Apakah maksud hayunan? | Perkataan 'hayunan' tidak wujud dalam bahasa Melayu. Mungkin berlaku kesilapan mengeja perkataan tersebut dan mungkin juga saudari keliru antara 'hayunan' dengan 'ayunan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, ayunan bermaksud buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi), 2. gerakan berbuai, buaian jam. 3. gerakan mengayun (tangan dll), 4. penghumban. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 08.09.2008 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan istilah kenderaan seperti di bawah. Di sebelah kanan ialah terjemahan yang saya cadangkan. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menurun Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Cegah Ayunan Treler Lane Depature Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Susur Laluan Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Sila semak cadangan terjemahan perkataan yang berhuruf gelap. Adaptive Cruise Control - Kawalan Ronda Setara / Kawalan Suai Pandu Collision Alert System - Sistem Elak Rempuhan Hill Start Assist - Daya Tolakan Mendaki Hill Descent Control - Kawalan Menuruni Bukit Traction Control - Kawalan Cengkaman Trailer Sway Control - Kawalan Ayunan Treler Lane Departure Warning - Amaran Lencongan Lane Keeping Aid - Bantuan Laluan Susur Rollover Mitigation - Susutan Olengan | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2015 |
apakah yang dimaksudkan dengan frekuensi dalam istilah matematik? | Secara umumnya, frekuensi bermaksud: (frékuensi) 1. perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll), kekerapan: ~ penggunaan kata tersebut dlm sistem korpus DBP adalah tinggi; 2. (Fiz) kadar getaran, ayunan, kitaran dsb yg berlaku pd setiap saat bagi sesuatu fenomena yg berkala, biasanya diukur dlm unit hertz: rangkaian PCN beroperasi menggunakan ~ rendah 1800 MHz ke atas;~ ambang (Fiz) frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu; ~ audio (Fiz) frekuensi yg dapat didengar oleh telinga manusia (dlm julat 20 - 20 000 hertz); ~ radio (Fiz) frekuensi yg digunakan utk komunikasi atau siaran radio (dlm julat 10 kilohertz - 300 000 megahertz); ~ rendah (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 30 - 300 kilohertz, dgn jarak gelombang 1 - 10 meter; ~ tinggi (Fiz) frekuensi, terutamanya frekuensi radio, dlm julat 3 - 30 megahertz, dgn jarak gelombang 10 - 100 meter; berfrekuensi mempunyai atau menggunakan frekuensi: penggunaan alat perhubungan ~ tinggi membolehkan mereka menghubungi kementerian atau polis. | Istilah | 14.08.2015 |
Istilah bidang muzik - Swing Era. Bolehkah perkataan "swing" dikekalkan dengan dieja condong? | Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jika kita mengambil jalan mudah memang boleh digunakan tanda buka dan tutup pengikat kata. tetapi jika ada perkataan yang lebih sesuai contohnya rentak ,ayunan, lambaian dan sebagainya (jika sesuai ) gunakanlah bahasa Melayu kita. | Makna | 20.10.2009 |