Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata azhar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang lebih tepat? Al-Azhar, al-Azhar, Al Azhar atau al azhar? Perkataan ini akan digunakan pada persatuan kami di Mesir iaitu PERUBATAN Cawangan Al-Azhar. PERUBATAN merupakan singkatan kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir yang mempunyai 7 Cawangan mengikut universiti antaranya Universiti Al-Azhar. Kami masih keliru tentang cara penulisan Al-Azhar itu sendiri. Sebagai contoh, Pelajar Al-Azhar/ Bumi Al-Azhar/, hakikatnya adakah penggunaan Al-Azhar itu menepati tatabahasa yang sebenarnya, mohon pencerahan, terima kasihPerkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Azhar.Tatabahasa11.04.2013
Azhar Mfa Aug 30th, 8:59pm saya dh lampirkan papan tanda tsb Lokasi susur masuk ke TBS terpampang papan tanda Pusat Bandaraya dan Lake Field Kenapa jadi begini?Kami ambil maklum akan hal yang tersebut, walaupun tidak ada lampiran yang disertakan.Lain-lain30.08.2014
Azhar Mfa Aug 20th, 6:05pm tiada tindakan ke papan tanda LAKE FIELD sg besi....knp xgunakan bahasa malaysiaKami akan siasat terlebih dahulu perkara ini dan kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan boleh lampirkan papan tanda tersebut.Lain-lain20.08.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Antara tiga perkataan berikut yang manakah yang betul: Al-Azhar al-Syarif atau al-Azhar asy-Syarif atau al-Azhar as-Syarif? Boleh jelaskan sebab?

Perkataan bahasa Arab seperti al-, an-, as- dieja dengan huruf kecil dan diletakkan tanda sempang sekiranya diikuti dengan huruf besar selepasnya seperti al-Quran dan as-Siddiq. Sekiranya diikuti dengan kata nama am, perkataan bahasa Arab tersebut dieja bersambung tanpa tanda sempang seperti alkisah dan alhasil. Walau bagaimanapun, perkataan bahasa Arab tersebut dieja dengan huruf besar sekiranya berada pada awal ayat.

Merujuk pertanyaan saudara berkaitan dengan penggunaan awalan al-, asy- atau as-, DBP tidak dapat mengesahkan penggunaan perkataan Arab yang betul, kecuali saudara dapat memberikan ejaan dalam bahasa Arab bagi awalan tersebut.

Tatabahasa24.03.2024
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Merujuk kepada soalan saya yang lalu mengenai kaedah transliterasi Arab-Rumi, bagaimana pula ejaan rumi bagi kalimah bahasa Arab yang dimulai dengan alif lam syamsiah, al-Azhar al-Syarif ataupun al-Azhar asy-Syarif?Ejaan rumi yang betul ialah "al-Azhar al-Syarif"Tatabahasa03.02.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan "Majlis Ulama Kanan Al-Azhar" sesuai dengan asal bahasa Arabnya, "هيئة كبار العلماء بالأزهر الشريف"?Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my.Penyemakan dan penterjemahan08.08.2024
Bagaimanakah penulisan yang betul dan tepat untuk perkataan yang mempunyai perkataan ‘Al’ di awalnya. Contoh al-Quran, al-Azhar dsb. Adakah huruf A pada perkataan (Al) perlu ditulis dengan huruf besar atau kecil? Mohon pencerahan. Dan juga pada nama orang seperti Al-Habib Umar, dll. Adakah kita perlu menulisnya dengan huruf A itu kecil atau besar?

Ejaan yang betul ialah “al-Quran” dan “al-Habib Umar” kerana perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya.

Tatabahasa27.08.2024
Analisis wacana "yang" dalam bahasa Melayu.

Pertanyaan saudara ini memerlukan kajian lanjut. Sila rujuk buku Azhar Simin, "Analisis Yang" untuk keterangan lanjut atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Tatabahasa24.04.2009
salam berkenaan Biasiswa Sarjana Tun Syed Nasir, adakah biasiswa sarjana ini baru diperkenalkan pada tahun ini, apa yang saya tahu, tahun-tahun sebelum ini biasiswa ini hanya dibuka kepada calon ijazah sarjana muda sahaja, dan adakah biasiswa sarjana ini akan dibuka setiap tahun. Terima kasih.Untuk maklumat lanjut tentang tawaran biasiswa ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479000 atau kemukakan e-mel pertanyaan kepada Ketua Bahagian, Encik Azhar Mohamad Dora melalui azhar@dbp.gov.my">azhar@dbp.gov.my.Lain-lain21.09.2014
Salam, saya ingin bertanya sekiranya terdapat pekerjaan yang boleh diisi. Terima kasih. Mohd Irfan Mohd Sharif B.A Ekonomi Universiti Al-azharSila kerap layari www.dbp.gov.my untuk pengumuman Jawatan KosongLain-lain09.01.2014
12

Kembali ke atas