringkat'. 2.Yang manakah ayat yang betul (a)Saya berjaya mencatat kemenangan dalam perlumbaan itu. ATAU (b) Saya berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlumbaan itu. | Kata <i>dii> digunakan untuk tempat sahaja. Kata <i>padai> digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. <i>Contoh: i> a. <i>Dii> musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (salah) ~ <i>Pada i>musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (betul) b. Ayu berkebun <i>pada i>belakang rumah. (salah) ~ Ayu berkebun <i>dii> belakang rumah (betul) Untuk yang manakah ayat yang betul, ayat (b) ialah ayat yang betul untuk digunakan. | Tatabahasa | 07.10.2017 |
| 1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku). | 1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
| Assalamualaikum. Tuan, mohon bantuan Adakah penggunaan kata 'kerja buat' istilah yang betul dalam pembinaan ayat mahupun percakapan. | 1. Tidak ada frasa "kerja buat" dalam pangkalan data kami. Jika ada contoh penggunaan frasa tersebut sila maklumkan kepada kami untuk kami mengenal pasti/mencadangkan makna yang sesuai. 2. Perkataan yang betul ialah Membuat Kerja contohnya, Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) | Tatabahasa | 27.06.2019 |
| Minta semakan tatabahasa bagi laporan berita dibawah. Terima kasih. JOHOR BAHRU, 16 Mei 2026 - Kelab A UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM telah menganjurkan dengan jayanya Program Basic Life Support Training di Aras 1 Pusat Kesihatan UTM. Penganjuran program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kritikal bagi menghadapi situasi kecemasan. Seramai 27 peserta dalam kalangan mahasiswa UTM telah menyertai program ini yang mendedahkan mereka kepada teori dan kemahiran praktikal tentang Basic Life Support, Teknik Resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dan Teknik Rawatan Tercekik. Program ini diakhiri dengan ujian teori dan praktikal untuk melayakkan para peserta mendapatkan sijil sebagai perawat yang diiktiraf oleh Pusat Kesihatan UTM. Program ini menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) 3 melalui peningkatan tahap kesihatan serta kesejahteraan dalam kalangan mahasiswa UTM. Selain itu, SDG 4 turut tercapai melalui program ini yang menggalakkan pendidikan sepanjang hayat kepada mahasiswa UTM. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat kepada mahasiswa UTM untuk membantu yang memerlukan pada saat kecemasan sama ada di dalam mahupun di luar kampus UTM. | Sekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan melalui e-mel ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga. Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut: Jenis huruf: Arial Saiz huruf: 12 Langkau: 2 baris | Lain-lain | 19.05.2026 |
| Sila beri tunjuk ajar bagi cakap pindah dan cakap ajuk. (1)"Jangan datang ke sini!" tengking lelaki itu kepada pengemis tua. Cakap Pindah: Lelaki itu menenking pengemis tua supaya jangan datang lagi ke situ. Perkataan" sini" tukar "situ" (2)Ibu melarang Kamil bermain di tepi sungai itu. Cakap Ajuk: "Jangan bermain di tepi sungai itu" kata ibu kepada Kamil. Perkataan" itu" tidak ditukar. Cakap ajuk tukar ke cakap pindah perlu menukar sesetengan perkataan. Tetapi cakap pindah menukar ke cakap ajuk tidak perlu ditukar? | Untuk makluman: 1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur.1"> Contoh lain:1"> Saya sudah membuat kerja itu. 1"> Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)1"> Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.1"> 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 1"> Contoh lain:1"> Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.1"> Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
| Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. | Salam, Soalan pertama: Saya ingin bertanya tentang kata perintah. Betulkah ayat berikut jika saya ingin katergorikan sebagai ayat perintah dengan menggunakan kata perintah? 1. Harap perselisihan faham ini tidak berlanjutan. 2. Minta setiap daripada peserta memikirkan idea yang bernas tentang projek ini. 3. Harap kehadiran wanita itu tidak menjejaskan majlis yang bakal berlangsung. Soalan kedua: Adakah kata perintah 'jemput' hanya boleh digunakan untuk mengajak, mempelawa org masuk ke rumah atau makan atau merasa hidangan?Bolehkah penggunaan kata perintah itu diperluas?Dan apakah contoh lain yang boleh digunakan? Soalan Ketiga: Dalam Tatabahasa Dewan, kata perintah yang disenaraikan ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap. Bagaimana pula dengan kata 'ayuh', 'mari' dan sebagainya? Tidakkah boleh dikira sebagai kata perintah juga? Terima kasih. Ayat 1, 2 dan 3 merupakan ayat perintah (jenis ayat permintaan). Sementara kata 'jemput, 'ayu'h dan 'mari' merupakan ayat perintah jenis silaan. Rujuk semula Tatabahasa Dewan, muka surat 450-452. | Tatabahasa | 10.05.2013 |
| adakah setiap perkataan asing yang digunapakai dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu dibincang dan dipilih oleh panel DBP seperti perkataan Jawa, Inggeris dan dailek(daerah-daerah di negeri-negeri di Malaysia) contohnya sekarang kita menggunakan perkataan Tuntas, Transformasi, jom dll. | Sebenarnya dalam setiap bahasa itu peminjaman bahasa memang berlaku secara tabii apabila dua komuniti bahasa, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu satu sama lain- juga bermakna pengambilan unsur bahasa daripada bahasa-bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya fikir - bahasa Arab, ayu- Jawa, almari - Portugis. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Manakala kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi, dan ejaannya jika perlu supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman. Sebab peminjaman ialah 1.Tiada perkataan dalam BM dan keperluan memberikan nama am atau khsusus kepada benda, perkara (fenomena)2. Perkataan BM belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing.3.Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding BM sedia ada yang mungkin sudah lapuk .Misalnya matematik menggantikan ilmu hisab. Peminjaman unsur asing oleh BM dapat dilihat dari segi peminjaman. 1. huruf atau sistem tulisan 2. bunyi-bunyi 3. imbuhan 4. kosa kata seperti perkataan, istilah, dan peribahasa asing, dan 5. struktur ayat. Jenis-jenis peminjaman ialah 1. peminjaman tulen (matematik, bonus), 2. peminjaman kacukan (kasut but), 3. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) 4. peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang).5. peminjaman kuno (purnama) 6.peminjaman berpindah (vokal/vowel). Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke bahasa Melayu. Silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk maklumat lanjut.
| Tatabahasa | 14.03.2013 |
| Soalan tentang cakap pindah tukar kepada cakap ajuk Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. Jawaban:“Ketahuilah bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,” kata guru itu. Kenapa saya tidak boleh menulis 'dunia pada hari itu semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon,' kata guru ini | Untuk makluman: 1. Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. 1" style="box-sizing: border-box;"> Contoh:1" style="box-sizing: border-box;"> Saya sudah membuat kerja itu.1" style="box-sizing: border-box;"> Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk)1" style="box-sizing: border-box;"> Perhatikan tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran.1" style="box-sizing: border-box;"> 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa-apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut. 1" style="box-sizing: border-box;"> Contoh:1" style="box-sizing: border-box;"> Cakap ajuk: "Kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali.1" style="box-sizing: border-box;"> Cakap Pindah: Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. Cakap pindah yang boleh digunakan bagi cakap ajuk seperti pertanyaan puan ialah Guru menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas kerana berlakunya penipisan ozon. | Tatabahasa | 08.01.2021 |