single mono swing -arm | swing-arm= lengan ayun | Ejaan | 07.06.2011 |
apakah maksud berjela-jela? | Maknanya ialah tergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 28.05.2009 |
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling? | Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Sekumpulan ahli payung terjun____ di udara pada paras 4 000 meter. A terayun-ayun B terumbang-ambing C terawang-awang D terolang-aling Munsyi, apakah jawaban yang lebih tepat? TK | Jawapan yang betul ialah C. terawang-awang (Sekumpulan ahli payung terjun terawang-awang di udara pada paras 4 000 meter.) | Tatabahasa | 05.04.2012 |
tuan, kehidupan saya terolang-aling semenjak kematian ibu bapa saya. adakah terolag-aling sesuai digunakan dalam ayat ini? tq | Olang-aling bermaksud bergerak atau berayun ke kiri ke kanan lazimnya dikaitkan dengan perahu yang dipukul ombak. Oleh itu, perkataan terolang-aling tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.01.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan gubir? | Menurut Kamus Dewan, gubir membawa maksud gelambir iaitu : kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir. | Makna | 21.02.2013 |
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama | 1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok. 2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami. 3. Dangkal - tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut. 4. Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa. 5. Manifestasi - perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu; watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan 6.Wadah - alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat 7. sirna - hilang, lenyap, musnah 8. Mencanai - membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin 9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah 10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut. | Makna | 02.08.2009 |